Tampilkan postingan dengan label JPJ. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label JPJ. Tampilkan semua postingan

Senin, 18 Januari 2016

KAMERA AES DAN KEJARA DILAKSANA MAC INI


Dah lama tak dengar mengenai kamera AES ni. Unutk pengetahuan semua pengguna jalanraya, Kamera Perangkap Had Laju (AES) bakal dilaksanakan bersama-sama dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya (KEJARA) paling lewat pada akhir bulan Mac ini. Kamera AES ramai yang dah tahu ianya digunakan bagi memerangkap mereka yang bawa melebihi had laju yang ditetapkan, tetapi bagaimana pula dengan KEJARA ini? Menatang apakah ia?

Ok, admin nak cerita sikit. KEJARA ni adalah satu sistem yang dibangunkan dalam bentuk mata demerit, maksudnya setiap kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik akan ditolak mata demeritnya mengikut kesalahan yang dilakukan. Berapa banyak mata yang akan ditolak bergantung pada kesalahan yang dibuat tapi apa yang admin tahu, andainya kesalahan yang ditolak kurang dari 20 mata demerit maka secara automatik lesen memandu anda akan digantung. Dasyat bukan?

Jadi kalau taknak digantung lesen, patuhilah segala peraturan jalanraya yang telah ditetapkan. Ini semua bagi melindungi nyawa anda dan mengelak dari berlakunya kemalangan. Jadi langkah inilah yang kerajaan kita akan ambil bagi mengurangi semua kes-kes tersebut.

Akhir kata, berhati-hati ketika memandu dan ingatlah orang tersayang.

Kamis, 08 Oktober 2015

JPJ TERIMA MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telahpun menerima sebuah motosikal dari jenama Kawasaki 250 cc dan ini akan memudahkan penguatkuasa JPJ dalam menjalankan tugas terutama dikawasan yang sesak dan sempit. Motosikal yang dilengkapi alatan termasuk box pada kiri dan kanan ini adalah dari keluaran terbaru.


Mungkin selepas ini mat rempit yang cuba lari dari sekatan akan mudah dikejar dan ditangkap dan mana2 kenderaan yang cuba lari juga mudah ditahan sebab pergerakan dengan motosikal lebih mudah daripada kereta.

Namun setakat ini, admin rasa motosikal Kawasaki 250cc ini akan diberi kepada skuad Peronda JPJ dan rondaan juga akan lebih kerap dilakukan. Jadi hati2 lah kepada pengguna jalanraya diluarsana.

Rabu, 30 September 2015

JPJ TERLIBAT KEMALANGAN DI GRIK


Gambar kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terlibat kemalangan di 194 Grik di lebuhraya K. Kangsar ke Jelapang. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan, mudah-mudahan mereka semua selamat.


Mungkin faktor keadaan jalan yang agak licin akibat hujan sebelum ni menyebabkan pacuan empat roda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hilang kawalan dan terbabas.

Selasa, 30 Juni 2015

JPJ INGIN SERBU KEDAI JUAL AKSESORI KENDERAAN


Terbaru, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan memohon untuk mendapatkan kuasa bagi membuat pemeriksaan di kedai-kedai aksesori kenderaan. Relevankah jika JPJ sendiri yang membuat pemeriksaan?

Bagi admin, memang ada pro dan kontranya dari apa yang dirancangkan ini. Pertamanya, JPJ dapat menentukan barangan aksesori apa yang boleh dan tidak boleh dijual kepada pelanggan. Kedua, mana2 kedai yang ingkar berkemungkinan akan disaman, siapa yang keluarkan saman ini? Jika saman ini dikeluarkan oleh JPJ itu sendiri maka ianya dilihat dapat menjana pendapatan tambahan kepada Jabatan itu sendiri selain dari saman2 yang dikeluarkan melalui kesalahan jalanraya.

Apapun, tindakan ini dilihat dapat membantu pengguna memilih barang jualan yang dibenarkan sahaja. Diharap selepas ini tidak lagi timbul isu kenapa kedai boleh jual tak kena saman, pembeli yang kena.

Senin, 29 September 2014


Semalam tengok suratkhabar Berita Harian, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dah keluarkan statement untuk pengguna cermin gelap. Jadi gambar di atas ni merupakan panduan cermin gelap yang diluluskan oleh pihak JPJ untuk orang awam ikuti.

Cermin hadapan - 70%
Cermin sisi pemandu - 50%
Cermin sisi penumpang belakang - 30%
Cermin belakang - 30%

Apa pendapat anda mengenai panduan terbaru ini? Adakah ianya mengambil kira ciri-ciri keselamatan yang sebelum ini pernah diluahkan oleh para pengguna?

*Berkuatkuasa pada 1 November 2014, mana-mana kenderaan yang tidak mematuhi peraturan tersebut akan dikenakan kompaun sebanyak RM300 atau sehingga RM1000 jika dibawa hingga ke mahkamah.

Selasa, 10 Desember 2013

PENGUATKUASA JPJ SAMAN LORI BANTUAN BANJIR

BANJIR, musim yang agak memeritkan bagi mereka yang terpaksa menghadapi situasi bencana alam ini. Namun kita sebahagian dari manusia yang terpaksa menghadapinya. Pun begitu, masih ada lagi perkara yang kurang menyenangkan. Terbaca di internet mengenai saman yang dikeluarkan oleh penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap lori yang membawa muatan barang-barang bantuan banjir.

Berikut saya kongsikan dengan pembaca semua,

Mana perginya peri kemanusiaan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam membantu mangsa banjir di Kuantan? Saya sifatkan mereka sebagai tidak berhati perut dan kejam.”

Itu kata penyelaras bantuan tersebut, Nordiana Abdul Rahman yang kesal apabila lori muatan barangan mangsa banjir ditahan selepas tol Gombak dan dikenakan saman atas alasan membawa lebih muatan.

Jelas Nordiana, sepatutnya penguat kuasa JPJ yang menahan lori tersebut lebih berhati perut kerana barangan yang dihantar adalah untuk membantu mangsa banjir, bukan untuk dijual di pasar lambak.

“Kalau lebih muatan dan tidak benarkan lori meneruskan perjalanan, apalah salahnya benarkan kami keluarkan barang tersebut sehingga cukup muatan yang dibenarkan?

“Ini tidak, JPJ terus denda pemandu sebanyak RM150 manakala syarikat lori yang membawa barangan tersebut disaman RM450 tanpa ada tolak ansur sedikit pun,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Lebih teruk, Nordiana memberitahu, penguat kuasa JPJ itu yang agak sombong dan kasar turut menggertak pemandu lori untuk membawa lori tersebut ke stesen penimbang yang bakal dikenakan hukuman lebih berat.

“Saya memang tak faham wujudnya anggota kerajaan yang tidak bertimbang rasa dalam membantu mangsa banjir. Kami pun bukannya boleh sampai ke Kuantan kerana laluan di tutup.

“Demi mangsa banjir, kami bayar denda tersebut dan saman syarikat akan diputuskan di mahkamah nanti seperti yang tercatat pada surat saman yang dikeluarkan,” ujarnya.

Menurut Nordiana, barangan tersebut dikumpul bersama sanak saudara dan sahabat handainya memang khusus untukmangsa banjir. Antara barang yang dikumpul untuk dihantar ke pusat banjir adalah pakaian, selimut dan makanan seperti beras, gula, susu, tepung dan sebagainya.

“Kami berusaha mengumpul barangan ini selama lima hari kerana kasihankan mangsa banjir tetapi apabila bertemu JPJ di tengah jalan, sudahlah tiada perasaan kasihan malah kami pula disaman dan didenda.

“Saya tahu apa tanggungjawab penguat kuasa JPJ cuma kesal kerana tidak ada pertimbangan langsung dalam membantu mangsa banjir yang amat memerlukan barangan tersebut,” katanya

Senin, 17 Desember 2012

CCTV PANTAU KAMERA AES ATAU APA?


Selepas dikhabarkan dengan beberapa berita mengenai Kamera Perangkap Kelajuan AES yang menjadi tempat lepas geram orang ramai akibat dari lambakan saman yang terpaksa mereka bayar. Pihak tertentu telah membuat satu inisiatif baru untuk mengelak dari berlakunya kejadian berkenaan.

Berikut adalah petikan daripada akhbar SINAR HARIAN bertarikh 15 Disember 2012,


SERDANG – “Saya langsung tidak tahu menahu mengenai pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 6.6 Lebuh raya Lembah Klang Selatan (SKVE),” kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu.

Beliau berkata, bukan Kerajaan Negeri yang melakukan pemasangan terbabit dan mendakwa ia dilakukan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, tiada mana-mana pihak yang mengemukakan permohonan kebenaran merancang dan mendakwa pihak yang memasang peralatan itu tiada hak berbuat demikian tanpa keizinan PBT.

“Saya tidak diberitahu apa-apa mengenai perkara ini (pemasangan CCTV), memang tiada permohonan dibuat sebelum ini malah kebenaran untuk memasang AES juga belum diterima kami.

“Kerajaan Negeri bertegas, dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis dikeluarkan 6 Disember lalu, sekiranya masih tiada kontraktor atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengemukakan permohonan, kita akan buka AES itu,” katanya, semalam.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 11.30 pagi semalam mendapati, tiga pekerja melaksanakan kerja-kerja pemasangan CCTV kurang lima meter dari kamera AES.

Pemasangan peralatan itu dipercayai bagi mengesan tindak tanduk pihak tidak bertanggungjawab selepas AES yang dipasang di situ pernah menjadi sasaran perbuatan vandalisme sebelum ini.

Namun begitu saya pasti masih ramai rakyat dinegara ini tidak bersetuju dengan pemasangan kamera perangkap hadlaju ini walaupun tujuannya dipasang adalah untuk menangkap mereka yang melakukan kesalahan.

Ada juga yang terkena ditempat yang hadlaju ditetapkan adalah 60KM/H dan ini agak menghairankan. Mungkin disitu tempat yang kerap berlaku kemalangan agaknya KOT.....

Sabtu, 22 September 2012

KAWASAN PANAS KAMERA AES DI SEKITAR MALAYSIA


Penguatkuasaan kamera automatik AES telahpun dikuatkuasakan. Ianya telah bermula pada 12.00 tgh malam semalam. Dan diantara lokasi panas yang diletakkan kamera perangkap had laju automatik AES ini adalah seperti dibawah.




Jadi selepas ini anda perlu berhati-hati kerana keupayaan kamera ini adalah sangat hebat dan telahpun digunapakai di Negara-negara barat khususnya.

Jumat, 21 September 2012

AES SPEED TRAP SPY SHOT CAPTURED!


Adakah anda pernah dengar mengenai teknologi AES pada kamera perangkap had laju (Speed Trap)? Sejauh mana keupayaannya bukan lagi persoalan tetapi kecekapan kamera ini memerangkap kelajuan sesebuah kenderaan amat dikagumi walaupun tiada orang yang mengawalnya. Berikut adalah lokasi panas yang sempat diambil oleh jurugambar amatur di highway. 

Menurut jurugambar tersebut, kamera ini dirakamkan di KM376 PLUS Slim River, Ipoh Perak. Jadi kami berharap anda lebih berhati-hati selepas ini. Pandu cermat dan ingatlah orang tersayang.

P/S: Kalau ada update terbaru mengenai lokasi kamera ini, kami akan update dari semasa ke semasa. Sentiasalah subscribe blog ProtonCLUB. Terima kasih.

Sabtu, 21 Juli 2012

SISTEM 'SPEEDTRAP' BERKEUPAYAAN TINGGI

Daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Suatu sistem kamera perangkap kelajuan berkeupayaan tinggi akan dipasang di sekitar lebuhraya di Malaysia. Ianya dijangka akan dipasang sekitar bulan Ogos 2012. Ianya dijangka dapat mengurangkan statistik kemalangan maut yang mana menunjukkan Malaysia adalah diantara Negara yang mempunyai jumlah kemalangan maut tertinggi setakat ini.

Automated Enforcement System (AES) - Semua kamera yang mempunyai resolusi 11MP ini dipercayai akan dapat merakam imej pegun dan rakaman video kenderaan yang melakukan kesalahan berkaitan kelajuan, dan disambungkan melalui pautan jalur lebar kepada ibu pejabat sistem masing-masing. Setelah dirakam, bukti fotografi kemudiannya disampaikan kepada JPJ, yang akan mengesahkan, dan denda akan dikeluarkan kepada pesalah trafik. Pihak SIRIM pula akan sentiasa memantau kebolehan kamera ini pada setiap 8 bulan.

Apa yang pasti, kamera ini mampu merakam kelajuan kenderaan sehingga lorong keempat dengan purata kelajuan 250 KM/H hingga 300 KM/H.