Minggu, 01 November 2015
PRODUKSI PROTON SATRIA NEO DIHENTIKAN HUJUNG TAHUN 2015
Berita sedih bagi peminat kereta yang sinonim dengan motorspot iaitu Proton Satria NEO yang akan ditamatkan keluarannya pada penghujung tahun ini. Ia telah disahkan oleh pihak Proton Motorspot melalui laman facebooknya.
Satria Neo merupakan Satria generasi kedua yang dilancarkan pada tahun 2006. Sejak itu, model hatchback ini telah menerima banyak penambah baikan. Paling terkini ialah pada Januari tahun lalu iaitu Satria Neo Standard 4AT yang diberi penambah baikan berdasarkan versi Satria Neo Standard MT.
Ia dijanakan oleh enjin 1.6 Campro CPS yang mampu menghamburkan kuasa 125 hp pada 6,500rpm dan tork 150 Nm pada 4,500rpm. Manakala bagi transmisi, ia menggunakan kotak gear automatik dengan empat kelajuan.
Ramai juga yang tertanya-tanya, atas sebab apakah Proton mahu menghentikan pengeluaran Proton Satria NEO ini kerana ia adalah sebuah kereta yang diminati oleh anak muda dan ia juga adalah sebuah kereta yang mampu milik dan mempunyai ciri-ciri enjin yang berkuasa. Apapun kita tunggu sahajalah daripada pihak Proton. Mungkin ada kejutan kereta lain berkonsep compact dari Proton yang akan keluar pada tahun depan selain Proton Perdana 2016, siapa yang tahu... Betul tak? hehehe.... - ProtonClub.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar