Senin, 22 Februari 2016

TUN M KESAL LANCAR PREVE


Penjualan Preve merupakan satu kesilapan, begitulah luah Tun M ketika ditanya mengenai Proton Preve. Mengapa dan apakah yang membuatkan Tun M selaku pengerusi Proton berkata demikian? Pasti pemilik Proton Preve tidak sabar untuk mengetahuinya betul tak? Dalam hati mesti ada rasa tak sedap, kereta dah beli, hutang dah ikat 9 tahun tapi pengerusi sendiri cakap Proton Preve merupakan satu kesilapannya.

Menurut Tun, ketika beliau ingin Preve dilancarkan pihak Proton ada mencadangkan agar ia ditangguhkan kerana mungkin terdapat lagi beberapa masalah yang masih dalam peringkat ujian. Namun Tun tetap ingin Proton melancarkan Preve kerana beliau takut pelanggan akan hilang minat dengan kereta tersebut.

Namun apa berlaku selepas Proton Preve dilancarkan, terdapat banyak masalah melibatkan model itu antaranya ada pelanggan mengadu butang push button tercabut ketika mahu menghidupkan enjin, kereta berhenti sendiri ketika sedang bergerak dan pelbagai lagi masalah yang membuatkan pelanggan tidak berpuas hati dengan Proton Preve sehinggalah model Preve yang terkini dilihat lebih ampuh dan lebih mantap kerana Proton telah buat beberapa pembaikan.

Antara model yang telah dibaikpulih hasil daripada masalah pada Proton Preve adalah Proton Suprima. Ia adalah model yang terbaik namun harganya agak keras berbanding Preve.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar