Kamis, 07 Januari 2016
MERCEDEZ-BENZ UMUM TIDAK MENAIKKAN HARGA KERETA
MERCEDEZ-BENZ MALAYSIA mengumumkan bahawa mereka tidak akan menaikkan harga keretanya bagi tahun ini walaupun kebanyakkan pengeluar lain terutama PROTON telah menyatakan akan menaikkan harga kereta mereka akibat dari kejatuhan nilai ringgit ketika ini.
Menurut pembuat automotif premium terkemuka itu, ia akan terus memantau kesemua faktor yang mempengaruhi harga kenderaannya. "Bagi kepentingan pelanggan kami, kami terus menyediakan pengalaman produk terbaik dan perkhidmatan pelanggan pada harga yang kompetitif," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.
Mercedes-Benz Malaysia turut mengumumkan kenderaan hibrid mewah pemasangan tempatan iaitu S400L Hybrid dan E300 BlueTec Hybrid, diberi lanjutan pengecualian duti import dan cukai eksais. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Claus Weidner, berkata syarikat gembira dengan pemberian pengecualian itu dan akan terus melabur di Malaysia menyokong aspirasi negara untuk menjadi hab kenderaan cekap tenaga (EEV).
Katanya, hibrid yang dikeluarkan secara tempatan itu pastinya bukti kerjasama erat antara Mercedes-Benz Malaysia dan pemegang kepentingan automotif tempatan kami, dari segi produk dan pengetahuan teknologi. "Dalam komitmen kami kepada pasaran automotif Malaysia dan pelanggan, kami melabur secara mapan ke dalam kilang pengeluaran kami dan membawa teknologi sesuai yang menjurus untuk menyokong aspirasi negara ini menjadi hab EEV," katanya.
Sejak 2003, Mercedes-Benz Malaysia melabur lebih RM800 juta untuk pemasangan, pengedaran dan pemasaran kenderaan penumpang Mercedes-Benz di Malaysia, menurut kenyataan itu.
Sumber dipetik dari Bernama
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar