Tampilkan postingan dengan label Shell. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Shell. Tampilkan semua postingan

Senin, 27 April 2015

HARGA PETROL RON95, RON97 DAN DIESEL NAIK PADA 1 MEI 2015

Berita yang kurang enak admin dengar dan bakal membuatkan mereka berpusu-pusu ke stesen minyak untuk mengisi tangki kereta mereka ialah berita mengenai kenaikan harga minyak petrol di Malaysia.

Terdapat ura-ura bahawa kerajaan akan menaikkan harga bahan bakar itu berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia. Berikut merupakan harga terkini RON95, RON97 dan Diesel dijangka akan naik.


Harga terkini tidak rasmi bahan bakar Malaysia:
RON95 - RM2.10/liter
RON97 - RM2.40/liter
Diesel - RM2.10/liter

Namun begitu, kerajaan melalui KPDNKK akan mengumumkan harga yang sebenar kelak setelah kata putus mengenai berapakah kenaikan harga petrol dan diesel ini pada 30 April 2015.

Selasa, 18 Desember 2012

KEMPEN JANGAN PAKAI HELMET DALAM STESYEN MINYAK



Jangan pakai topi keledar (helmet) dalam stesyen minyak..! Itu adalah kempen terbaru yang dijalankan oleh pihak Shell dengan kerjasama Polis Malaysia. PPost Before “read more”

Ianya bertujuan untuk mengurangkan lagi kadar jenayah yang melibatkan kes samun di stesyen minyak yang mana suspek akan menggunakan helmet untuk melindungi diri mereka dari dirakam atau dikenali oleh orang ramai.

Kes seperti ini bukan sahaja berlaku di stesyen minyak malah di kedai runcit dan serbaneka lain.

Jadi adakah anda yang bekerja di stesyen minyak boleh tegur sesiapa yang masuk dengan memakai helmet? Sebab rata-rata mereka masuk ke dalam dengan helmet yang masih dipakai kononnya malas nak tanggal.

Namun, saya rasa memang perlu untuk kita tanggalkan helmet sebab ianya dapat membantu mengurangkan kadar jenayah samun yang berleluasa sekarang.