Senin, 18 Januari 2016

PROTON PERKENAL ENJIN BARU GDi & TGDi 180HP


Dah lama kita tunggu pengumuman daripada Proton berkenaan enjin baru yang bakal mereka keluarkan nanti betul tak? Sebab ramai yang kurang berpuashati dengan prestasi enjin Campro, ada yang cakap Campro ni kuat minyak, kuat mengaum, dan macam-macam lagi. Tapi bagi admin, walaupun enjin Campro ni kuat minyak tapi dari segi maintenancenya lebih jimat berbanding enjin kereta conti yang lain yang memerlukan perbelanjaan yang besar jika rosak. Ada juga yang langsung tidak dapat dibaikpulih. Antara masalah ennjin Campro yang biasa kita dengar ialah masalah pada IAFM berbunyi yang kini rata-rata bengkel sudah boleh baikinya. Baiklah, berbalik pada enjin baru yang Proton sedang bangunkan ini, selepas sesi taklimat sidang media yang berlangsung di Proton COE Shah Alam, enjin ini sedang dibangunkan oleh jurutera Proton yang kini sedang bertapak di United Kingdom dengan kerjasama pihak Lotus dan Ricardo. Wow! Gempak!


Empat siri enjin baharu Proton ini merangkumi enam varian enjin yang diklasifikasikan sebagai 1.0L tiga-silinder VVT (Pemasaan injap boleh laras), 1.2L tiga-silinder VVT, 1.3L empat-silinder GDI (pancitan bahan api secara terus), 1.5L empat-silinder, 1.3L empat-silinder TGDI (pancitan bahan api secara terus dengan pengecas turbo) dan 1.5L empat-silinder TGDI.

Menurut Proton, projek pembangunan enjin baharu Proton ini melibatkan 200 jurutera yang mengambil masa selama 40 bulan dengan kos pelaburan bernilai RM600 juta untuk melengkapkan kesemua varian enjin tersebut.

Kesemua enjin tersebut akan diuji secara kompresensif di Lotus dan Ricardo, dan oleh jurutera Proton sendiri. Ia juga akan diuji di 25 dyno test centre dengan masa ujian 250,000 jam. Ia juga akan diuji dengan jarak perbatuan sehingga 4.8 juta km di jalan raya bagi mencabar keupayaan enjin ini hingga ke tahapnya.

Daripada enam enjin tersebut, 1.5 liter TGDi merupakan yang paling berkuasa dengan kuasa maksimum sehingga 180 hp dan puncak tork 250 Nm. Walau bagaimana pun, kuasa dan tork yang mampu dihasilkan oleh lain-lain varian tidak dinyatakan. Namun Proton mendakwa, kesemua enjin ini mampu mencapai prestasi 25% lebih tinggi berbanding enjin Proton sedia ada. Bukan itu sahaja, enjin ini juga boleh menggunakan bahan api sekurang-kurangnya RON95.

  • 1.0-litre 3-cylinder with variable valve timing (VVT)
  • 1.2-litre 3-cylinder with VVT
  • 1.3-litre 4-cylinder with direct injection (DI)
  • 1.5-litre 4-cylinder with DI
  • 1.3-litre 4-cylinder turbo
  • 1.5-litre 4-cylinder turbo
  • 2.0-litre 4-cylinder turbo

Malah menurut Rashid, enjin baharu ini juga akan dipadankan dengan transmisi CVT baharu (daripada Jatco) yang lebih efisien berbanding yang ada pada model sedia ada. Proton kini dalam proses terakhir untuk penjana kuasa ini bagi model masa akan datang.

Selain itu, enjin baharu ini juga menepati piawaian Euro 6C serta bakal menampilkan belt-driven starter generator, fungsi start/stop, Dual VVT dan timing chain. Bagi sudut penjimatannya, Proton mensasarkan emisi CO2 adalah di bawah 99 g/km. Bagi enjin 1.0 liter, penjimatan bahan apinya dianggarkan sebanyak 5.0 liter per 100 km dan 4.0 liter per 100 km bagi tambahan sesetengah teknologi.


Dijangka, Proton akan mula gunakan enjin baru ini pada kereta keluaran 2017 nanti. Hurm... Kereta apakah itu? Sama-samalah kita nantikan kerana ia mungkin ada kaitan dengan tajuk berita sebelum ini yang mana pihak Proton mengumumkan akan mengeluarkan 4 model baru mereka dipasaran nanti. Adios ~

Tidak ada komentar:

Posting Komentar