Tampilkan postingan dengan label Suzuki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Suzuki. Tampilkan semua postingan
Senin, 25 Januari 2016
PROTON REBADGE MODEL SUV SUZUKI ERTIGA
Betul ke Proton nak keluarkan kenderaan SUV? Jawapannya adalah benar kerana sekarang mereka dah jalin kerjasama dengan Suzuki untuk keluarkan kenderaan SUV di Malaysia dan sebelum ini kalau anda lihat ada kami keluarkan artikel mengenai MoU Proton dan Suzuki ini. Dengar cerita, Proton akan rebadge balik Suzuki Ertiga dan apa yang pasti dah tentu enjinnya menggunakan enjin Suzuki.
Ada juga sumber mengatakan Suzuki bakal membekal 1,500 unit Ertiga sebulan untuk dipasarkan di Malaysia. Di Indonesia, Suzuki Ertiga menggunakan enjin 1.4 liter dengan 92 PS dan 130 Nm tork. Terdapat dalam versi manual 5-kelajuan dan automatik. Di Malaysia agaknya adakah ia akan membawa masuk enjin yang sama atau tidak belum dapat lagi dipastikan.
Kamis, 25 Juni 2015
PROTON AKAN GUNA ENJIN SUZUKI
Kerjasama yang dijalankan bersama antara Proton dan Suzuki akan memberikan impak besar kepada Proton. Salah satunya adalah dikhabarkan Proton akan menggunakan enjin Suzuki untuk kereta keluaran terbaharu mereka nanti.
Dan berkemungkinan besar juga, model Suzuki akan ditukar jenama kepada Proton dan dijangka dijual dalam pasaran Malaysia sekitar Ogos 2016. Namun model apakah yang akan dijual masih belum dapat dipastikan lagi. Ia mungkin satu kerjasama yang baik terutama dalam menaikkan semula jenama Proton yang dilihat sekarang seperti belum mendapat rentak apabila kerap kali mendapat kritikan pengguna melalui model2 mereka. Namun pembaharuan yang dibuat Proton pada model terbaru boleh dikatakan amat membanggakan bagi admin kerana teknologi yang digunakan selari dengan kemajuan atau harga kereta mewah.
Kamis, 18 Juni 2015
PROTON BEKERJASAMA DENGAN SUZUKI JAPAN
PROTON Holdings Bhd, unit DRB-HICOM Bhd, dan Suzuki Motor Corp of Japan memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dan perjanjian pelesenan untuk membentuk perkongsian strategik jangka panjang dengan kemungkinan membangunkan sebuah kereta kompak.
Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, butiran terperinci perkongsian strategik itu akan dimuktamadkan tahun depan.
"Kami merasakan bahawa kami perlu belajar dan bekerjasama dengan syarikat ini kerana ia mempunyai teknologi bagi kereta kompak dan kecil," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis permeteraian itu di Shah Alam, hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Duta Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa.
Bekas perdana menteri itu berkata, beliau menjangka Proton berupaya menyumbang dari segi mengurangkan kos Suzuki dengan menjenamakan semula model sedia ada sebelum menimbang kemungkinan membangunkan bersama model-model baharu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata kerjasama itu merangkumi empat bahagian utama -- produk, teknologi, pekerja dan pasaran.
Beliau berkata, kerjasama itu akan membolehkan Proton memperoleh akses kepada model, platform, komponen powertrain dan teknologi automotif Suzuki.
"Suzuki kemudiannya akan menyediakan bantuan teknikal khusus bagi produk dan skop yang dipilih.
"Fasa pertama projek itu dijadualkan memulakan pengeluaran dalam tempoh 16 bulan akan datang dan pengeluaran akan dibuat di kilang Proton Tanjung Malim," katanya.
Abdul Harith berkata Suzuki memiliki teknologi dan kepakaran tinggi dalam menghasilkan segmen enjin lebih kecil terutamanya dalam kategori segmen A dan B yang akan melengkapkan Pelan Produk Jangka Panjang Proton.
Beliau berkata, kerjasama itu juga sejajar dengan Dasar Automotif Negara kerana Proton terus membangunkan dan menghasilkan produk dengan ciri-ciri yang memenuhi standard dan keperluan antarabangsa.
"Suzuki, sebagai rakan kongsi strategik asing kepada Proton, akan menyediakan peluang kepada Proton untuk berkembang di peringkat antarabangsa dan memanfaatkan operasi Suzuki di seluruh dunia," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata, terserahlah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan kemelut berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Tidak mengapalah kalau dia hendak buat, tetapi dalam masa yang sama benda yang tidak baik kita ceritakanlah," katanya apabila ditanya mengenai janji Najib untuk selesaikan kemelut 1MDB selewatnya hujung tahun ini.
Sementara itu Dr Mahathir juga berkata, terpulanglah kepada pihak yang menyatakan bahawa kejatuhan ringgit disebabkan oleh kritikan beliau terhadap kerajaan.
"Saya dedah benda yang tak kena, benda yang kena saya tak merungut," tegasnya. - Bernama
Langganan:
Postingan (Atom)



