Tampilkan postingan dengan label Local News. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Local News. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 23 Juli 2016

PENJELASAN ISU STEERING AUTOLOCK KETIKA MEMANDU


Hari ni share yang ni pula...

Ingat nak sentuh NCAP "Compatibility" pasal ramai sibuk bercerita pasal Bezza 5 Star Asean NCAP vs IRIZ 5 Star Asean NCAP vs Preve 5 Star ANCAP.
Masing-masing nak tunjuk dia yang paling kebal. Takpa simpan isu tu...lain kali kita sembang.

Kali ni nak sentuh pasal isu yang ramai dok kecoh mengenai Steering Wheel Lock sampai katanya ada yang terbabas.
Saya ada rahsia besar tentang System Steering IRIZ ni. Takpa biarlah saya bocorkan.
Let's begin..

Boleh ker Steering Wheel locked during driving.
Boleh...tapi macam kata P-Ramlee...kadang-kadang, jarang-jarang. Itupun saya baca untuk rujukan kes di luar negara.
Kalau ada itu memang kes besar dan memerlukan immediate containment action.

First kita perlu tahu tentang apa fungsi Steering Wheel Lock Ignition.
Steering Wheel Lock sebenarnya adalah mechanism for Anti-Theft dalam kategori Mechanical Operated Device, to prevent unauthorized engine ignition.

Kes steering wheel lock berpunca drp 2 perkara:
1. Key Mechanism worn out...especially old car.
2. Lock Pin Stuck kes yang berlaku pada Chevrolet.

Tetapi kebanyakkan kes yang berlaku sebenarnya bukanlah Total Locked tetapi Steering Wheel Berat nak mampus macam saka Mak Limah dok bertenggek atas steering.
Dan ini kerana Power Steering system down berpunca:
1. Power Steering Pump rosak
2. Engine terus shut down kerana masalah sensor rosak or engine problem.
(Ini selalu berlaku pada kereta buruk Nissan saya....huhuhu takda duit nak beli kereta baru)

So this is a secret untuk kereta IRIZ yang comel lotey macam Selena Gomez tu (nama melayu Sarimah Ghani asalnya)
IRIZ variant Premium dah mula tak pakai Steering Wheel Lock untuk makluman kalian.
IRIZ sudah mula mengunakan "Electronic Gear Shift Lock".

Apa Electronic Gear Shift Lock?
System ini buat pertama kali dalam dunia dibangunkan oleh Proton untuk mengatasi Steering Wheel Lock dan juga sebagai Anti Theft device.
Berani kawe claimed mcm ni pasal dulu kawe dan team yang developed system ni yang kami panggil Centralize Locking Unit (CLU). Beria ke Taiwan army guarded area tempat di mana CLU chip dihasilkan.

Mesti ada orang lain akan cakap...alaa OEM lain pun dah buat.
Jangan nak menipu....system CLU Iriz bukan setakat on engine dia akan activate.
System CLU dikawal oleh ECU yang hanya berfungsi apabila signal immobilizer active.
Step 1 immobilizer to communicate with ECU to start the engine.
Step 2 immobilizer to communicate with ECU to release the gear shift.
Coding drp CLU akan communicate dan encrypted signal dengan Continental ECU baru boleh start engine.
Maksudnya...kalau orang nak curi IRIZ dia kena hack 2 system immobilizer, ignition dan CLU.
So susah nak curi...tak tahulah ada yang terer macam Nicholas Cage macam cerita Gone in 60 seconds.

Itu kisah CLU...ini kisah Gear Shift safety.
Kereta dulu2....spt Wira or Gen2, start engine terus boleh masuk gear. Tak selamat.
Kalau anak kecil start engine terus boleh tarik gear lever ke R or D. Tak ker naya langgar dinding rumah.
Tapi kerana untuk memenuhi global requirements, Proton sudah apply Gear Lock.
Di mana perlu tekan brake baru Gear boleh shift daripada P ke R or D.
Dulu awal Proton guna cable type system. Tekan brake so cable akan tarik gear lock dalam Gear Shift Lever system.
Tapi sekarang Proton sudah guna solenoid to disengage the locking system yang berfungsi apabila menerima signal daripada ECU setelah brake ditekan.

Aaaa.....penat tulis panjang. Anyway to all Proton Sales guy....that is your selling point.
Kalau Perodua....sekecil benda pun dia jadikan selling point.

Sumber: Mukhlis Proton

Selasa, 19 Juli 2016

SPYSHOT GAMBAR PROTON SAGA CITY 2016


Gempar lagi nampaknya apabila perang dingin antara Proton dan Perodua semakin hangat selepas Perodua mengumumkan pelancara terbaru kereta sedan pertama mereka. Selepas beberapa gambar Proton Persona R dimuatnaik, kali ini gambar Proton Saga 2016 atau dikenali dengan Proton Saga City pula telah disebarkan.

Gambar yang diambil sedikit menanpakkan rekaan bahagian belakang kereta Proton Saga 2016 dengan rekaan yang lebih elegan dan moden. Fuhhhhh, lihat sahaja rekaan lampu belakang yang sangat seksi dan sporty. Rekaannya telah diubah hampir 75% dari kereta Proton Saga yang ada dipasaran sekarang.

Maklumat awal mendapati kemungkinan ianya akan menggunakan enjin Campro CVVT+ yang pasti lebih menjimatkan petrol.

Nantikan kupasan yang lebih lanjut dan berita-berita sensasi mengenai isu industri automotif tempatan hanya di ProtonClub dot blogspot dot com!

Jumat, 15 Juli 2016

PHOTO LEAK - PROTON PERSONA R BAHARU


Haritu dah cerita pasal Perodua Bezza baru, kali ni kita tengok pula kereta sedan terbaru rekaan Proton yang mungkin untuk menyaingi Perodua Bezza nanti. Dari segi rekabentuk pula hampir sama.



Nampak gayanya dunia automotif kita semakin rancak dan kita akan dapat lihat persaingan kereta sedan tempatan. Moga ianya akan lebih bermanfaat buat kita sebagai pengguna dan semoga pihak pengeluar akan sentiasa menambahbaik produk keluaran mereka.

Rabu, 13 Juli 2016

PANDU UJI PERODUA BEZZA 2016


Kita sudah sedia maklum sebelum ini bahawa pihak Perodua akan mengeluarkan model sedan pertama mereka pada keluaran kali ini. Sebenarnya, Perodua sudah lama membangunkan model sedan ini cuma kita sahaja yang tidak tahu kerana pihak Perodua berjaya merahsiakan cerita mengenai pembuatan kereta sedan pertama mereka dari dihidu oleh pihak media dan juga paparazi kereta. Bagaimana mereka merahsiakan perkara ini? Untuk pengetahuan semua, model sedan ini telah dibangunkan di jepun, ianya telah diuji disana dan disebabkan itulah kita tidak tahu langsung akan kewujudan model sedan Perodua ini. Sehinggalah pihak Perodua mula membangunkan model ini dikilang mereka yang bertempat di Sungai Choh.


Model sedan Perodua ini dibina di atas platform Axia dan rekabentuk badan dan ruang kabin direka oleh anak-anak Perodua sendiri. Ini ialah model pertama Perodua menggunakan kepakaran rekabentuk tempatan secara seratus peratus.
Model sedan ini dibina dengan kandungan bahan tempatan yang sangat tinggi, malah antara yang tertinggi di kalangan kenderaan tempatan. Ia juga kemungkinan besar akan diambil oleh Daihatsu untuk dipasarkan di negara Asean yang lain – satu kebanggaan kerana Jepun mengambil model tempatan untuk dipasarkan dengan nama mereka. Oleh kerana ia diasaskan dari model Axia, secara logiknya, model sedan ini duduk di antara Axia dan Myvi. Dari segi harga, ia sepatutnya mencerminkan kedudukan model ini di dalam pasarannya. Admin yakin harganya akan berada dalam julat awal RM30,000 sehingga ke RM55,000 untuk varian paling premium. Model ini terletak di dalam kategori sedan Segmen A, dan sekarang ini, ia hanya ada Mitsubishi Attrage sebagai pesaing utama.

Ianya juga akan dikeluarkan dalam 4 jenis iaitu:

  • 1.0 liter transmisi manual 5-kelajuan
  • 1.0 liter transmisi automatik 4-kelajuan
  • 1.3 liter transmisi manual 5-kelajuan
  • 1.3 liter transmisi automatik 4-kelajuan



Ia juga terdapat dalam lima varian iaitu:

  • 1.0 liter Standard G (manual dan auto)
  • 1.3 liter Premium X (manual dan auto)
  • 1.3 liter Advance (auto sahaja)

Kedua enjin-enjin ini dihasilkan di kilang baharu Perodua/Daihatsu di Negeri Sembilan. Enjin 1.0 liter 1KR-VE VVTi ialah sama dengan enjin pada Axia. Enjin 1.3 liter 1NR-VE dwi VVT-i ialah enjin direct injection baharu dan sangat moden. Model ini dibina dengan objektif penggunaan bahan api serendah 22.9 km/l dan memenuhi ciri-ciri kenderaan Energy Efficient Vehicle (EEV) oleh MAI/MITI. Malah untuk variasi 1.3 Advance, ia datang dengan sistem Eco-Idle atau sistem Henti Melahu, di mana enjin akan mati sendiri bila berhenti di lampu merah atau bila kenderaan tidak bergerak, dan akan hidup semula secara automatik bila kaki mula menekan pedal pendikit. Tempat letak barang atau boot Perodua baharu ini ialah sebesar 508 liter. ia lebih besar dari boot Toyota Vios (506 liter), boot Nissan Almera (490 liter), boot Mitsubishi Atrage (450 liter) dan boot Proton Saga (413 liter). Cuma Honda City sahaja mempunyai boot yang lebih besar iaitu pada 536 liter. Walaupun boot Perodua ini besar, ia masih lebih pendek dari Mitsubishi Atrage. Paling penting, ia tidak nampak mempunyai ekor yang tebal atau panjang! Bukaan boot Perodua ini juga rendah dan lebar, memudahkan keluar masuk barang. Malah, penulis dengan mudah ditelan masuk!


Boot sebesar itu juga masih mampu menyorokkan sebuah tayar gantian bersaiz sebenar. Sayangnya, untuk mendapat boot sebesar itu, tempat duduk belakang model sedan ini sedikit menegak. Namun, ia tidak keterlaluan dan masih selesa. Paling penting, ruang lega kepala masih bagus untuk seorang penumpang setinggi 6 kaki. Bagi varian 1.0L, boot hanya boleh dibuka menggunakan kawalan jauh sahaja (remote). Untuk varian 1.3L, ada butang di pintu boot – lebih mudah.


Perodua menggunakan teknologi lampu dari jenis Light Guide untuk lampu belakang. Canggih! Lampu depan masih dari variasi halogen dengan reflektor biasa. Panel meter model ini juga nampak canggih dengan lampu LED dan skrin sesentuh yang besar bagi model Advance. Stereng sedan ini sama seperti Axia – tidak boleh dilaras. Ia menggunakan stereng berkuasa elektrik. Sedan ini ialah model Perodua yang pertama untuk mendapat pengiktirafan Asean NCAP 5-bintang, tetapi hanya untuk varian Advance kerana ia datang dengan kawalan kestabilan kenderaan atau VSC. Ia juga datang dengan kemudahan ISOFIX untuk kerusi bayi/kanak-kanak.


Sesi Pandu Uji:

Perodua sedan 1.0L manual

Pada mulanya, penulis beranggapan enjin 1.0L 3-silinder dengan 67hp dan 91Nm ini pasti bising seperti pada Axia. Rupanya tidak! Ia sudah hampir tidak kedengaran seperti sebuah enjin 3-silinder lagi, malah gegaran pun sangat berkurangan. Hanya bila dipaksa, ia mula terasa kasar.

Menarik apabila tork maksima boleh didapati dari kelajuan enjin 4,400 rpm. Ini membolehkan pemandu tidak perlu “meneran” enjin Perodua ini ketika memandu di jalan biasa, walaupun berbukit.

Pada pendakian bukit, secara jujur, penulis terkejut ia masih mampu memberi prestasi segar walaupun dengan dua orang di dalam. Dan halaju yang dicapai dalam litar pendek itu ialah melebihi 130 kmsj.


Sistem gantungan selesa dan sejak Myvi lagi, Perodua sebenarnya sudah pandai bermain dengan talaan sistem gantungan. Sedan ini walaupun selesa, ia tidak membuai secara berlebihan dan masih mudah dikawal. Bila dipaksa mengambil selekoh tajam, tayar hadapan akan menyasar ke hadapan atau “understeer” dengan mudah – selamat untuk pemandu biasa.

Untuk mereka yang mempunyai bajet terbatas, model ini sebenarnya tidak mengecewakan.

Perodua sedan 1.0L automatik

Penulis tidak sangka, walaupun automatik, dengan enjin sebesar 1.0 liter untuk membawa badan sedan ini, ia masih boleh memecut dengan lancar.

Pick-up atau pecutan awal terasa sedikit perlahan untuk beberapa saat kerana komputer transmisi diprogram untuk memberi fokus lebih kepada penjimatan bahan api. Selepas itu, ia terus memecut lancar.

Bermula dari cerun bukit, ia masih mampu mendaki dengan lancar dan senyap. Malah jika tidak diberitahu, penulis tidak akan percaya ia dijana oleh enjin 1.0 liter.

Perodua sedan Advance 1.3L automatik

Varian paling lengkap, ia semestinya lebih selesa dan prestasi enjin 1.3L 94hp dan 121 Nm sangat memuaskan.

Tork maksima masuk seawal 4,000 rpm, menjanjikan pemanduan yang lebih bersahaja, walapun ketika sedang mendaki.

Stereng berkuasa elektrik ini semakin berat bila kelajuan meningkat, tetapi feedback stereng terasa sedikit artificial atau palsu. Ini bukan masalah besar kerana sedan ini direka bukan untuk memuaskan nafsu serakah penggila kereta sport. Untuk pemandu biasa, mereka pasti tidak terasa apa pun, malah tidak faham kenapa ayat ini ditulis pun barangkali.

Kawalan Kestabilan Kenderaan atau Vehicle Stability Control (VSC) akan memotong kuasa enjin bila dirasakan pemandu hilang kawalan. Ujian yang dilakukan oleh penulis di kawasan skid-pad di litar tersebut mendapati ia sama dengan sistem yang digunakan pada Toyota, Honda dan Nissan. Bila tayar mula hilang cengkaman dalam selekoh laju, kuasa enjin dipotong dan ia memperlahankan kenderaan. Jika stereng disentap ke kiri dan ke kanan dalam halaju yang tinggi dari biasa, komputer akan memastikan VSC masuk awal untuk mengawal balik kestabilan kenderaan. Dalam erti kata lain, pemandu akan berasa lebih selamat dengan VSC ini.






Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan maklumat lanjut di cawangan Perodua berdekatan anda dan pastikan semasa sesi pelancaran nanti anda hadir dan boleh lah buat pandu uji kereta ini nanti.

Sumber: Careta

Jumat, 01 Juli 2016

TUTORIAL CARA SWITCH OFF AIRBAG - HONDA


Disini admin nak kongsikan bagaimana cara untuk switch off kan penggunaan airbag pada kereta anda. Ini boleh dilakukan sementara anda belum lagi bawa kereta anda untuk pemeriksaan airbag di cawangan pusat servis kenderaan anda. Jadi boleh ikut cara ini sementara, tapi ingat hanya sementara saja dan bila anda senang nanti boleh bawa kereta anda untuk dapatkan pemeriksaan di pusat servis berdekatan anda.



1) Ok pada permulaan, anda tengok pada bahagian kunci sebelah kanan anda. Pastikan enjin anda telah dimatikan.


2) Selepas dibuka cover tersebut anda akan dapat lihat socket berwarna kuning.


3) Cabut dengan perlahan-lahan socket tersebut.


4) Apabila sambungan socket telah tertanggal, ia akan jadi seperti didalam gambar seperti diatas.


5) Simpan semula socket ini ke tempat asalnya.



6) Anda akan lihat apabila kunci di hidupkan, secara automatik logo airbag akan menyala menunjukkan sistem airbag tidak bersambung.

7) SIAP!

Rabu, 29 Juni 2016

PERODUA LANCAR KERETA SEDAN PERTAMA



Ura ura bahawa Syarikat Automotif Kedua Negara (PERODUA) akan mengeluarkan model sedan telah hampir menjadi realiti apabila gambar ini telah dimuatnaik di laman facebook dan ianya dijangkan dilancarkan pada 21 Julai 2016. Dan admin juga telah dapatkan beberapa info mengenai spesifikasi Perodua Sedan ini.

Maklumat awal mengatakan ianya akan didatangkan dengan enjin berkuasa 1.0L dan 1.3L namun enjin apakah yang akan digunakan masih lagi menjadi tanda tanya. Manakala bagi enjin 1.5L juga akan dilancarkan cuma waktu pelancarannya kemudian nanti dan mungkin ia akan didatangkan dalam bentuk facelift.


Perodua bakal memperkenalkan sistem mula-henti (start-stop) pada varian premium yang menyamai teknologi i-Stop digunakan Mazda2. Ini bermakna, Perodua Sedan ialah model segmen-B kedua di pasaran Malaysia yang menggunakan sistem berkenaan.

Sistem mula-henti berfungsi mematikan dan menghidupkan enjin pembakaran dalaman secara automatik bagi mengurangkan masa enjin melahu, sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi. Ya, ia sistem sama yang digunakan kenderaan hibrid dan amat berguna ketika berdepan situasi kesesakan teruk.

Ciri keselamatan asas juga tidak dilupakan seperti beg udara dan sistem brek anti-kunci (ABS). Namun, sumber enggan mendedahkan apa-apa maklumat apabila ditanya sama ada Perodua akan melengkapkan sistem keselamatan ekstra seperti Bantuan Brek, Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) atau Bantuan Daki Bukit (HSA).

Paling penting, kontroversi indikator lampu depan yang pernah disuarakan seorang warga Jerman tahun lalu sudah pun diatasi pada model Perodua Sedan ini. Jadi, tiada lagi alasan tidak membuka lampu kereta anda ketika memandu malam.

Harga pula ianya mungkin akan dijual pada RM35,000 hingga RM50,000 dan ini merupakan anggaran harga yang diberikan menurut sumber iu tadi. Apapun kita sama-sama tunggu berita mengenainya pada 21 Julai ini nanti.

Selasa, 28 Juni 2016

PHOTO LEAK: MPV SEAKAN PROTON FLX SEDANG DIUJI


Gambar sebuah kereta yang sedang diuji ini menyerupai Proton Saga FLX di bahagian hadapan manakala dibahagian belakang pula ianya lebih kepada ciri-ciri seakan Proton Exora, iaitu sejenis MPV keluaran Proton.


Mungkin Proton akan membuat kejutan dengan memperkenalkan MPV mampu milik, siapa tahu kan? Andainya berita ini benar sudah tentu ia satu berita yang amat gembira bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana memandangkan kereta merupakan satu keperluan pada zaman kini.

Rabu, 15 Juni 2016

PROTON PERSONA CUSTOM BODYKIT BMW


Berikut ada beberapa keping gambar Proton Persona yang telah di ubahsuai bentuknya. Antara yang diubah adalah pemasangan spoiler belakang, bonet belakang serta bumper bahagian belakang yang kelihatan seperti BWM.


Di bahagian hadapan pula, bonet hadapan juga telah ditukar manakal lampu hadapan menggunakan lampu jenis HID. Ianya memang seperti lampu yang digunakan pada kereta BMW. Selain itu, skirting hadapan juga telah ditambah untuk nampak lebih padat.


Proton Persona ini juga menggunakan rim 17 dan direndahkan ke paras hampir dengan fender untuk nampak lebih fit. Apapun admin nak kata memang mantap design yang pemilik kereta ini ketengahkan, sangat menarik dan clean.


Sumber: Galeri Kereta

Senin, 13 Juni 2016

PROTON PERDANA 2016 - CUSTOM MODIFIED


Belum pun lagi dilancarkan dah ada dah gambar Proton Perdana 2016 ini yang di custom kan designnya. Admin tengok meleleh juga bila Perdana baru ni di custom dan di modified kan dari bentuk asal. Dengan gaya fitment pada tayar dan fender kereta menampakkan kepadatan kereta ini. Cun !!!~

Fender tambahan di kiri dan kanan tayar seperti ini anda boleh dapatkan di kedai aksesori yang menjual bumper dan bodykit kereta. Mereka boleh dapatkan design yang kita mahukan dengan mengcustomkan rangka tersebut melalui rangka asal. Bayangkan, dengan sport rim saiz 18 dan 10jj dipadankan pada kereta ini pastinya ia menarik minat anak muda kita sekarang. Untuk makluman semua, harga kereta Proton Perdana 2016 ini dilancarkan dengan enjin 2.0L dan 2.4L buatan Honda i-VTEC dengan harga bermula dari RM113,888!

Jadi apa tunggu lagi? Jom prangggggggggggg dengan Proton! He He He




TOL NAIK LAGI MENJELANG RAYA 2016


Baru je bagi bonus RM500, dah kutip balik melalui kenaikan tol menjelang perayaan kali ini. Keperitan rakyat seolah tidak diendah oleh kerajaan walaupun dimana-mana kita dapat lihat rakyat Malaysia sering meluahkan perasaan mengenai keperitan kos sara hidup yang tinggi.


Tahun lepas sahaja sebanyak 18 buah tol yang terlibat dengan kenaikan yang drastik dimana ianya membebankan pengguna jalanraya terutama di kawasan bandar. Apapun saya yakin, pasti ramai yang tidak berpuashati dengan kenaikan ini. Jika diluar negara, dah lama rakyat akan turun memberontak. Di Malaysia, rakyat masih hormat dengan kerajaan.

Bertabahlah.....

Selasa, 07 Juni 2016

PROTON PERDANA 2.4 BARU 2016 GUNA ENJIN i-VTEC


Kereta Proton Perdana 2.4 Baru 2016 yang akan dilancarkan bakal mendapat sambutan hangat dari pembeli kerana ianya menggunakan enjin i-VTEC buatan Honda yang sudah pastinya lebih berkuasa. Maklumat awal yang kami dapat menyatakan harga yang ditawarkan bagi varian ini adalah dalam lingkungan RM150,000 ke bawah bagi enjin 2.0 dan 2.4 namun belum lagi dinyatakan harganya secara rasmi. Mungkin ianya agak mahal tapi jika dah minat, mahal pun beli juga kan. Dengan menggunakan enjin tersebut, ianya sudah pasti boleh menyaingi kereta keluaran Honda yang setaraf dengannya.



Apapun, nantikan sahaja review dari pengguna setelah menggunakannya. Admin yakin, Proton Perdana 2016 kali ini pastinya mantap dan lebih berkuasa. Proton memang ingin menjadikan Perdana sebagai salah satu model sporty bertujuan untuk menarik perhatian anak muda membeli kereta buatan tempatan ini.

Rabu, 20 April 2016

GAMBAR PENUH PROTON PERDANA 2016


Berikut adalah gambar Proton Perdana tanpa sticker. Ianya adalah gambar penuh bagi model Perdana yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Rekabentuk luaran kereta ini telah diubahsuai kepada lebih moden dan nampak lebih eksekutif dan segak berbanding model Perdana lama.


Untuk lebih detail, anda boleh lihat beberapa Spesifikasi Proton Perdana 2016 untuk dapatkan maklumat mengenai enjin yang digunakan. Ianya telah dibentang oleh Proton ketika Tun M melawat ke sana. Apapun, dengan harga yang dianggarkan sekitar RM150K, adakah ia akan menjadi pilihan rakyat Malaysia? Admin agak gusar kerana semakin lama harga kereta Proton semakin tinggi dan ianya juga kurang dimiliki oleh rakyat negara ini seperti contoh Proton Suprima.

Kamis, 25 Februari 2016

PROTON PERDANA BAHARU 2016 DIJUAL PADA HARGA RM100K - RM150K


Tahukah anda Proton Perdana 2016 yang terbaru dan bakal dilancarkan oleh Proton tidak lama lagi akan dijual pada harga sekitar RM100,000 hingga RM150,000. Mungkin harganya agak tinggi, namun demikian admin rasa ada benda baru yang akan dipertontonkan pada kita semua untuk rekaan model Perdana kali ini. Apakah pembaharuan yang dibuat oleh Proton sehingga harganya boleh mencecah sebegitu tinggi? Itulah yang bermain-main difikiran kita sekarang betul kan.


Untuk makluman anda semua, model Perdana kali ini didatangkan dengan enjin berkapasiti 2.0L dan 2.4L yang sudah semestinya setanding dengan model Toyota Camry dan Honda Accord. Antara ciri-ciri yang diterapkan pada model Perdana kali ini ialah:

Performan:

- Enjin 2354cc, 139kW, 222Nm

Safety:

- Paddle Shifter, Cruise Control
- ABS with EBD
- Airbags
- Anti Trap Power Window (Front)

Dan banyak lagi yang admin tak dapat nak karang, nanti korang tengoklah broucher yang akan Proton edarkan nanti. Cuma satu je nak tanya, korang rasa harga yang Proton tawarkan tu berbaloi tak? Jawab ikhlas k.

Senin, 22 Februari 2016

TUN M KESAL LANCAR PREVE


Penjualan Preve merupakan satu kesilapan, begitulah luah Tun M ketika ditanya mengenai Proton Preve. Mengapa dan apakah yang membuatkan Tun M selaku pengerusi Proton berkata demikian? Pasti pemilik Proton Preve tidak sabar untuk mengetahuinya betul tak? Dalam hati mesti ada rasa tak sedap, kereta dah beli, hutang dah ikat 9 tahun tapi pengerusi sendiri cakap Proton Preve merupakan satu kesilapannya.

Menurut Tun, ketika beliau ingin Preve dilancarkan pihak Proton ada mencadangkan agar ia ditangguhkan kerana mungkin terdapat lagi beberapa masalah yang masih dalam peringkat ujian. Namun Tun tetap ingin Proton melancarkan Preve kerana beliau takut pelanggan akan hilang minat dengan kereta tersebut.

Namun apa berlaku selepas Proton Preve dilancarkan, terdapat banyak masalah melibatkan model itu antaranya ada pelanggan mengadu butang push button tercabut ketika mahu menghidupkan enjin, kereta berhenti sendiri ketika sedang bergerak dan pelbagai lagi masalah yang membuatkan pelanggan tidak berpuas hati dengan Proton Preve sehinggalah model Preve yang terkini dilihat lebih ampuh dan lebih mantap kerana Proton telah buat beberapa pembaikan.

Antara model yang telah dibaikpulih hasil daripada masalah pada Proton Preve adalah Proton Suprima. Ia adalah model yang terbaik namun harganya agak keras berbanding Preve.

Minggu, 21 Februari 2016

GAMBAR SEBENAR PROTON PERDANA 2016



Belum lagi Proton umumkan secara rasmi gambar sebenar Proton Perdana 2016 model terbaru yang akan menggantikan Proton Perdana lama, namun gambarnya sudah pun diperolehi di dalam laman internet. Beginilah asam garam dunia teknologi bila semua perkara dihujung jari sahaja. Ada bagusnya juga betul tak.

Jom kita tengok gambar Proton Perdana 2016 yang dikatakan rekaannya bukan diambil dari kereta lain seperti yang kita tahu sebelum ini Proton Perdana hanya rebage dari Honda Accord sahaja dan ianya kurang mendapat sambutan dari pelanggan mungkin kerana harganya yang agak tinggi.


Bagaimana pula dengan Proton Perdana 2016 ini? Adakah harganya murah berbanding yang sedia ada sekarang? Dengan enjin 2000cc admin rasa harganya mungkin mencecah RM100 ribu ke atas bagi yang premium. Sama juga dengan model Perdana yang lama, harganya juga agak tinggi terutama versi V6. Bagi keluaran terbaru ini, ianya masih lagi menggunakan enjin Campro dan bukannya enjin baru kerana ianya sedang dalam kajian oleh pihak Proton dan dijangka digunakan pada model keluaran kereta pada 2017 nanti.

Ok ini sahajalah coretan admin kali ini, kalau ada lagi gambar2 lain nanti admin kongsi lagi k.

Senin, 25 Januari 2016

SPYSHOT PROTON PERDANA 2016 TERBARU SEDANG DIUJI


Sudah semakin hampir nampaknya produksi Proton Perdana 2016 yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Ini dikuatkan lagi dengan beberapa keping gambar yang diambil oleh orang awam dan dimuat turun dalam laman Paultan yang mana mereka melihat sebuah Proton Perdana yang dibalut dengan 'sticker' sedang diuji. Dari segi bentuk dan besar kereta kita menjangkakan yang ianya adalah model Proton Perdana 2016 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.


Lampu hadapan juga menggunakan LED sama seperti model Proton Preve dan Suprima yang nampak lebih moden dan elegance. Ia juga langsung tidak sama seperti model Proton Perdana yang direbadge daripada Honda Accord yang telah dipasarkan sebelum ini.



Harap model Proton Perdana kali ini dapat memberi saingan kepada model import yang berada dipasaran seperti Honda Accord, Toyota Camry dan lain-lain.

PROTON REBADGE MODEL SUV SUZUKI ERTIGA


Betul ke Proton nak keluarkan kenderaan SUV? Jawapannya adalah benar kerana sekarang mereka dah jalin kerjasama dengan Suzuki untuk keluarkan kenderaan SUV di Malaysia dan sebelum ini kalau anda lihat ada kami keluarkan artikel mengenai MoU Proton dan Suzuki ini. Dengar cerita, Proton akan rebadge balik Suzuki Ertiga dan apa yang pasti dah tentu enjinnya menggunakan enjin Suzuki.


Ada juga sumber mengatakan Suzuki bakal membekal 1,500 unit Ertiga sebulan untuk dipasarkan di Malaysia. Di Indonesia, Suzuki Ertiga menggunakan enjin 1.4 liter dengan 92 PS dan 130 Nm tork. Terdapat dalam versi manual 5-kelajuan dan automatik. Di Malaysia agaknya adakah ia akan membawa masuk enjin yang sama atau tidak belum dapat lagi dipastikan.