Tampilkan postingan dengan label Berita. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Berita. Tampilkan semua postingan
Senin, 02 November 2015
BANGLADESH ANGGAP MALAYSIA SEBAGAI IDOLA
Malaysia sering menjadi idola dan penanda aras kepada negara-negara sedang membangun dalam aspek sosial, politik dan ekonomi, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Parlimen, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Bangladesh Dr Dipu Moni.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata perkara itu dinyatakan dr Dipu semasa membuat kunjungan hormat terhadapnya di Bangunan Parlimen hari ini.
“Beliau (Dr Dipu) berkata tumpuan selalu diberikan kepada Malaysia oleh negara-negara yang sedang membangun seperti Bangladesh dan Afrika kerana Malaysia telah mencapai kejayaan dalam bidang sosial, politik dan ekonomi,” katanya kepada Bernama selepas kunjungan hormat itu.
Menurutnya Dr Dipu yang juga bekas menteri luar Bangladesh turut menyampaikan penghargaan kepada kerajaan Malaysia yang menerima kehadiran rakyat negaranya untuk bekerja di negara ini.
Pandikar Amin berkata Dr Dipu menganggap sifat keterbukaan Malaysia terhadap rakyat Bangladesh bukan sahaja membantu memacu ekonomi negara ini malah turut meningkatkan ekonomi Bangladesh.
Rabu, 30 September 2015
JPJ TERLIBAT KEMALANGAN DI GRIK
Gambar kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terlibat kemalangan di 194 Grik di lebuhraya K. Kangsar ke Jelapang. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan, mudah-mudahan mereka semua selamat.
Mungkin faktor keadaan jalan yang agak licin akibat hujan sebelum ni menyebabkan pacuan empat roda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hilang kawalan dan terbabas.
Selasa, 29 September 2015
PASARAYA TIPU TARIKH LUPUT BARANG DI MELAKA
Berhati-hati bagi mereka yang tinggal di Melaka, juga yang datang ke Melaka tak kiralah bercuti ke, melawat saudara atau kawan ke tapi kalau nak singgah mana-mana kedai atau pasaraya tu kena tengok betul-betul. Sebab Melaka dah ada kes sebuah Pasaraya yang menipu pelanggannya. Mereka menukar tarikh luput barang terbabit dengan memadamkan tarikh lama dan diganti dengan tarikh baru. Tak ke bahaya tu? Kesannya boleh mendatangkan mudharat pada mereka yang makan makanan tersebut.
Nak tau lokasi pasaraya yang tipu tarikh luput tu? Lokasinya di Cheng, Melaka. Admin dah tau dah mana satu pasaraya yang buat hal ni tapi tak nak lah admin hebohkan cuma hati-hatilah kalau anda nak beli barang di Cheng tu ye.
Antara kesalahan yang dilakukan termasuk menjual produk makanan melebihi tarikh luput, pelabelan produk yang salah dan turut melibatkan kesalahan berkaitan aspek keselamatan di premis tersebut.
Pegawai Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kesihatan Melaka Muhammad Ridzuan Mohd Sarif berkata pihaknya merampas beberapa produk makanan kerana kesalahan label dengan nilai rampasan RM 229.40 manakala kesalahan tarikh luput, nilai rampasan berjumlah RM616.80.
P/S Buat malu nama Melaka je!
Senin, 15 Juni 2015
SAYA PERTAHAN NAJIB, SAYA YANG KENA PANGGIL - NAZRI AZIZ
Lain padang lain belalang, anda ingat lagi pepatah orang melayu dulu-dulu? Mendalam maksudnya bukan. Datuk nenek kita dah merasa macam2 garam lebih daripada kita.
Niat hati nak pertahan kan ketua, tapi kena kat muka dia balik. Pendapat admin, kalau benda yang tak betul buat apa kita nak betulkan betul tak? Apa yang TMJ suarakan adalah berkenaan masalah yang sedang rakyat tanggung. Kalau rakyat marhain pun mereka yang memerintah tak mahu dengar, terpaksalah Tunku bersuara bagi membela nasib rakyat.
Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/saya-pertahankan-najib-saya-pula-yang-kena-panggil-nazri-aziz-62552
Sabtu, 22 September 2012
KAWASAN PANAS KAMERA AES DI SEKITAR MALAYSIA
Penguatkuasaan kamera automatik AES telahpun dikuatkuasakan. Ianya telah bermula pada 12.00 tgh malam semalam. Dan diantara lokasi panas yang diletakkan kamera perangkap had laju automatik AES ini adalah seperti dibawah.
Jadi selepas ini anda perlu berhati-hati kerana keupayaan kamera ini adalah sangat hebat dan telahpun digunapakai di Negara-negara barat khususnya.
Langganan:
Postingan (Atom)








