Senin, 02 November 2015
BANGLADESH ANGGAP MALAYSIA SEBAGAI IDOLA
Malaysia sering menjadi idola dan penanda aras kepada negara-negara sedang membangun dalam aspek sosial, politik dan ekonomi, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Parlimen, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Bangladesh Dr Dipu Moni.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata perkara itu dinyatakan dr Dipu semasa membuat kunjungan hormat terhadapnya di Bangunan Parlimen hari ini.
“Beliau (Dr Dipu) berkata tumpuan selalu diberikan kepada Malaysia oleh negara-negara yang sedang membangun seperti Bangladesh dan Afrika kerana Malaysia telah mencapai kejayaan dalam bidang sosial, politik dan ekonomi,” katanya kepada Bernama selepas kunjungan hormat itu.
Menurutnya Dr Dipu yang juga bekas menteri luar Bangladesh turut menyampaikan penghargaan kepada kerajaan Malaysia yang menerima kehadiran rakyat negaranya untuk bekerja di negara ini.
Pandikar Amin berkata Dr Dipu menganggap sifat keterbukaan Malaysia terhadap rakyat Bangladesh bukan sahaja membantu memacu ekonomi negara ini malah turut meningkatkan ekonomi Bangladesh.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar