Tampilkan postingan dengan label International News. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label International News. Tampilkan semua postingan
Selasa, 07 Juni 2016
HONDA CIVIC 1.5 TURBO 2016 ALAMI MASALAH OVERHEATING
Baru-baru ni kecoh dilaman FB, dilaporkan beberapa buah kereta Honda Civic1.5 Turbo tahun 2016 yang baharu dilancarkan mengalami masalah overheating. Kejadian dikatakan berlaku di Thailand. Cuba anda bayangkan, kalau ianya berlaku ke atas kereta keluaran Proton sudah tentu ianya akan mendapat kritikan dari netizen. Ini menunjukkan, bukan semua jenama gergasi dunia mampu menghasilkan kereta yang perfect dan tidak semestinya jenama yang baru diperkenalkan itu tidak mampu menyaingi produk yang sudah lama bertapak.
Jadi, apa komen anda semua mengenai kes ini?
Label:
2016,
Cars,
Civic,
Honda,
International News,
Isu Semasa,
V-Tec
Senin, 25 Januari 2016
PROTON REBADGE MODEL SUV SUZUKI ERTIGA
Betul ke Proton nak keluarkan kenderaan SUV? Jawapannya adalah benar kerana sekarang mereka dah jalin kerjasama dengan Suzuki untuk keluarkan kenderaan SUV di Malaysia dan sebelum ini kalau anda lihat ada kami keluarkan artikel mengenai MoU Proton dan Suzuki ini. Dengar cerita, Proton akan rebadge balik Suzuki Ertiga dan apa yang pasti dah tentu enjinnya menggunakan enjin Suzuki.
Ada juga sumber mengatakan Suzuki bakal membekal 1,500 unit Ertiga sebulan untuk dipasarkan di Malaysia. Di Indonesia, Suzuki Ertiga menggunakan enjin 1.4 liter dengan 92 PS dan 130 Nm tork. Terdapat dalam versi manual 5-kelajuan dan automatik. Di Malaysia agaknya adakah ia akan membawa masuk enjin yang sama atau tidak belum dapat lagi dipastikan.
Kamis, 07 Januari 2016
MERCEDEZ-BENZ UMUM TIDAK MENAIKKAN HARGA KERETA
MERCEDEZ-BENZ MALAYSIA mengumumkan bahawa mereka tidak akan menaikkan harga keretanya bagi tahun ini walaupun kebanyakkan pengeluar lain terutama PROTON telah menyatakan akan menaikkan harga kereta mereka akibat dari kejatuhan nilai ringgit ketika ini.
Menurut pembuat automotif premium terkemuka itu, ia akan terus memantau kesemua faktor yang mempengaruhi harga kenderaannya. "Bagi kepentingan pelanggan kami, kami terus menyediakan pengalaman produk terbaik dan perkhidmatan pelanggan pada harga yang kompetitif," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.
Mercedes-Benz Malaysia turut mengumumkan kenderaan hibrid mewah pemasangan tempatan iaitu S400L Hybrid dan E300 BlueTec Hybrid, diberi lanjutan pengecualian duti import dan cukai eksais. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Claus Weidner, berkata syarikat gembira dengan pemberian pengecualian itu dan akan terus melabur di Malaysia menyokong aspirasi negara untuk menjadi hab kenderaan cekap tenaga (EEV).
Katanya, hibrid yang dikeluarkan secara tempatan itu pastinya bukti kerjasama erat antara Mercedes-Benz Malaysia dan pemegang kepentingan automotif tempatan kami, dari segi produk dan pengetahuan teknologi. "Dalam komitmen kami kepada pasaran automotif Malaysia dan pelanggan, kami melabur secara mapan ke dalam kilang pengeluaran kami dan membawa teknologi sesuai yang menjurus untuk menyokong aspirasi negara ini menjadi hab EEV," katanya.
Sejak 2003, Mercedes-Benz Malaysia melabur lebih RM800 juta untuk pemasangan, pengedaran dan pemasaran kenderaan penumpang Mercedes-Benz di Malaysia, menurut kenyataan itu.
Sumber dipetik dari Bernama
Rabu, 18 November 2015
KENAPA KERETA PROTON MURAH DI LUAR NEGARA?
SEBELUM ini, sudah banyak kali kita mendengar dakwaan harga jualan bagi beberapa model kereta keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) di luar negara dikatakan lebih rendah berbanding harga dalam negara.
Ramai penulis blog dan pengguna mendakwa kereta Proton di negara seperti Australia dan Arab Saudi dijual jauh lebih murah.
Pemeriksaan Sinar Harian menunjukkan, sebagai contoh, Proton Preve di Malaysia dijual pada harga bermula daripada RM58,921 bagi model 1.6 Executive Manual, tetapi di Australia, model sama dijual pada harga RM46,964 (atau 15,990 dolar Australia).
Namun, jika dilihat dalam laman sesawang Proton Australia, harga asal Proton Preve di Australia ditetapkan pada RM55,775 (18,990 dolar Australia) dan harga RM46,964 itu hanyalah promosi Proton di sana.
Tetapi ada pula yang mempersoalkan, jika Proton mampu memberikan harga promosi serendah itu di Australia, mengapa tidak Proton melakukan perkara sama di Malaysia yang merupakan negara pengeluar kenderaan tersebut?
Harga Proton murah kerana perlu bersaing
Bagi mendapatkan jawapan mengenai isu harga Proton yang dikatakan lebih murah di negara luar berbanding Malaysia, Sinar Harian menghubungi salah seorang pakar industri automotif untuk mendapatkan penjelasan dan pandangan beliau mengenai hal tersebut.
Menurutnya, bagi syarikat pengeluar kenderaan termasuk Proton, apa yang penting adalah keuntungan keseluruhan, di mana kereta dijual di dalam Malaysia mahupun dieksport ke luar negara mestilah secara keseluruhannya memberi keuntungan.
“Apa yang saya tahu daripada Proton, apabila kereta Proton memasuki pasaran Australia buat pertama kali, mereka perlu bersaing kerana pasaran automotif di sana lebih kompetitif berbanding pasaran Malaysia.
“Begitu juga dengan harga kereta Proton di sana, tidaklah murah sangat cuma sedikit murah daripada harga di Malaysia. Ini kerana kalau dijual mahal di Australia, Proton mungkin menanggung risiko kekurangan pembeli," katanya yang enggan dikenali.
Menurut beliau, pada peringkat permulaan, apa yang penting adalah Proton perlu menembusi pasaran automotif di Australia serta meningkatkan kesedaran pengguna terhadap jenama Proton di negara itu, menyebabkan syarikat itu perlu menawarkan promosi terbaik termasuk harga jualan yang dilihat lebih rendah berbanding di Malaysia sendiri.
Tidak tahu sama ada Proton rugi atau untung
Walaupun kereta Proton dijual dengan harga murah di luar negara, tidak boleh dipastikan sama ada pengeluar kenderaan nasional itu memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian.
"Kita tidak tahu mereka untung atau rugi kerana kita tidak tahu berapa kos pembuatan sebuah kereta. Kalau kosnya kurang daripada harga jualan (walaupun
murah), maknanya Proton boleh melihat model mana yang sesuai untuk memasuki pasaran yang telah disasarkan.
“Katakanlah penembusan pasaran kereta disasarkan sekitar RM40,000 di sesuatu negara, jadi Proton perlu tahu sama ada harga itu kompetitif atau tidak dan melihat kesedaran pengguna di negara tersebut mengenai jenamanya," katanya.
Menurut beliau, Proton sebelum ini diketahui mengeksport kereta keluarannya ke lebih 50 negara seluruh dunia tetapi di sesetengah negara itu, Proton cuma mampu menjual bilangan kereta yang sedikit.
"Jika hanya dapat jual sedikit kereta, macam mana hendak buat tawaran selepas jualan seperti perkhidmatan penyenggaraan? Ini juga tidak membantu dalam menjenamakan Proton di negara tersebut.
“Tetapi berbeza dengan pengurusan baru Proton, sekarang mereka hanya akan memasuki pasaran yang mereka rasa boleh menjual kenderaan dengan harga agak tinggi dan dengan harga tersebut, mereka juga dapat menyediakan perkhidmatan selepas jualan seperti servis kereta," katanya.
Senin, 02 November 2015
BANGLADESH ANGGAP MALAYSIA SEBAGAI IDOLA
Malaysia sering menjadi idola dan penanda aras kepada negara-negara sedang membangun dalam aspek sosial, politik dan ekonomi, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Parlimen, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Bangladesh Dr Dipu Moni.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata perkara itu dinyatakan dr Dipu semasa membuat kunjungan hormat terhadapnya di Bangunan Parlimen hari ini.
“Beliau (Dr Dipu) berkata tumpuan selalu diberikan kepada Malaysia oleh negara-negara yang sedang membangun seperti Bangladesh dan Afrika kerana Malaysia telah mencapai kejayaan dalam bidang sosial, politik dan ekonomi,” katanya kepada Bernama selepas kunjungan hormat itu.
Menurutnya Dr Dipu yang juga bekas menteri luar Bangladesh turut menyampaikan penghargaan kepada kerajaan Malaysia yang menerima kehadiran rakyat negaranya untuk bekerja di negara ini.
Pandikar Amin berkata Dr Dipu menganggap sifat keterbukaan Malaysia terhadap rakyat Bangladesh bukan sahaja membantu memacu ekonomi negara ini malah turut meningkatkan ekonomi Bangladesh.
GEORGE TOWN BANDAR KEEMPAT TERBAIK DUNIA 2016
Keputusan telah dikeluarkan! George Town berada di kedudukan keempat dalam 10 Bandar Terbaik Untuk Dikunjungi Pada 2016 dalam senarai Lonely Planet.
“George Town mungkin terkenal dengan jalan-jalan persekitarannya yang tersenarai dalam warisan dunia Unesco, tetapi akhir-akhir ini ia juga telah muncul sebagai tempat berciri seni, Malaysia moden,” menurut Lonely Planet di laman webnya.
“Hari ini, anda mungkin mahu mencari seni jalanan gaya ‘funky’ di tengah-tengah rumah kedai tradisional Cina, dan ruang pameran versetail yang mempamerkan avant garde seni, filem, muzik dan tarian yang muncul di sebelah kiri dan kanan. Menginaplah di beberapa di rumah tumpangan butik dan anda akan mendapat resipi salah sebuah daripada pelbagai komuniti paling berseni dan berdaya cipta di Asia.”
George Town berada di senarai keempat selepas Kotor (Montenegro), Quito (Ecuador) dan Dublin (Ireland).
Bandar-bandar ini mendahului tempat-tempat lain yang lebih dikenali dalam senarai itu seperti Rotterdam (Belanda), Mumbai, Fremantle (Australia), Manchester (United Kingdom), Nashville (Amerika Syarikat) dan Rom.
Sebagai sebuah bandar yang tersenarai dalam Warisan Dunia Unesco, Lonely Planet juga menyifatkan George Town sebagai ‘syurga bagi dunia seni yang berkembang dengan kemudahan penginapan gaya ‘hip”.
“Telusurilah jalan-jalan yang berliku dan lorong-lorong seni di bandar bersejarah George Town untuk menikmati galeri seni jalanan di bahagian luar yang menarik.
Penghargaan untuk Pulau Pinang datang dua tahun selepas Lonely Planet menamakan negari tersebut sebagai destinasi terbaik di dunia untuk makanan.
Sebelum ini, akhbar Britain, Guardian turut menamakan Pulau Pinang sebagai salah sebuah daripada 10 destinasi yang mesti dikunjungi pada 2014.
Admin pernah pergi ke Penang ni dua kali, memang makan kat sana sedap2... Hehehe.... Terbaik Penang!
Kamis, 29 Oktober 2015
LANDWIND X7 - KLON RANGE ROVER BUATAN CHINA
Berita baik dan panas bagi penggemar kereta berjenama Range Rover! Tahukah anda, hanya dengan RM80,000 anda sudah boleh miliki sebuah kereta seakan Range Rover tapi ianya adalah buatan China. Ya, negara China kini telah mengeluarkan sebuah kereta bernama LandWind X7 dengan harga sekitar RM80,000 sahaja!
Bernadikan enjin keluaran Mitsubishi, pasti ianya sudah cukup bertenaga untuk beraksi di atas jalanraya. Namun admin kira, ianya bukanlah tandingan Range Rover yang lebih kualiti dari segi aspek materialnya. Tapi jika anda sekadar ingin bergaya, miliki kereta besar seperti itu sudah memadai.
P/S Jom buat loan, kita beli sebijik dan buat koleksi :P~
Sabtu, 03 Oktober 2015
JEREBU: KUALA LUMPUR CATAT IPU TERTINGGI TAHAP BAHAYA
Bacaan terbaru IPU jerebu terkini hari ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bacaan telah hampir kepada 300 dimana ianya adalah pada tahap bahaya.
Jika kita lihat, negeri yang teruk dilanda jerebu dengan IPU terkini yang tinggi adalah di Ibu Kota Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya dengan bacaan IPU terkini melebihi 250 dan ke atas.
Harap kerajaan dapat tangani segera. Dikatakan, punca jerebu ini makin teruk akibat ribut yang sedang melanda dan dijangka pulih selepas 5 Oktober ini. Apapun kita doakan semuanya kembali kepada sedia kala.
Minggu, 27 September 2015
JEREBU TERKINI - GUNUNG LOKON TERBAKAR, MALAYSIA DAN SINGAPURA TERIMA KESANNYA
Jerebu yang melanda negara buat kali kedua baru-baru ini rupanya bukan sebab pembakaran terbuka seperti yang berlaku sebelum ini. Kalau anda buka website Jabatan Alam Sekitar, anda boleh lihat sendiri keadaan IPU Terkini yang berada diparas tidak sihat.
Kalau korang perasan, jerebu kali ini lebih kuat bau asapnya berbanding sebelum ini. Puncanya disebabkan letusan Gunung Lokon di Indonesia yang menyebabkan kebakaran yang besar. Efeknya, negara Singapura dan juga Malaysia telah menerima jerebu yang teruk. Beberapa sekolah di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Selangor akan ditutup pada 28 September 2015.
Jadi pada anda yang bercuti diluar, kurangkan aktiviti luar sebab jerebu kali ini agak berbahaya untuk kesihatan kita.
Sabtu, 26 September 2015
11 BUAH MODEL FERRARI KE MALAYSIA ALAMI MASALAH BEG UDARA
FERRARI baru-baru ini telah membuat kenyataan bahawa terdapat lebih 2,600 buah kereta Ferrari yang terdiri dari model 458 Italia, 458 Spider, 458 Speciale / Speciale A, California T, FF, F12 Berlinetta dan juga LaFerrari, yang dibuat pada 19 Disember 2014 hingga 29 April 2015. Rentetan daripada itu, sebanyak 11 buah model Ferrari yang akan dihantar ke Malaysia juga mengalami masalah pemasangan beg udara yang salah dibahagian pemandu. Fuh, bukan calang-calang kereta ni malah harga bukan murah ni bang... Sportcar atau Supercar ni memang mahal giler harganya tapi masih boleh berlaku kesilapan sewaktu pemasangan dibuat. Inilah yang dikatakan 'human error' yang memang kita tidak boleh elakkan.
Bercakap mengenainya lagi, pengeluar kereta terkemuka dunia itu berkata antara sebab ianya berlaku datang daripada sebuah Syarikat yang di sub kan untuk memasang part berkenaan iaitu Takata Corp.
P/S Siapa agaknya pemilik 11 buah model Ferrari yang akan dihantar ke Malaysia tu nanti ye :)
Jumat, 25 September 2015
SKANDAL VOLKSWAGEN 11 JUTA KERETA
Bila cerita pasal skandal kereta ni automatik mindset kita akan cakap, "Wow! Ini pasti pasal Proton ni..." Walhal sebenarnya diluar sana banyak syarikat pengeluar kereta gergasi yang kita sanjung selama ini, yang kita idamkan selama ini rupanya banyak juga skandal mengenai penglibatan mereka. Begitu juga masalah kerosakan pada enjin, sebelum ni kita dengar berita mengenai Honda Malaysia Panggil Semula City 2014 dan Jazz 2015.
Berikut adalah sedikit petikan yang diambil dari laman sesawang Astro Awani berkenaan skandal terbaru melibatkan kumpulan Volkswagen.
DAKWAAN penipuan ujian pelepasan toksik kereta keluaran kumpulan Volkswagen AG melibatkan sekitar 11 juta unit yang menggunakan enjin jenis EA 189.
Dalam satu kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Volkswagen, syarikat Jerman itu turut menegaskan model baharu yang menggunakan enijn diesel EU6 yang kini berada di pasaran mematuhi peraturan standard alam sekitar Eropah.
Berikut pengumuman terbaharu itu, saham Volkswagen menjunam lebih 20% lagi pada Selasa.
Syarikat pembuat kereta Jerman itu turut mengumumkan simpanan dana sekitar AS$7.3 bilion untuk melindunginya akibat kejatuhan berikutan skandal yang menjejaskan reputasi Volkswagen.
Skandal penipuan Volkswagen terhadap ujian pelepasan toksik yang dijalankan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) didedahkan Jumaat lalu.
EPA mendakwa Volkswagen menggunakan sebuah perisian kereta diesel yang memperdaya pengawal selia pengukur pelepasan toksik.
Namun Volkswagen menegaskan perisian yang dibina pada kereta diesel itu tidak memberi kesan kepada kawalan, penggunaan minyak dan juga pengeluaran asap.
Pihak berkuasa Amerika juga mengarahkan Volkswagen memanggil semula hampir setengah juta kereta yang terlibat.
482,000 model kereta yang terlibat termasuk Volkswagen Golf (2009-2015), Beetle, Jetta and Beetle, Volkswagen Passat (2014-2015) and Audi A3 (2009-2015).
Volkswagen AG memiliki beberapa jenama kenderaan ternama di dunia termasuk Audi, Seat, Skoda, Bentley, Bugatti, Porsche dan Lamborghini.
Kamis, 24 September 2015
SERAMAI 717 JEMAAH HAJI TERKORBAN PADA TAHUN 2015
Berita sedih yang kita dengar selepas dari tragedi runtuhan kren di tanah suci Makkah. Berlaku lagi tragedi yang sungguh menyayat hati apabila para jemaah yang bersesak-sesak merempuh sesama sendiri ketika melontar jamrah dilakukan. Dikhabarkan sebanyak 717 orang jemaah telah terkorban (Ya Allah, kau terimalah haji mereka dan kau ampunkanlah mereka serta tempatkan lah mereka dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah).
Difahamkan, TIADA JEMAAH DARI MALAYSIA terlibat.
Setakat ini korban tragedi direkodkan adalah:
Tahun 1990 - 1426 orang
Tahun 1994 - 270 orang
Tahun 1998 - 180 orang
Tahun 2004 - 244 orang
Tahun 2006 - 364 orang
Tahun 2015 - 717 orang
Al-Fatihah buat mereka semua...
Rabu, 01 Juli 2015
CHEVROLET CRUZE LT 1.4L KERETA MAMPU MILIK DI U.S.
Tahukah anda, Chevrolet Cruze LT 1.4L bukanlah model yang baru dan ia adalah kereta berkonsep moden dan dijual pada harga paling murah di United States? Kalau di Malaysia, kereta mampu milik kita adalah merupakan Proton Saga BLM, FLX dan SV. Namun, apa yang membezakan kedua kenderaan ini adalah harga dan juga teknologi yang ada pada kereta tersebut.
Harga kereta Chevrolet Cruze ini hanya dijual pada harga sekitar USD13,995 hingga USD20,000 sahaja namun cuba anda lihat rekaan dalamannya bagaimana, kalau di Malaysia kita boleh beli Proton Saga SV pada harga sekitar RM30,000 dan aksesori yang ada begitu sedikit.
Ruang panel hadapan anda boleh lihat stereng juga dilengkapi pelbagai button selain dari meter yang sangat2 menarik. Manakala Proton Saga SV hanya dilengkapi dengan meter yang sangat simple dengan rekaan yang agak kuno.
Ada juga mereka cakap kita tidak boleh bandingkan antara kereta ini dengan kereta Malaysia kerana julat mata wang mereka sangat tinggi berbanding Ringgit. Namun jika anda lihat, purata gaji mereka di sana hanyalah USD1,500 sebulan. Ini bersamaan dengan gaji kita di Malaysia RM1,500 jadi jika beli kereta di Malaysia dengan harga RM30,000 lebih kurang sama sahaja bayaran bulanan mereka dan kita.
Apa yang kita agak terkilan, cukai import yang dikenakan ke atas kenderaan import amat2 tinggi walaupun dahulunya dikatakan cukai ini dibuat untuk menggalakkan jualan kereta tempatan. Tapi kalau kereta tempatan pun dijual pada harga tinggi sekarang, apa lagi keselesaan yang rakyat dapat guna?
Jika anda ada pendapat nak diutarakan, sila ke ruangan komen dibawah. Mana tahu kita boleh berkongsi pendapat serta pandangan. Ianya amat dialu-alukan ;)
Kamis, 25 Juni 2015
PROTON AKAN GUNA ENJIN SUZUKI
Kerjasama yang dijalankan bersama antara Proton dan Suzuki akan memberikan impak besar kepada Proton. Salah satunya adalah dikhabarkan Proton akan menggunakan enjin Suzuki untuk kereta keluaran terbaharu mereka nanti.
Dan berkemungkinan besar juga, model Suzuki akan ditukar jenama kepada Proton dan dijangka dijual dalam pasaran Malaysia sekitar Ogos 2016. Namun model apakah yang akan dijual masih belum dapat dipastikan lagi. Ia mungkin satu kerjasama yang baik terutama dalam menaikkan semula jenama Proton yang dilihat sekarang seperti belum mendapat rentak apabila kerap kali mendapat kritikan pengguna melalui model2 mereka. Namun pembaharuan yang dibuat Proton pada model terbaru boleh dikatakan amat membanggakan bagi admin kerana teknologi yang digunakan selari dengan kemajuan atau harga kereta mewah.
Kamis, 18 Juni 2015
PROTON BEKERJASAMA DENGAN SUZUKI JAPAN
PROTON Holdings Bhd, unit DRB-HICOM Bhd, dan Suzuki Motor Corp of Japan memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dan perjanjian pelesenan untuk membentuk perkongsian strategik jangka panjang dengan kemungkinan membangunkan sebuah kereta kompak.
Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, butiran terperinci perkongsian strategik itu akan dimuktamadkan tahun depan.
"Kami merasakan bahawa kami perlu belajar dan bekerjasama dengan syarikat ini kerana ia mempunyai teknologi bagi kereta kompak dan kecil," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis permeteraian itu di Shah Alam, hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Duta Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa.
Bekas perdana menteri itu berkata, beliau menjangka Proton berupaya menyumbang dari segi mengurangkan kos Suzuki dengan menjenamakan semula model sedia ada sebelum menimbang kemungkinan membangunkan bersama model-model baharu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata kerjasama itu merangkumi empat bahagian utama -- produk, teknologi, pekerja dan pasaran.
Beliau berkata, kerjasama itu akan membolehkan Proton memperoleh akses kepada model, platform, komponen powertrain dan teknologi automotif Suzuki.
"Suzuki kemudiannya akan menyediakan bantuan teknikal khusus bagi produk dan skop yang dipilih.
"Fasa pertama projek itu dijadualkan memulakan pengeluaran dalam tempoh 16 bulan akan datang dan pengeluaran akan dibuat di kilang Proton Tanjung Malim," katanya.
Abdul Harith berkata Suzuki memiliki teknologi dan kepakaran tinggi dalam menghasilkan segmen enjin lebih kecil terutamanya dalam kategori segmen A dan B yang akan melengkapkan Pelan Produk Jangka Panjang Proton.
Beliau berkata, kerjasama itu juga sejajar dengan Dasar Automotif Negara kerana Proton terus membangunkan dan menghasilkan produk dengan ciri-ciri yang memenuhi standard dan keperluan antarabangsa.
"Suzuki, sebagai rakan kongsi strategik asing kepada Proton, akan menyediakan peluang kepada Proton untuk berkembang di peringkat antarabangsa dan memanfaatkan operasi Suzuki di seluruh dunia," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata, terserahlah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan kemelut berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Tidak mengapalah kalau dia hendak buat, tetapi dalam masa yang sama benda yang tidak baik kita ceritakanlah," katanya apabila ditanya mengenai janji Najib untuk selesaikan kemelut 1MDB selewatnya hujung tahun ini.
Sementara itu Dr Mahathir juga berkata, terpulanglah kepada pihak yang menyatakan bahawa kejatuhan ringgit disebabkan oleh kritikan beliau terhadap kerajaan.
"Saya dedah benda yang tak kena, benda yang kena saya tak merungut," tegasnya. - Bernama
Rabu, 01 Oktober 2014
MALAYSIA NAIKKAN PETROL RM0.20 SEN, INDIA TURUNKAN PETROL RS0.65 PAISE
PELIK, kenapa kerajaan naikkan harga minyak RON95 dan diesel sedangkan harga minyak dunia mencatatkan penurunan. Ini dibuktikan dengan memetik satu sumber berita dari website Dinakaran dimana kerajaan India menurukan harga minyak mereka sebanyak Rs 65 paise per liter.
Jadi apakah relevannya kerajaan Malaysia melalui pimpinan Dato' Seri Najib Razak menaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak RM0.20 yang mana dilihat akan menyumbangkan kepada kenaikkan harga barang. Ini amat membebankan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah. Kenaikkan harga barang juga turut dirasa oleh para peniaga dan pelanggan akan kurang.
Dengan itu kita berharap PM akan mengkaji semula kenaikan ini yang dilihat tidak relevan kerana akibat kerajaan ingin kurangkan subsidi, rakyat terpaksa menanggung derita.
P/S: Sila guna Google Translate untuk terjemah bahasa india dalam website Dinakaran tersebut.
Rabu, 18 Desember 2013
MCLAREN GUNA GELOMBANG BUNYI GANTI WIPER KERETA
Kemajuan yang dikecapi oleh Syarikat Permotoran terkenal dunia McLaren dari Unit R&D mereka telah menemui penemuan baru iaitu menggantikan wiper cermin kereta dengan teknologi gelombang bunyi. Menurut mereka, teknologi ini membuatkan hujan atau salji tidak melekat pada cermin berkenaan. Wow! Mengagumkan sekali.
Kamis, 03 Januari 2013
EDISI PTB - PAJERO DUA ALAM ??
Edisi Pelik Tapi Benar (PTB) kali ini menyingkap sebuah kenderaan 'misteri' iaitu sebuah Pajero 2 Alam.
Apa yang menariknya Pajero ini dilengkapi sistem pelampung yang dibina dari tong drum yang kosong. Melalui udara didalam tong tersebut mampu untuk mengapungkan kenderaan ini.
Namun apa yang dapat kita lihat ianya seperti hanya sesuai digunakan di kawasan tasik dan sungai2 yang besar. Kalau di jalanraya mungkin tidak muat sebab terlalu lebar melainkan jika pelampung tersebut jenis 'plug n play'.
Senin, 17 Desember 2012
KERETA IMPORT JUGA 'LEMAU'
Pelik tapi benar! Ajaib bagaimana bahagian penyambung antara roda bahagian belakang boleh berputar dan tercabut seperti dalam gambar diatas?
Inilah hakikatnya tak semua kereta buatan luar negara baik dan utuh seperti yang selalu diperkatakan oleh sebilangan pengguna. Pendek kata tak semua kereta buatan luar negara itu bagus dan tidak semestinya kereta buatan nasional itu tidak bagus.
Bagi saya pengalaman yang membezakan mereka. Mungkin telah sekian lama mencebur diri dalam bidang permotoran membuatkan mereka lebih maju dari kita. Siapa tahu suatu hari nanti produk keluaran tempatan juga akan mampu bersaing dengan produk buatan luar negara.
Langganan:
Postingan (Atom)




































