Tampilkan postingan dengan label Speed trap. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Speed trap. Tampilkan semua postingan

Selasa, 20 Oktober 2015

KAMERA AES MUNGKIN DIHAPUSKAN - KERAJAAN MALAYSIA


Kerajaan mungkin akan menghapuskan semua kamera perangkap had laju (AES) di negara ini dan menarik balik hampir 1.6 juta saman trafik bernilai hampir setengah billion oleh kamera AES ini.


Satu berita yang agak menarik namun apakah relevannya setelah wang sebanyak RM500 juta dibelanjakan untuk membangunkan kamera AES ini, kini ianya hendak dihapuskan pula.

Memetik sumber, laporan itu berkata caj dikenakan terhadap pesalah trafik AES, yang dikuatkuasakan pada September, 2012, kemungkinan besar akan digugurkan.

Sumber laporan itu dipetik sebagai berkata, kerajaan sedang bersedia untuk menghapuskan saman kesalahan yang dikeluarkan ketika peringkat pilot penguatkuasaan itu dan akan terus bergerak ke fasa kedua.

“Tindakan di bawah peringkat pilot terikat dengan masalah teknikal yang berbangkit daripada proses pengumpulan bukti yang tidak dijalankan pegawai penguat kuasa,” kata sumber berkenaan.

“Pihak pertama di pusat kawalan AES yang mengumpul gambar beresolusi tinggi berkaitan dakwaan kesalahan trafik, adalah kakitangan syarikat swasta.

“Peranan pihak pertama ialah mengumpul bukti yang sepatutnya dilaksanakan anggota polis atau penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bukan kakitangan syarikat swasta. Ini menyebabkan undang-undang terhalang,” katanya.

Terdapat 10 kamera AES tetap dan 4 kamera bergerak beroperasi di 14 lokasi terdedah kemalangan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak. Di bawah operasi AES, imej gambar dan video kenderaan yang melanggar undang-undang trafik akan dirakamkan, sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah.

JPJ sebelum ini berjanji untuk memperbaiki semua 831 kamera untuk menangkap pemandu yang laju dan mencegah lebih banyak kemalangan maut sebagai sebahagian daripada fasa pilot projek AES yang dilaksanakan pada September 2012.

Bagaimanapun, 3 bulan kemudian, Pejabat Peguam Negara mengarahkan pemberhentian bagi semua prosiding mahkamah berkaitan dengan saman dikeluarkan di bawah AES untuk mengkaji isu perundangan berbangkit susulan rungutan orang ramai.

Masalah timbul apabila polis terus dengan penguatkuasaan mereka terhadap pemandu laju, serentak dengan penswastaan AES, menyebabkan pengguna jalan raya mengadu mereka dikenakan saman 2 kali.

Sejumlah besar tuntutan mencabar saman AES diterima mahkamah menyebabkan perintah peguam negara membekukan arahan senarai hitam pesalah.

Ini dikenal pasti sebagai halangan terbesar bagi melaksanakan fasa kedua AES, lapor The Sun.

“Jumlah besar kes tertunggak di mahkamah berkaitan fasa pertama AES mengganggu kerajaan. Kita perlu membatalkannya untuk mengelak AES jadi kapal karam,” kata seorang pegawai kanan kerajaan dipetik sebagai berkata.

“Operasi AES fasa kedua meliputi 350 lokasi menjelang suku pertama 2016 akan membuka lembaran baru. Kali ini kerajaan akan melakukannya dengan betul,” katanya.

Pegawai itu juga menyatakan kerajaan boleh mengembalikan semula saman yang sudah dibayar untuk menunjukkan AES bukan perkara main-main, tetapi dilaksanakan untuk menyelamatkan nyawa.– 20 Oktober, 2015.

Sumber ini dipetik dari laman TheMalaysianInsider.

Senin, 05 Oktober 2015

POLIS MALAYSIA GUNA KAMERA BOLEH SEMAK NO PLAT ADA SAMAN


Polis Malaysia (PDRM) akan menggunakan sistem kamera pengesan nombor plat automatik (ANPR) dalam tempoh dua bulan akan datang. Hanya dengan merakam gambar pada no plat kenderaan terbabit, segala saman tertunggak akan dapat diketahui dan ini memudahkan tugas Polis untuk menahan pemilik kenderaan tersebut.

Dimaklumkan bahawa lebih 20 kamera yang menggunakan sistem ini akan digunapakai oleh Polis Malaysia. Kamera itu akan diletakkan di sembilan kawasan strategik termasuk di beberapa pintu keluar dan masuk negara.

Jadi selepas ini, mungkin kadar saman yang tertunggak di seluruh negara yang berjumla lebih 1.06 juta itu dapat dikurangkan. Mereka yang ingkar membayar saman juga akan dapat dijejaki. Selepas ini, mungkin para pengguna jalanraya akan lebih mematuhi arahan ketika dijalanraya dan tidak melakukan kesalahan sewenang-wenangnya.

Tahniah PDRM Malaysia!

Sabtu, 22 September 2012

KAWASAN PANAS KAMERA AES DI SEKITAR MALAYSIA


Penguatkuasaan kamera automatik AES telahpun dikuatkuasakan. Ianya telah bermula pada 12.00 tgh malam semalam. Dan diantara lokasi panas yang diletakkan kamera perangkap had laju automatik AES ini adalah seperti dibawah.




Jadi selepas ini anda perlu berhati-hati kerana keupayaan kamera ini adalah sangat hebat dan telahpun digunapakai di Negara-negara barat khususnya.

Jumat, 21 September 2012

AES SPEED TRAP SPY SHOT CAPTURED!


Adakah anda pernah dengar mengenai teknologi AES pada kamera perangkap had laju (Speed Trap)? Sejauh mana keupayaannya bukan lagi persoalan tetapi kecekapan kamera ini memerangkap kelajuan sesebuah kenderaan amat dikagumi walaupun tiada orang yang mengawalnya. Berikut adalah lokasi panas yang sempat diambil oleh jurugambar amatur di highway. 

Menurut jurugambar tersebut, kamera ini dirakamkan di KM376 PLUS Slim River, Ipoh Perak. Jadi kami berharap anda lebih berhati-hati selepas ini. Pandu cermat dan ingatlah orang tersayang.

P/S: Kalau ada update terbaru mengenai lokasi kamera ini, kami akan update dari semasa ke semasa. Sentiasalah subscribe blog ProtonCLUB. Terima kasih.

Sabtu, 21 Juli 2012

SISTEM 'SPEEDTRAP' BERKEUPAYAAN TINGGI

Daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Suatu sistem kamera perangkap kelajuan berkeupayaan tinggi akan dipasang di sekitar lebuhraya di Malaysia. Ianya dijangka akan dipasang sekitar bulan Ogos 2012. Ianya dijangka dapat mengurangkan statistik kemalangan maut yang mana menunjukkan Malaysia adalah diantara Negara yang mempunyai jumlah kemalangan maut tertinggi setakat ini.

Automated Enforcement System (AES) - Semua kamera yang mempunyai resolusi 11MP ini dipercayai akan dapat merakam imej pegun dan rakaman video kenderaan yang melakukan kesalahan berkaitan kelajuan, dan disambungkan melalui pautan jalur lebar kepada ibu pejabat sistem masing-masing. Setelah dirakam, bukti fotografi kemudiannya disampaikan kepada JPJ, yang akan mengesahkan, dan denda akan dikeluarkan kepada pesalah trafik. Pihak SIRIM pula akan sentiasa memantau kebolehan kamera ini pada setiap 8 bulan.

Apa yang pasti, kamera ini mampu merakam kelajuan kenderaan sehingga lorong keempat dengan purata kelajuan 250 KM/H hingga 300 KM/H.