Tampilkan postingan dengan label PDRM. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label PDRM. Tampilkan semua postingan

Senin, 18 Januari 2016

KAMERA AES DAN KEJARA DILAKSANA MAC INI


Dah lama tak dengar mengenai kamera AES ni. Unutk pengetahuan semua pengguna jalanraya, Kamera Perangkap Had Laju (AES) bakal dilaksanakan bersama-sama dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya (KEJARA) paling lewat pada akhir bulan Mac ini. Kamera AES ramai yang dah tahu ianya digunakan bagi memerangkap mereka yang bawa melebihi had laju yang ditetapkan, tetapi bagaimana pula dengan KEJARA ini? Menatang apakah ia?

Ok, admin nak cerita sikit. KEJARA ni adalah satu sistem yang dibangunkan dalam bentuk mata demerit, maksudnya setiap kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik akan ditolak mata demeritnya mengikut kesalahan yang dilakukan. Berapa banyak mata yang akan ditolak bergantung pada kesalahan yang dibuat tapi apa yang admin tahu, andainya kesalahan yang ditolak kurang dari 20 mata demerit maka secara automatik lesen memandu anda akan digantung. Dasyat bukan?

Jadi kalau taknak digantung lesen, patuhilah segala peraturan jalanraya yang telah ditetapkan. Ini semua bagi melindungi nyawa anda dan mengelak dari berlakunya kemalangan. Jadi langkah inilah yang kerajaan kita akan ambil bagi mengurangi semua kes-kes tersebut.

Akhir kata, berhati-hati ketika memandu dan ingatlah orang tersayang.

Kamis, 22 Oktober 2015

PDRM GANTI KERETA PERONDA DENGAN PROTON SUPRIMA S DAN IRIZ


Berkuatkuasa pada bulan November 2015, semua kereta peronda PDRM jenis Perodua Kancil akan digantikan dengan jenama Proton.


Menurut sumber, bagi kereta peronda Perodua Kancil yang digunakan oleh Ketua Balai Polis akan digantikan dengan model Iriz.

Manakala bagi balai besar pula, akan digantikan dengan model Suprima S.

“Majlis perasmian dan penyerahan kunci dijangka akan dilaksanakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada awal November ini,” kata sumber itu.


Penggantian kereta peronda polis ini dilihat sebagai usaha PDRM meningkatkan imej dan integriti pasukan keselamatan.

Terbaru, lebih 1,200 buah kereta peronda model Inspira telah diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menggantikan 100 buah kereta peronda polis model Waja yang juga telah tamat tempoh pajakannya.


Bayangkan kalau yang kejar korang tu Proton Suprima S dengan kuasa turbo, jawabnya berhenti tepi dulu lah tak payah nak berangan nak cuba lari. Hehehehe....

P/S: Kereta Proton ni enjin dia kalau dah masuk turbo, lain sikit cara perginya terutama sekali Proton Exora Bold.

Senin, 07 Januari 2013

ISU TARIAN BOGEL MEMALUKAN PDRM - KOMEN TUN HISAN


PANAS! Memang PANAS! Isu tarian separuh bogel yang melibatkan pihak JSJ IPPD Shah Alam betul-betul memalukan kita semua. Akan tetapi kita biarkan dahulu pihak atasan PDRM menyiasat perkara ini.

Tun Hisam Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan tindakan lanjut akan diambil. Berikut adalah petikan dari komen beliau dari akaun Facebook mengenai perkara yang menjijikkan ini.



Jadi mari kita sama-sama serahkan perkara ini kepada pihak Polis dan kita berharap jika ianya benar, tindakan disiplin haruslah diambil supaya ianya dapat dijadikan iktibar kerana ianya sangat memalukan kita semua yang cintakan keamanan.

Selasa, 18 Desember 2012

KEMPEN JANGAN PAKAI HELMET DALAM STESYEN MINYAK



Jangan pakai topi keledar (helmet) dalam stesyen minyak..! Itu adalah kempen terbaru yang dijalankan oleh pihak Shell dengan kerjasama Polis Malaysia. PPost Before “read more”

Ianya bertujuan untuk mengurangkan lagi kadar jenayah yang melibatkan kes samun di stesyen minyak yang mana suspek akan menggunakan helmet untuk melindungi diri mereka dari dirakam atau dikenali oleh orang ramai.

Kes seperti ini bukan sahaja berlaku di stesyen minyak malah di kedai runcit dan serbaneka lain.

Jadi adakah anda yang bekerja di stesyen minyak boleh tegur sesiapa yang masuk dengan memakai helmet? Sebab rata-rata mereka masuk ke dalam dengan helmet yang masih dipakai kononnya malas nak tanggal.

Namun, saya rasa memang perlu untuk kita tanggalkan helmet sebab ianya dapat membantu mengurangkan kadar jenayah samun yang berleluasa sekarang.

Senin, 17 Desember 2012

PDRM GUNA KAWASAKI NINJA 250R


TERBAIK DARI LADANG! Selepas ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah jentera terbaru mereka dengan Kawasaki Ninja 250R!

Menurut sumber daripada Buletin Utama, ianya akan dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Razak. Polis akan menggunakan motosikal berkuasa tinggi ini untuk membuat rondaan dan membanteras jenayah.

Selain itu, pihak Polis juga akan melatih anggotanya agar dapat menunggang motosikal ini samada dalam keadaan aman dan ketika situasi bahaya.



Kita rakyat Malaysia berharap dengan adanya jentera baru ini, rondaan bermotosikal perlulah dilakukan dengan kerap memandangkan jenayah di Malaysia kini semakin membimbangkan kita.

P/S: JELES gua tengok Polis dapat macam-macam...Tahniah PDRM.

CCTV PANTAU KAMERA AES ATAU APA?


Selepas dikhabarkan dengan beberapa berita mengenai Kamera Perangkap Kelajuan AES yang menjadi tempat lepas geram orang ramai akibat dari lambakan saman yang terpaksa mereka bayar. Pihak tertentu telah membuat satu inisiatif baru untuk mengelak dari berlakunya kejadian berkenaan.

Berikut adalah petikan daripada akhbar SINAR HARIAN bertarikh 15 Disember 2012,


SERDANG – “Saya langsung tidak tahu menahu mengenai pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 6.6 Lebuh raya Lembah Klang Selatan (SKVE),” kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu.

Beliau berkata, bukan Kerajaan Negeri yang melakukan pemasangan terbabit dan mendakwa ia dilakukan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, tiada mana-mana pihak yang mengemukakan permohonan kebenaran merancang dan mendakwa pihak yang memasang peralatan itu tiada hak berbuat demikian tanpa keizinan PBT.

“Saya tidak diberitahu apa-apa mengenai perkara ini (pemasangan CCTV), memang tiada permohonan dibuat sebelum ini malah kebenaran untuk memasang AES juga belum diterima kami.

“Kerajaan Negeri bertegas, dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis dikeluarkan 6 Disember lalu, sekiranya masih tiada kontraktor atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengemukakan permohonan, kita akan buka AES itu,” katanya, semalam.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 11.30 pagi semalam mendapati, tiga pekerja melaksanakan kerja-kerja pemasangan CCTV kurang lima meter dari kamera AES.

Pemasangan peralatan itu dipercayai bagi mengesan tindak tanduk pihak tidak bertanggungjawab selepas AES yang dipasang di situ pernah menjadi sasaran perbuatan vandalisme sebelum ini.

Namun begitu saya pasti masih ramai rakyat dinegara ini tidak bersetuju dengan pemasangan kamera perangkap hadlaju ini walaupun tujuannya dipasang adalah untuk menangkap mereka yang melakukan kesalahan.

Ada juga yang terkena ditempat yang hadlaju ditetapkan adalah 60KM/H dan ini agak menghairankan. Mungkin disitu tempat yang kerap berlaku kemalangan agaknya KOT.....

Jumat, 21 September 2012

AES SPEED TRAP SPY SHOT CAPTURED!


Adakah anda pernah dengar mengenai teknologi AES pada kamera perangkap had laju (Speed Trap)? Sejauh mana keupayaannya bukan lagi persoalan tetapi kecekapan kamera ini memerangkap kelajuan sesebuah kenderaan amat dikagumi walaupun tiada orang yang mengawalnya. Berikut adalah lokasi panas yang sempat diambil oleh jurugambar amatur di highway. 

Menurut jurugambar tersebut, kamera ini dirakamkan di KM376 PLUS Slim River, Ipoh Perak. Jadi kami berharap anda lebih berhati-hati selepas ini. Pandu cermat dan ingatlah orang tersayang.

P/S: Kalau ada update terbaru mengenai lokasi kamera ini, kami akan update dari semasa ke semasa. Sentiasalah subscribe blog ProtonCLUB. Terima kasih.