Tampilkan postingan dengan label Saga 2016. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Saga 2016. Tampilkan semua postingan
Selasa, 19 Juli 2016
SPYSHOT GAMBAR PROTON SAGA CITY 2016
Gempar lagi nampaknya apabila perang dingin antara Proton dan Perodua semakin hangat selepas Perodua mengumumkan pelancara terbaru kereta sedan pertama mereka. Selepas beberapa gambar Proton Persona R dimuatnaik, kali ini gambar Proton Saga 2016 atau dikenali dengan Proton Saga City pula telah disebarkan.
Gambar yang diambil sedikit menanpakkan rekaan bahagian belakang kereta Proton Saga 2016 dengan rekaan yang lebih elegan dan moden. Fuhhhhh, lihat sahaja rekaan lampu belakang yang sangat seksi dan sporty. Rekaannya telah diubah hampir 75% dari kereta Proton Saga yang ada dipasaran sekarang.
Maklumat awal mendapati kemungkinan ianya akan menggunakan enjin Campro CVVT+ yang pasti lebih menjimatkan petrol.
Nantikan kupasan yang lebih lanjut dan berita-berita sensasi mengenai isu industri automotif tempatan hanya di ProtonClub dot blogspot dot com!
Selasa, 23 Juni 2015
MODEL PROTON SEDAN 2016
Proton kini dalam merangka strategi untuk mengeluarkan kereta sedan terbaru mereka dan dijangka untuk pasaran 2016 nanti. Melalui kerjasama dengan Lotus, mereka ingin mendapatkan lebih profit untuk model terbaru ini.
Namun apakah kapasiti enjin masih belum dapat dipastikan lagi, namun rekabentuknya dijangka seperti didalam gambar. Jika sebelum ini kita dipaparkan dengan rekabentuk model pengganti Saga yang nampak lebih sporty. Kali ini rekaannya lebih berbentuk seperti family car. Jika dilihat ianya seakan Nissan Almera. Apapun jika ada info baru admin akan update lagi. Adios ~
Rabu, 22 April 2015
PROTON SAGA 2016 - REALITI ATAU FANTASI?
Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua. Admin dah rasa terlalu lama sangat berehat panjang dan tak update blog ni. Namun masih lagi aktif didalam ruangan FB ProtonClub Automotive Blog. Hari ini terdetik pula hati ni nak update blog dan admin ada terima berita mengenai keluaran terbaru dari Proton iaitu Proton Saga 2016.
Apa yang dapat dilihat, gambar berkenaan hanyalah ilustrasi dan bukanlah rekaan yang benar-benar dikeluarkan dari pihak Proton. Itu yang admin nampak, sebab ianya adalah seperti ilustrasi 3D yang dihasilkan menggunakan aplikasi komputer. Tambahan lagi zaman la ni banyak pakar-pakar dalam bidang photoshop kan?
Akan tetapi, sesiapa yang dapat mengesahkan kepada admin bahawa gambar kereta Proton Saga 2016 ini adalah benar boleh emailkan sahaja dan inshaaAllah akan dikaji semula. Terima kasih semua kerana sudi baca sedikit luahan lontaran berkenaan gambar tersebut ;)
Langganan:
Postingan (Atom)




