Senin, 25 Januari 2016

SPYSHOT PROTON PERDANA 2016 TERBARU SEDANG DIUJI


Sudah semakin hampir nampaknya produksi Proton Perdana 2016 yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Ini dikuatkan lagi dengan beberapa keping gambar yang diambil oleh orang awam dan dimuat turun dalam laman Paultan yang mana mereka melihat sebuah Proton Perdana yang dibalut dengan 'sticker' sedang diuji. Dari segi bentuk dan besar kereta kita menjangkakan yang ianya adalah model Proton Perdana 2016 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.


Lampu hadapan juga menggunakan LED sama seperti model Proton Preve dan Suprima yang nampak lebih moden dan elegance. Ia juga langsung tidak sama seperti model Proton Perdana yang direbadge daripada Honda Accord yang telah dipasarkan sebelum ini.



Harap model Proton Perdana kali ini dapat memberi saingan kepada model import yang berada dipasaran seperti Honda Accord, Toyota Camry dan lain-lain.

PROTON REBADGE MODEL SUV SUZUKI ERTIGA


Betul ke Proton nak keluarkan kenderaan SUV? Jawapannya adalah benar kerana sekarang mereka dah jalin kerjasama dengan Suzuki untuk keluarkan kenderaan SUV di Malaysia dan sebelum ini kalau anda lihat ada kami keluarkan artikel mengenai MoU Proton dan Suzuki ini. Dengar cerita, Proton akan rebadge balik Suzuki Ertiga dan apa yang pasti dah tentu enjinnya menggunakan enjin Suzuki.


Ada juga sumber mengatakan Suzuki bakal membekal 1,500 unit Ertiga sebulan untuk dipasarkan di Malaysia. Di Indonesia, Suzuki Ertiga menggunakan enjin 1.4 liter dengan 92 PS dan 130 Nm tork. Terdapat dalam versi manual 5-kelajuan dan automatik. Di Malaysia agaknya adakah ia akan membawa masuk enjin yang sama atau tidak belum dapat lagi dipastikan.

REKAAN GRAFIK PROTON PERSONA R 2016


Peminat Proton Persona pasti ternanti-nanti apakah rekaan terbaru yang akan dikeluarkan oleh Proton untuk model Proton Persona R yang dikatakan lebih sporty. Dan ini adalah satu rekaan awal / ilustrasi grafik yang telah direka oleh Pow Ying Hern dan diupload adalam blog Funtastico dan juga Careta. Melihat pada rekaan awal ini ianya boleh dikatakan agak menarik juga.

Rekaan lambu belakangnya seakan-akan BMW dan bahagian hadapan yang lebih sporty. Namun ada sedikit seperti model Kia Forte untuk design lampu hadapannya. Adakah ini konsep yang akan diambil oleh Proton? Apapun sama-samalah kita nantikan dan jika benar, admin rasa ia mampu menandingin kereta import yang lain dari segi designnya.


Tambahan pula jika ia disuntik dengan enjin terbaru dari Proton dan ditambah dengan pengecas turbo, pasti kereta ini akan menjadi pilihan anak muda kerana ia lebih sporty dan lebih berkuasa. Sekarang ramai yang nak cari kereta yang keluar dari kilang dah siap semua dan tak perlu nak make-up banyak sangat betul tak?

Apapun kita tunggulah pengumuman dari Proton nanti ya :)

PARAS RIZAB TABUNG HAJI DIPARAS MEMBIMBANGKAN - BANK NEGARA


Paras rizab Lembaga Tabung Haji negatif dan tidak akan dapat membayar 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kepada lembaga itu baru-baru ini.

Dalam surat bertarikh 23 Disember yang dilihat The Malaysian Insider, Zeti memberitahu Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti.

Seksyen 22 Akta Tabung Haji menyatakan Lembaga Tabung Haji tidak boleh mengisytiharkan pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang daripada nilai kesemua obligasinya.

Dalam satu surat berasingan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada tarikh sama yang turut dilihat The Malaysian Insider, Zeti memberi amaran keadaan kewangan Tabung Haji boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

Zeti berkata, ini kerana Putrajaya menjamin sepenuhnya simpanan deposit di Lembaga Tabung Haji.

Beliau memberitahu Jamil disebabkan perkara ini, keberkesanan Lembaga Tabung Haji dalam membantu umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji mungkin terjejas.

Sementara itu, dalam suratnya kepada Azeez, Zeti berkata Lembaga Tabung Haji mungkin terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan masa yang singkat untuk memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.

Beliau berkata, ini akan mengurangkan nilai aset Tabung Haji, dan kestabilan sistem kewangan dan sistem ekonomi negara pada risiko yang lebih tinggi melalui "kesan penularan".

Ini kerana ia akan memberi kesan kerugian nilai pelaburan bagi institusi kewangan dan pelabur lain yang turut terdedah kepada aset terbabit; tekanan kecairan kepada institusi perbankan ekoran pengeluaran deposit Lembaga Tabung Haji dan kesan negatif terhadap sentimen para pelabur, katanya.

Zeti menyalahkan amalan Lembaga Tabung Haji kerana membayar dividen lebih daripada kemampuan kepada pendeposit sejak 2012.

"Amalan pengagihan dividen dan bonus tidak berhemat secara puratanya melebihi keuntungan semasa (purata sebanyak 107% bagi tempoh 2012-2014) menyebabkan paras rizab terkumpul Lembaga Tabung Haji yang sememangnya rendah untuk terus merosot, sehingga tidak mencukupi untuk menangani prestasi lemah portfolio ekuiti yang lemah pada 2015.

"Ini seterusnya menyebabkan rizab Lembaga Tabung Haji menjadi negatif," kata Zeti dalam surat itu.

Menurut Zeti, satu lagi masalah ialah deposit Tabung Haji tertumpu di kalangan sebilangan kecil penyumbang – 5% pendeposit terbesar merangkumi kira-kira 75% jumlah keseluruhan pendeposit.

Zeti berkata, ini akan menyebabkan risiko pengeluaran deposit secara besar-besaran, sekiranya pendeposit hilang kepercayaan terhadap Tabung Haji.

Beliau mencadangkan Lembaga Tabung Haji agar segera merangka dasar rizab dan pelan pelaksanaan yang sudah diluluskan Lembaga Pengarah kepada Bank Negara pada 31 Mac 2016.

Selain itu, mencadangkan kepada Jamil untuk menambah bilangan ahli Lembaga Pengarah yang mempunyai pengalaman dan kepakaran luas dalam bidang kewangan.

Jamil tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen dan tidak menjawab kiriman teks daripada The Malaysian Insider.

Azeez memberitahu The Malaysian Insider beliau perlu menyemak dengan pejabat Lembaga Tabung Haji esok sama ada surat itu benar.

Tetapi beliau menegaskan Lembaga Tabung Haji tidak mempunyai masalah untuk membayar dividen tahun ini, dan pendeposit perlu menunggu selewat-lewatnya pada Mac untuk pengumuman.

Sementara dalam kenyataannya malam tadi, Lembaga Tabung Haji mengatakan mereka perlu memastikan semua proses audit awal dilaksanakan terlebih dahulu serta mendapat kelulusan dalaman sebelum mengumumkan dividen atau bonus kepada pendepositnya.

“Lembaga Tabung Haji meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tarikh pengumuman bonus pendepositnya bagi 2015.”

Bahagian hal ehwal awam dan komunikasi korporat Lembaga Tabung Haji dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya berkata, pada kelazimannya bonus akan diumumkan kepada pendeposit pada suku pertama (Januari-Mac) tahun semasa.

Kenyataan itu menyebut Lembaga Tabung Haji pernah mengumumkan bonus pendeposit pada hujung Februari dan awal Mac sebelum ini.

Sementara itu, bahagian hal ehwal awam dan komunikasi korporat Lembaga Tabung Haji masih belum membalas e-mel The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahan berkenaan kebenaran surat itu.

Bagaimanapun blog yang tidak diketahui pemiliknya memuat naik surat sama hari ini.

Penulis blog Syed Akbar Ali turut memuat naik semula surat itu.

Tahun lalu, Lembaga Tabung Haji mencetuskan kontroversi apabila membeli tanah 0.64 ha di Tun Razak Exchange (TRX) berharga RM188 juta daripada 1Malaysia Development (1MDB) untuk membangunkan sebuah menara kediaman.

Lembaga Tabung Haji membayar 43 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB daripada Putrajaya 5 tahun lalu.

Disebabkan tekanan orang ramai, Lembaga Tabung Haji pada Mei berikrar untuk menjual tanah itu akan tetapi sehingga kini, tidak ada apa-apa berita mengenainya.

Sumber dipetik dari MalaysianInsider.

Selasa, 19 Januari 2016

PROTON SAGA 2017 SEGMEN-A GUNA ENJIN 1.0 TURBO


Percaya atau tidak, Proton Saga yang kini dalam Segmen-B akan ditukar ke Segmen-A bagi keluaran baru nanti. Kalau dah letak bawah Segmen-A maksudnya ia setaraf dengan model lain seperti Honda Brio Amaze, Toyota Etios, Hyundai Xcent dan Ford Figo Aspire. Mantap betul kalau macamtu betul tak? Lepas ni pengguna Saga boleh lah berbangga :)

Tujuan ianya dinaiktaraf adalah bagi membolehkan kereta Saga yang memang dikeluarkan sebagai kereta mampu milik ini dapat dirasai golongan berpendapatan rendah/sederhana tetapi dengan kualiti yang maksimum.


Proton juga memberitahu bahawa model terbaru Saga ini nanti akan dipadankan dengan enjin VVT tiga-silinder baharu, bersesaran 1.0 liter dan 1.2 liter. Dan berkemungkinan besar ianya akan dipadankan juga dengan pengecas turbo bagi enjin 1.0 liter ini. Tapi ianya hanya akan dikeluarkan pada tahun 2017 sahaja, model keluaran 2017 akan menggunakan enjin baru yang kini dalam pembinaan iaitu GDi dan TGDi. Jadi model baru keluaran 2016 ini hanya akan menggunakan enjin yang sama seperti sekarang tapi mungkin rekabentuk kereta akan diubah lebih baik lagi.


Kalau korang boleh sabar, tunggulah sampai Proton umum keluaran terbaru mereka pada 2017 nanti ya :)~

Senin, 18 Januari 2016

KAMERA AES DAN KEJARA DILAKSANA MAC INI


Dah lama tak dengar mengenai kamera AES ni. Unutk pengetahuan semua pengguna jalanraya, Kamera Perangkap Had Laju (AES) bakal dilaksanakan bersama-sama dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya (KEJARA) paling lewat pada akhir bulan Mac ini. Kamera AES ramai yang dah tahu ianya digunakan bagi memerangkap mereka yang bawa melebihi had laju yang ditetapkan, tetapi bagaimana pula dengan KEJARA ini? Menatang apakah ia?

Ok, admin nak cerita sikit. KEJARA ni adalah satu sistem yang dibangunkan dalam bentuk mata demerit, maksudnya setiap kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik akan ditolak mata demeritnya mengikut kesalahan yang dilakukan. Berapa banyak mata yang akan ditolak bergantung pada kesalahan yang dibuat tapi apa yang admin tahu, andainya kesalahan yang ditolak kurang dari 20 mata demerit maka secara automatik lesen memandu anda akan digantung. Dasyat bukan?

Jadi kalau taknak digantung lesen, patuhilah segala peraturan jalanraya yang telah ditetapkan. Ini semua bagi melindungi nyawa anda dan mengelak dari berlakunya kemalangan. Jadi langkah inilah yang kerajaan kita akan ambil bagi mengurangi semua kes-kes tersebut.

Akhir kata, berhati-hati ketika memandu dan ingatlah orang tersayang.

PROTON PERKENAL ENJIN BARU GDi & TGDi 180HP


Dah lama kita tunggu pengumuman daripada Proton berkenaan enjin baru yang bakal mereka keluarkan nanti betul tak? Sebab ramai yang kurang berpuashati dengan prestasi enjin Campro, ada yang cakap Campro ni kuat minyak, kuat mengaum, dan macam-macam lagi. Tapi bagi admin, walaupun enjin Campro ni kuat minyak tapi dari segi maintenancenya lebih jimat berbanding enjin kereta conti yang lain yang memerlukan perbelanjaan yang besar jika rosak. Ada juga yang langsung tidak dapat dibaikpulih. Antara masalah ennjin Campro yang biasa kita dengar ialah masalah pada IAFM berbunyi yang kini rata-rata bengkel sudah boleh baikinya. Baiklah, berbalik pada enjin baru yang Proton sedang bangunkan ini, selepas sesi taklimat sidang media yang berlangsung di Proton COE Shah Alam, enjin ini sedang dibangunkan oleh jurutera Proton yang kini sedang bertapak di United Kingdom dengan kerjasama pihak Lotus dan Ricardo. Wow! Gempak!


Empat siri enjin baharu Proton ini merangkumi enam varian enjin yang diklasifikasikan sebagai 1.0L tiga-silinder VVT (Pemasaan injap boleh laras), 1.2L tiga-silinder VVT, 1.3L empat-silinder GDI (pancitan bahan api secara terus), 1.5L empat-silinder, 1.3L empat-silinder TGDI (pancitan bahan api secara terus dengan pengecas turbo) dan 1.5L empat-silinder TGDI.

Menurut Proton, projek pembangunan enjin baharu Proton ini melibatkan 200 jurutera yang mengambil masa selama 40 bulan dengan kos pelaburan bernilai RM600 juta untuk melengkapkan kesemua varian enjin tersebut.

Kesemua enjin tersebut akan diuji secara kompresensif di Lotus dan Ricardo, dan oleh jurutera Proton sendiri. Ia juga akan diuji di 25 dyno test centre dengan masa ujian 250,000 jam. Ia juga akan diuji dengan jarak perbatuan sehingga 4.8 juta km di jalan raya bagi mencabar keupayaan enjin ini hingga ke tahapnya.

Daripada enam enjin tersebut, 1.5 liter TGDi merupakan yang paling berkuasa dengan kuasa maksimum sehingga 180 hp dan puncak tork 250 Nm. Walau bagaimana pun, kuasa dan tork yang mampu dihasilkan oleh lain-lain varian tidak dinyatakan. Namun Proton mendakwa, kesemua enjin ini mampu mencapai prestasi 25% lebih tinggi berbanding enjin Proton sedia ada. Bukan itu sahaja, enjin ini juga boleh menggunakan bahan api sekurang-kurangnya RON95.

  • 1.0-litre 3-cylinder with variable valve timing (VVT)
  • 1.2-litre 3-cylinder with VVT
  • 1.3-litre 4-cylinder with direct injection (DI)
  • 1.5-litre 4-cylinder with DI
  • 1.3-litre 4-cylinder turbo
  • 1.5-litre 4-cylinder turbo
  • 2.0-litre 4-cylinder turbo

Malah menurut Rashid, enjin baharu ini juga akan dipadankan dengan transmisi CVT baharu (daripada Jatco) yang lebih efisien berbanding yang ada pada model sedia ada. Proton kini dalam proses terakhir untuk penjana kuasa ini bagi model masa akan datang.

Selain itu, enjin baharu ini juga menepati piawaian Euro 6C serta bakal menampilkan belt-driven starter generator, fungsi start/stop, Dual VVT dan timing chain. Bagi sudut penjimatannya, Proton mensasarkan emisi CO2 adalah di bawah 99 g/km. Bagi enjin 1.0 liter, penjimatan bahan apinya dianggarkan sebanyak 5.0 liter per 100 km dan 4.0 liter per 100 km bagi tambahan sesetengah teknologi.


Dijangka, Proton akan mula gunakan enjin baru ini pada kereta keluaran 2017 nanti. Hurm... Kereta apakah itu? Sama-samalah kita nantikan kerana ia mungkin ada kaitan dengan tajuk berita sebelum ini yang mana pihak Proton mengumumkan akan mengeluarkan 4 model baru mereka dipasaran nanti. Adios ~

Minggu, 17 Januari 2016

PROTON NAIK HARGA SELEPAS TAHUN BARU CINA


Desas desus mengenai kenaikan harga kereta yang dibuat oleh Proton Holding Bhd sebelum ini bakal menjadi kenyataan. Ini berlaku akibat kejatuhan nilai matawang ringgit yang dilihat semakin lemah berbanding dolar menjelang tahun 2016. Pihak Proton terpaksa berbuat demikian kerana mereka terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk alat ganti yang dibuat diluar Malaysia. Sebanyak 20 hingga 30% alat ganti kenderaan itu dibuat diluar dan ini akan memberi kesan kepada harga pasaran kereta itu.

Selain Proton, pengeluar kereta seperti Honda dan UMW Toyota juga akan menaikkan harga jualan kereta mereka. Mitsubishi juga membayangkan perkara yang sama andai ringgit masih lagi ditutup lemah lagi. Inilah kesan matawang yang jatuh, walaupun menteri kata ringgit akan kukuh namun hingga sekarang kita belum nampak lagi tanda-tanda itu. Yang ada hanyalah omongan kosong Pak Menteri kita!

Proton menjangkakan mereka akan menaikkan harga kereta selepas tahun baru cina nanti dalam bulan Februari. Jadi kalau anda nak beli kereta, belilah sekarang ye kalau tak anda terpaksa beli dengan harga yang mahal, ditambah lagi dengan GST alamatnya makin tenatlah bayaran bulanan nanti. SEDIH!

Sabtu, 16 Januari 2016

MODIFIKASI EXTREME PROTON SAGA FLX KEPADA TRUCK


Memang kreatif betul pemilik Proton Saga FLX ni yang sanggup berhabis duit untuk buat modifikasi daripada sebuah kereta sedan menjadi kenderaan 4x4! Korang rasa berapa modal yang dihabiskan tu? Sebab kalau nak ubahsuai macamni perlukan banyak pengubahsuaian pada suspension sepenuhnya.

Sistem stereng dan brake pun terpaksa diubahsuai agar sesuai dengan ciri-ciri sebuah trak 4x4 ini. Selain itu, gearbox juga kalau pakai standard Proton, belum tentu ianya akan tahan kerana untuk menggerakkan tayar sebesar ini perlukan gearbox yang lebih padu.

Apapun jika ada pemiliknya membaca artikel ini mohon kongsilah kepada kami rahsia modifikasi yang anda lakukan. Bukan apa, selain menambah ilmu berkenaan bidang automotif kita juga dapat berkongsi minat berkenaan automasi 4x4 ini. Adiosss

Kamis, 14 Januari 2016

PROTON LANCAR 4 MODEL BARU


PROTON bercadang untuk mensasarkan 4 buah model baru bagi menarik minat pembeli kerana sasaran jualan yang dicapai pada tahun 2015 kurang memberangsangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Mungkin dari segi pemasaran, PROTON boleh dilihat agak hebat juga tapi admin rasa PROTON perlu perbaiki nilai kualiti terutama dari segi ketahanan barang pada kereta tersebut. Ini kerana, pengguna masa kini lebih bijak dan mereka gemar mengkaji. Tidak hairanlah pengguna yang tiada basic automotif pun mampu baiki kereta sendiri atau sekurang-kurangnya tahu mengenai masalah kereta mereka.


Oleh itu, Proton telah nekad untuk memperkenalkan produk baharu dan yang jauh lebih baik berbanding yang sedia ada termasuklah perkhidmatan selepas jualan bagi jenama ini. Sebagai mengotakan janji, syarikat ini akan memperkenalkan empat model baharu, di mana seperti yang kita ketahui, tiga daripadanya adalah Perdana, Persona dan Saga, dan satu lagi merupakan model hasil kerjasama di antara Proton dan Suzuki.

Bagi Perdana di bawah segmen-D, ia dibangunkan berdasarkan platform generasi ke-lapan Honda Accord, dan ia bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini. Manakala Iriz yang menggunakan platform Persona pula akan memasuki pasaran segmen-B iaitu bersaing dengan Toyota Vios, Honda City dan Mazda2 Sedan, juga akan dilancarkan tidak lama lagi. Bagi Saga pula, ia masih menggunakan platform yang sama dengan model sedia ada, tetapi akan diberi suntikan yang lebih segar dan terkini.

Bagi model yang masih belum didedahkan iaitu hasil kerjasama antara Proton dan Suzuki, ia dijangka diperkenalkan sebelum tahun 2016 berakhir. Walau bagaimana pun, Proton masih belum mendedahkan perinciannya, tetapi kemungkinan ia akan berada di bawah segmen-A. Mungkin ia merupakan model rebadged bagi Alto atau Celerio?


Datuk Harith berkata, model baharu ini akan menggunakan teknologi dan elemen keselamatan standard tetapi dengan harga yang berpatutan. Menurutnya lagi, ia adalah penting bagi memastikan produk ini bersedia “dengan teknologi dan kualiti terbaik”, selain mengekalkan harga yang kompetitif bagi jenama ini.

Pengerusi Proton Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata Proton akan meneruskan nama model sedia ada termasuk Perdana, Persona dan Saga, seperti mana yang dilakukan oleh Toyota dan Honda yang membangunkan model baharu tetapi mengekalkan nama yang sama.

Bagi membangunkan model baharu ini, Proton telah membelanjakan sebanyak RM2.20 bilion sejak dua tahun yang lalu, bagi peringkat kajian dan pembangunan termasuk membangunkan enjin baharu.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Teknikal Proton, Abdul Rashid Musa, berkata Proton mencari pengganti bagi enjin CamPro dengan enjin suntikan-terus baharu berkapasiti 1.3 dan 1.5 liter, bagi bentuk pengecas turbo dan aspirasi-semulajadi

Bagi perkhidmatan selepas jualan pula, sememangnya ada kelemahannya bagi jenama ini. Namun Datuk Harith berkata, mutu perkhidmatan tersebut akan dipertingkatkan, malah syarikat ini hanya akan menambah pengedar 3S dan 4S bagi rangkaian jualan dan servisnya.

Dengan penambahan sebanyak 29 pusat servis Suzuki yang telah diambil alih oleh Proton dan ditukarkan menjadi Proton Edar iaitu sebahagian daripada kerjasama Proton-Suzuki, kini rangkaian edaran Proton bagi pusat 1+1S, 2S dan 3S bertambah menjadi 105. Di mana Datuk Harith berkata, ia membuatkan Proton memiliki rangkaian edaran yang lebih mantap untuk menyokong kehadiran model baharu.

Selain itu, Proton juga dalam perancangan untuk menggunakan kapasiti sepenuhnya bagi kilangnya di Tanjung Malim dan Shah Alam, yang berkeupayaan memproduksikan sehingga 300,000 unit kenderaan setahun. Syarikat ini turut mensasarkan untuk menghasilkan sebanyak 150,000 unit kenderaan pada tahun ini, iaitu bagi meningkatkan jualan sebanyak 50%.

Bukan itu sahaja, Proton juga berazam untuk meningkatkan nilai dan keyakinan terhadap jenama, dengan memberikan perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik serta mempergunakan tekologi Suzuki sepnuhnya bagi model-model yang akan datang. Dengan kerjasama antara pakar kereta bersaiz kecil dari Jepun ini, diharap jenama ini mamou melangkah lebih cemerlang dan memberikan persaingan lebih jitu buat para pesaingnya.

“Kami amat yakin bahawa tahun 2016 ini akan menjadi tahun yang lebih baik bagi Proton. Sekali gus menjadi titik perubahan baharu bagi Proton,” ujar Datuk Harith.

Selasa, 12 Januari 2016

HARGA PERODUA AXIA DI SINGAPORE MENCECAH RM200K


Tahukah anda model Perodua AXIA telah dilancarkan secara rasminya di pasaran Singapura dengan harga berjumlah SGD 75,888 dan jika ia ditukar kepada nilai matawang Malaysia, harganya mencecah RM 231,827! Wow! Jika di Malaysia kita sudah dapat memiliki sebuah Mercedez-Benz A200 atau BMW i120 Sport!!! ~

Harga sebenar untuk sebuah model Perodua Axia di Malaysia adalah diantara RM 23,531 hingga RM 40,592 sahaja mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Bayangkan berapa jauh beza jika anda membelinya di Singapura? Adakah mereka (rakyat Singapura) dapat menerima harga tersebut? Tapi admin rasa, disana gaji mereka pun agak tinggi juga jika dibanding dengan gaji kita di Malaysia tambahan pula mereka menggunakan matawang Dollar dalam urusniaga harian mereka.

Harga tersebut termasuklah Cukai Barang dan Perkhidmatan Singapura (GST) dan Sijil Kelayakan (COE). Antara lain, pihak pengedarnya melalui Perocom Auto menawarkan 100,000KM atau 5 tahun jaminan. Sebab kenapa ianya dijual sama harga seperti di Malaysia akan tetapi nilai matawang yang tidak sama, admin tidak dapat pastikan lagi. Namun, jika dilihat dari segi kos sara hidup disana, harga minuman seperti teh tarik disana adalah SGD 1.20 dan jika ditukar kepada matawang ringgit ianya sudah jadi RM 3.00 lebih.

Senin, 11 Januari 2016

BENELLI TNT25 DIPASARAN MALAYSIA


Bagi penggemar motosikal berkuasa tinggi, Benelli merupakan suatu jenama yang tidak asing lagi dalam dunia permotoran. Baru-baru ini kita dapat lihat dilaman sesawang Benelli Keeway Malaysia ketika ini ada memaparkan model terbaru mereka iaitu Benelli TNT25 yang bakal dipasarkan tidak lama lagi pada harga RM15,000 sahaja!

Ini merupakan satu tawaran harga yang agak menarik memandangkan motosikal ini dilihat mempunyai ciri-ciri pilihan oleh penunggang pada masa sekarang. Antara beberapa ciri yang terdapat pada model Benelli TNT25 bagi pasaran Malaysia boleh dilihat dari gambar dibawah.


Dengan kuasa sebanyak 250cc pastinya ia adalah model yang sangat menarik. Dan ia juga pasti merupakan pilihan bagi penggemar 'Naked Bike' yang memburu motor impian mereka. Walaupun diluar sana terdapat banyak saingan dari jenama lain termasuk Kawasaki, Yamaha, KTM dan sebagainya namun admin rasa Benelli TNT25 ini pastinya akan memberikan saingan yang sengit dipasaran Malaysia nanti.

Minggu, 10 Januari 2016

SPYSHOT PENGGANTI MODEL PROTON SAGA BARU 2016


Beberapa keping gambar yang berjaya ditangkap oleh orang awam yang melihat pihak Proton sedang memandu uji kereta baru dan menurut mereka, ianya seakan sama seperti bentuk model Proton Saga yang ada sekarang. Adakah ianya pengganti bagi model Proton Saga BLM, FLX yang berada dipasaran sekarang? Admin pun berpendapat begitu kerana Proton Saga ini adalah antara keluaran yang mendapat sambutan dikalangan pembeli selain daripada Proton Persona dan Proton Iriz serta Exora.


Jika benar bagai dikata, kita harapkan banyak improvement atau peningkatan dapat dilakukan pihak Proton terutama berkenaan masalah yang sering diutarakan oleh pembeli khususnya dari segi kualiti dan ketahanan kereta tersebut. Proton Saga Baru 2016 ini mungkin akan dipacu dengan enjin 1.3 dan 1.6 dengan 5 kelajuan.

Jumat, 08 Januari 2016

PETRON PERKENAL BLAZE RON100


Tidak lama lagi Petron Malaysia akan memperkenalkan petrol RON100 dipasaran Malaysia yang dijangka akan berada dipasaran pada 15 Januari 2016 ini katanya melalui laman sosial rasmi Petron Malaysia di facebook. Fuhhh memang terbaiklah, maksud RON100 ni ialah kandungan Octane didalam petrol tersebut adalah 100 peratus. Ianya akan memberikan kuasa pembakaran yang lebih padu untuk enjin kereta anda.

Namun demikian, adakah semua kereta sesuai dengan RON100 ini? Kebiasaannya kereta baru keluaran eropah dan jepun memang tiada masalah menggunakan RON100 ini sebagai contoh Suzuki Swift Sport, Honda Civic Type R dan Toyota 86 dapat menggunakannya tanpa sebarang masalah.

Bagi mereka yang menggunakan kereta mewah, tiada masalah untuk mengisi tangki penuh minyak ini dengan harga yang admin rasa mungkin lebih tinggi dari V-Power. Bayangkan RON97 sekarang pun dah mahal, ditambah pula dengan GST. Jadi RON100 sudah tentu lebih mahal lagi. Apapun kita tunggu dan lihat sahaja prestasinya melalui komen dan review dari pengguna nanti. Kami juga akan update jika ada berita lain mengenai RON100 ini.

Kamis, 07 Januari 2016

MERCEDEZ-BENZ UMUM TIDAK MENAIKKAN HARGA KERETA


MERCEDEZ-BENZ MALAYSIA mengumumkan bahawa mereka tidak akan menaikkan harga keretanya bagi tahun ini walaupun kebanyakkan pengeluar lain terutama PROTON telah menyatakan akan menaikkan harga kereta mereka akibat dari kejatuhan nilai ringgit ketika ini.

Menurut pembuat automotif premium terkemuka itu, ia akan terus memantau kesemua faktor yang mempengaruhi harga kenderaannya. "Bagi kepentingan pelanggan kami, kami terus menyediakan pengalaman produk terbaik dan perkhidmatan pelanggan pada harga yang kompetitif," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.


Mercedes-Benz Malaysia turut mengumumkan kenderaan hibrid mewah pemasangan tempatan iaitu S400L Hybrid dan E300 BlueTec Hybrid, diberi lanjutan pengecualian duti import dan cukai eksais. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Claus Weidner, berkata syarikat gembira dengan pemberian pengecualian itu dan akan terus melabur di Malaysia menyokong aspirasi negara untuk menjadi hab kenderaan cekap tenaga (EEV).

Katanya, hibrid yang dikeluarkan secara tempatan itu pastinya bukti kerjasama erat antara Mercedes-Benz Malaysia dan pemegang kepentingan automotif tempatan kami, dari segi produk dan pengetahuan teknologi. "Dalam komitmen kami kepada pasaran automotif Malaysia dan pelanggan, kami melabur secara mapan ke dalam kilang pengeluaran kami dan membawa teknologi sesuai yang menjurus untuk menyokong aspirasi negara ini menjadi hab EEV," katanya.

Sejak 2003, Mercedes-Benz Malaysia melabur lebih RM800 juta untuk pemasangan, pengedaran dan pemasaran kenderaan penumpang Mercedes-Benz di Malaysia, menurut kenyataan itu.

Sumber dipetik dari Bernama

Selasa, 05 Januari 2016

PERBEZAAN GEARBOX MANUAL, AUTO DAN AUTO CVT YANG MESTI ANDA TAHU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pelawat serta followers blog ProtonClub Blog.

Hari ini kita nak bercerita sedikit mengenai sistem GEARBOX. Kalau ada yang dah memiliki kereta lebih setahun tapi masih kata tak pernah dengar apa itu gearbox maka anda bolehlah masuk semula sekolah darjah 1 ye, hehe.... Admin gurau je...

Kalau orang biasa nak beli kereta atau tengok kereta, dia akan tanya "auto ke manual?". Soalan tu 20 tahun lepas boleh la tanye, soalan sekarang ni kene tanye transmisi ape yang digunakan!

Manual seperti yang kite tahu, ade tombol gear, ade clutch. kene tekan clutch dan masuk ke gear 1 dan balance clutch dan pedal minyak dan jalan... sistem susunan H juga biasanya pada kenderaan manual. 'Tolak ke kiri dan keatas, ke kiri dan kebawah, keatas, kebawah, kekanan atas dan kekanan bawah" itulah susuan H manual. Gear manual kini biasanya datang dengan 6 kelajuan atau 7 kelajuan berbanding waktu ia dicipta, 4 kelajuan dan tahun 90an 5 kelajuan.

Dan auto pulak? masuk P, R, N, D, 2, L atau ade butang kecik dengan O/D bermaksud overdrive. Auto zaman dahulu kala ade 3 gear je. Gearbox auto adalah sejenis gearbox yang dahulunya dikawal oleh tekanan cecair gearbox tu untuk menukar gear. Gear auto 4 gear lebih pandai sikit kerana mempunyai TCU atau Transmission Control Unit yang bertindak sebagai otak gearbox untuk menukar gear. Dan kini gearbox 5 gear dan 6, 7 dan 8 kelajuan pun telah wujud dan ia mempunyai memori! Bagaimana ia berlaku? adakah jurutera telah menumbatkan otak manusia ke dalam gearbox?

Memanglah tidak! Gearbox automatik kini lebih bijak dari anda sendiri kerana ia mampu menukar gear sebelum anda mampu menjahanamkan gearbox atau enjin kereta anda sendiri, dan mampu menghafal gaya pemanduan anda, dan jika ia mampu bercakap, mungkin ia akan mengkritik pemanduan anda.

Gear automatik pula terbahagi kepada dua, iaitu Gear manual diatautokan atau gear auto dimanualkan! Pelik kan? terima kasihlah kepada Mercedes dan Ferrari kerana merumitkan keadaan! di mana Ferrari telah mengambil kotak gearbox manual dan dilekatkan dengan otak elektronik yang lebih pintar untuk menukarkan gear lebih lancar dari anda dan ia tidak akan menukar gear jika belum sampai masanya dan Mercedes berjaya meletakkan clutch pada gearbox autonya supaya ia mempunyai respon seperti memandu kereta manual!!

Gear auto dengan 6 kelajuan keatas baik untuk mereka yang kasar dan kadangkala mahukan keselesaan, ia boleh menjadi kedua-duanya tetapi bukanlah yang cemerlang untuk kedua-dua perkara.

Ok, i- Drive dalam gambar tu pulak adalah gear auto yang cuma lain tombolnya, dan dikawal sepenuhnya oleh komputer. anda boleh memilih jalan licin, jalan berpasir dan sebagainya mengikut fungsi i-Drive tersebut.

CVT atau Continously Variable Transmission pula tidak tergolong dalam kategori auto atau manual. Ia berdiri sendiri disebabkan sistemnya yang aneh atau boleh dikatakan unik. CVT dipacu oleh tali sawat atau belting dan mengecas pacuan roda anda. Jika kenderaan auto dipacu oleh tekanan bendalir, CVT dipacu oleh belting dan gearbox jenis ini tidak sama sekali menukar gear seperti auto dan manual.

KLIK UNTUK LIHAT PERBEZAAN GEARBOX CVT DISINI

Video yang anda lihat dalam link di atas menerangkan bagaimana cvt dipacu. Perhatikan RPM meter, lansung tiada gear ditukar, berlainan dengan auto dan manual yang gearnya sentiasa ditukar. 7 speed atau 6 speed mode CVT pula adalah imaginary gear yang membuatkan pemandu berasa seperti kenderaan berkenaan mempunyai gear . Penyelenggaraan CVT lebih tinggi kerana ia perlu menukar belting CVT dan minyak CVT. Manakala gear auto hanye perlu menukar Minyak gear sahaja dan untuk gear auto 6 kelajuan keatas, tiada penyelenggaraan diperlukan. Minyak tidak perlu ditukar sepanjang hayat.


CVT sangat selesa untuk mereka yang hanya memandu dari rumah ke tempat kerja, atau ke pasar atau bersantai sahaja dan tidak boleh dipandu kasar, jika anda pemandu yang kasar dan suka berseronok di atas jalan raya sehingga meraung tayar anda di selekoh, CVT bukanlah untuk anda. Jika anda seorang yang memandu cermat, CVT boleh menjadi kereta yang jimat untuk anda.


Baik, kita teruskan pula kepada sistem gearbox jenis DSG yang digunakan oleh Lexus LFA.

DSG atau Dual Sequential Gearbox atau Dual Clutch gearbox adalah sistem seakan2 gearbox manual di autokan. Ia mempunyai rupa seperti gearbox manual cuma setiap gear diberikan satu clutch sendiri.

DSG ini pun tidak memerlukan penyelenggaraan. Tapi ade yang mengatakan gearnya agak kasar, tetapi DSG zaman kini lebih lembut dan selesa berbanding dahulu. DSG telah pun wujud pada tahun 1970an digunakan oleh Audi Quattro dalam perlumbaan rally dan cuma dikomersialkan pada tahun 2000 keatas sahaja. Kenderaan seperti Ford Focus, Ford Fiesta, Ford Mondeo dan kesemua Volkwagen menggunakan DSG ini dan kebanyakannya mempunya 6 hingga 7 kelajuan.

Gear jenis ini tahan lasar dan sering digunakan untuk tujuan perlumbaan kerana responnya yang sangat baik berbanding gear auto. Jika anda suka berseronok di atas jalanraya, DSG adalah untuk anda.

Kesimpulannya:

-Jika anda orang yang cermat, dan memandu sambil mementingkan penjimatan, pilihlah CVT
-Jika anda orang yang kasar dan sukakan modifikasi pada kereta anda, pilihlah Manual.
-Jika anda seorang yang mahukan kedua-duanya, auto adalah pilihan anda, sebaiknya 5 kelajuan dan keatas.
-Jika anda sukakan keduanya tapi lebih kepada respon dan keseronokan, DSG atau Dual Clutch adalah yang terbaik.

SPYSHOT PERODUA KENARI 2016 DI MALAYSIA


Heboh diperkatakan di media sosial tentang beberabapa keping gambar yang diambil oleh orang awam mengenai sebuah kenderaan yang seakan-akan Perodua Kenari. Ianya seolah sebuah Perodua Kenari Facelift dengan rekaan yang lebih dinamik dan moden.


Namun demikian, adakah ianya benar seperti disangkakan? Adakah Perodua ingin mengeluarkan semula model yang pernah popular suatu masa dahulu sebelum era Perodua Myvi bermula? Itu semua akan menjadi tanda tanya. Apa yang admin dapat simpulkan disini ialah kereta yang dilihat itu seakan Daihatsu Move yang telahpun berada di pasaran Jepun sejak tahun 2014 lagi.


Semua juga telah maklum, Perodua banyak mengambil model dari Daihatsu dan dire-brandingkan semula dengan jenama Perodua selain bentuknya diubah sedikit. Jadi, berkemungkinan besar Perodua akan memilih Daihatsu Move bagi menggantikan model Perodua Kenari yang telah lama diberhentikan produksinya itu.


Nantikan maklumat terbaru di lain artikel! Admin akan cuba dapatkan lebih banyak info mengenai berita panas ini! ;)

Senin, 04 Januari 2016

PROTON VERTEX - MODEL SUV PROTON 2017


Inilah rekaan yang telah dibuat oleh seorang anak muda berbakat, saudara Idiyaz Baharuddin. Gambar ilustrasi berbentuk grafik ini dihantar kepada Proton dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Proton pada tahun lepas. Dengan nama yang cukup mengagumkan, pemilihan nama Proton VERTEX untuk kenderaan SUV Proton kerana Proton masih belum lagi mengeluarkan kenderaan berbentuk SUV ini setakat ini.


Namun, dalam dunia automotif yang mencabar kini dengan saingan dari Syarikat pengeluar kereta lain seperti Honda dan Toyota. Proton dilihat sedang bergelut dalam pasaran dalam menghasilkan kenderaan untuk memenangi hati pengguna dan penggemar kereta. Setakat ini, admin melihat Proton Suprima adalah model terbaik Proton selain Proton Saga dan Exora.


Berbalik kepada cerita Proton VERTEX tadi, dengan rekaan yang ditampilkan dilihat sangat moden dan ciri-cirinya pasti menarik perhatian ramai peminat SUV nanti. Apa yang kita harap, jika ia benar akan dikeluarkan oleh Proton, pastikan ianya dipacu oleh enjin yang lasak kerana kebiasaannya model SUV ini digunakan dalam keadaan lasak.

Ok mari kita layan sedikit gambar Proton VERTEX ini dibawah ;) Adiosss