Tampilkan postingan dengan label Ron 95. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ron 95. Tampilkan semua postingan

Rabu, 30 September 2015

HARGA BARU PETROL RON95 DAN DIESEL 1 OKTOBER 2015


Berkuatkuasa pada 12.01 tengah malam ini, harga baru petrol Ron 95 dan Diesel akan naik lagi.

Harga baru petrol Ron 95 adalah RM2.05 manakala harga baru Diesel adalah RM1.90 berkuatkuasa pada 1 Oktober 2015.

Harga baru Petrol Ron 95 dan Diesel di Malaysia setakat ini dilihat mengikut bulan ke bulan.

Apapun kita tunggu pengumuman KPDNKK di laman facebook. Dan admin pasti berita ini tidak akan keluar didalam TV.

Sekian laporan Harga Baru Petrol Ron 95 dan Diesel 1 Oktober 2015.

Senin, 15 Juni 2015

KAPAL BAWA PETROL RON 95 HILANG !


GEMPAR! Kapal yang membawa 6000 tan metrik Petrol RON 95 hilang!

Hari ini surat khabar Harian Metro melaporkan kapal yang membawa minyak petrol telah hilang dan masih belum dijumpai. Macam-maca hal pulak lah kat Malaysia ni lepas satu satu hal. Dalam keadaan politik Malaysia yang kurang stabil dan golongan yang suka mengambil kesempatan, timbul pula isu2 besar sebegini.

Agak korang siapa punya angkara? Lanun ke? Admin harap pihak berkuasa siasat hingga jumpa kapal tersebut kerana nilai minyak petrol itu dianggarkan lebih kurang RM12.5 juta. Banyak tu....... Kaya la sape dapat....

Rabu, 01 Oktober 2014

MALAYSIA NAIKKAN PETROL RM0.20 SEN, INDIA TURUNKAN PETROL RS0.65 PAISE


PELIK, kenapa kerajaan naikkan harga minyak RON95 dan diesel sedangkan harga minyak dunia mencatatkan penurunan. Ini dibuktikan dengan memetik satu sumber berita dari website Dinakaran dimana kerajaan India menurukan harga minyak mereka sebanyak Rs 65 paise per liter.

Jadi apakah relevannya kerajaan Malaysia melalui pimpinan Dato' Seri Najib Razak menaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak RM0.20 yang mana dilihat akan menyumbangkan kepada kenaikkan harga barang. Ini amat membebankan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah. Kenaikkan harga barang juga turut dirasa oleh para peniaga dan pelanggan akan kurang.

Dengan itu kita berharap PM akan mengkaji semula kenaikan ini yang dilihat tidak relevan kerana akibat kerajaan ingin kurangkan subsidi, rakyat terpaksa menanggung derita.

P/S: Sila guna Google Translate untuk terjemah bahasa india dalam website Dinakaran tersebut.

Jumat, 27 September 2013

PETROL RON95 NAIK LAGI 15 SEN ?


Ura-ura kenaikan harga minyak sebanyak RM0.15sen kerap dinyatakan dalam internet lebih-lebih lagi di laman sosial Facebook. Namun sehingga sekarang belum ada pengumuman mengenai kenaikan ini walaupun didada akhbar telah ada beberapa berita mengenai kenaikan ini. Sama-sama kita nantikan adakah ianya akan menjadi realiti atau sekadar 'dot...dot....dot....'