Kecoh di segenap pelusuk laman social facebook mengenai gambar sebuah kereta bernombor P3-21A. Dari apa yang admin tahu, nombor kod tersebut merujuk kepada kod untuk Proton Preve. Jadi kesimpulan yang dapat dibuat disini, ianya mungkin sebuah kereta Proton Preve Facelift. Dari segi luaran, kita dapat lihat memang ada perbezaan terutama di bahagian belakang kereta tersebut. Manakala dibahagian hadapan kita tidak dapat lihat kerana gambar hanya diambil dibahagian belakang sahaja.
Apa yang admin harapkan, biarlah kereta Proton Preve Facelift kali ini enjinnya telah dinaiktaraf dan dibaiki segala kelemahan yang ada pada Proton Preve sekarang kerana apa yang kita tengok, segala masalah yang terdapat pada Proton Preve yang di fix telah dibuat pada kereta Proton Suprima dan apa yang mengecewakan kita, ianya dijual pada harga yang bukan mampu milik oleh golongan anak muda di Malaysia memandangkan ciri-ciri yang diterapkan pada Proton Suprima adalah lebih 'sporty' berbanding Proton Preve.
Bagaimana pula dengan rekaan enjinya? Sudah pasti ia dijana oleh enjin Campro, akan tetapi model enjin yang diupgrade tidakpasti samaada seperti digunapakai pada model sekarang iaitu Campro CPS dan Campro CFE yang terbaru. Perbezaannya juga amat ketara antara CPS dan CFE dimana enjin Campro CFE lebih kuasa dan apabila digabungkan dengan gearbox CVT ianya sudah pasti memberikan penjimatan petrol yang lebih dari Campro biasa.
Jadi, sama-sama kita nantikan kemunculan Proton Preve Facelift 2016 ini.
Selasa, 29 Desember 2015
TIPS MENGENAL PERBEZAAN TIMING BELT DAN TIMING CHAIN
PERBEZAAN ANTARA TIMING BELT DAN TIMING CHAIN
Tahukah anda terdapat 2 jenis timing dalam sistem enjin kita. Ia adalah timing belt dan juga timing chain.
TIMING CHAIN
Tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring. Timing chain boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga 400,000 km atau lebih.
Timing chain terletak di dalam enjin. Jadi ia terendam sekali dengan minyak enjin. Selagi minyak enjin (minyak hitam) ditukar mengikut jadual dan menjaga kuantitinya dalam enjin, lagi lama rantai tersebut boleh bertahan. Pastikan anda ikuti cara penjagaan minyak hitam yang betul.
TIMING BELT
Ia perlu ditukar setiap kali 90,000 km atau 100,000 km dan kos menggantikan belting yang baru agak mahal. Jika anda menggunakan Perodua Viva, ia lebih mahal dari timing belt Proton Wira.
Kebiasaannya Timing Belt tidak bagi apa-apa tanda atau hint bila ia nak putus. Tiba-tiba saja ia boleh putus dengan sendiri. Sesetengah enjin, ia akan berbunyi. Untuk memastikan bunyi tersebut berpunca dari timing belt, anda jiruskan sedikit air paip pada timing belt yang sedang berputar. Jika bunyi hilang semasa dibahasahi air tersebut, maka memang timing belt kereta anda wajib segera diganti.
Apabila timing belt putus, ia akan melibatkan kos yang sangat tinggi kerana komponen-komponen dalam enjin banyak yang akan rosak, patah dan retak.
Jadi pastikan anda tukar timing belt tepat pada masanya.
Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun!
** timing belt dicadangkan tukar 60000km atau 100000km bergantung kepada jenis belt yg dipakai. GEARBOX ATF (Automatic Transmission Fluid) mesti ataupun paling bagus tukar 20000km, GEARBOX CVT (Continuously Variable Transmission) jangan main-main mesti tukar selalu pada 20000km.
Rabu, 18 November 2015
MALAYSIA METERAI TPPA FEBRUARI 2016
MANILA: Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dijangka dimeterai oleh 12 negara anggotanya pada awal Februari depan di New Zealand. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri New Zealand, John Phillip Key dalam mesyuarat dua hala dengan beliau di sini. "Semasa mesyuarat kami pagi tadi, Key ada memaklumkan kepada saya ada kemungkinan perjanjian TPPA akan ditandatangani di New Zealand pada awal Februari tahun depan jika yang mana dalam konteks Malaysia, Parlimen memberikan persetujuan untuk kerajaan menandatanganinya," katanya pada sidang media di sini. Sementara itu, Perdana Menteri berkata, dalam mesyuarat dengan 12 pemimpin negara anggota TPPA yang diadakan di sisi Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) selepas itu, semua menyatakan komitmen untuk berusaha ke arah mendapatkan ratifikasi dan memeterai perjanjian itu supaya ia dapat dilaksanakan dan diraih manfaatnya. "TPPA akan memanfaatkan pengguna dan industri. Semua pemimpin bersetuju bahawa setiap negara anggota akan meraih manfaat daripada perjanjian itu," katanya.
Najib berkata, dalam mesyuarat TPP itu beliau menyatakan penghargaan kepada negara anggota TPPA lain yang telah bersedia memberikan fleksibiliti kepada Malaysia dalam isu-isu sensitif termasuk yang berkaitan agenda Bumiputera dan kontrak kerajaan. Dalam soal ini, Perdana Menteri berkata, Malaysia sebenarnya membuat keputusan yang tepat untuk menyertai perkongsian itu pada peringkat awal iaitu semasa ia masih dalam perundingan berbanding negara yang menyertainya kemudian. "Minat yang ditunjukkan oleh lebih banyak negara untuk menyertai TPPA menunjukkan yang Malaysia melakukan perkara yang betul untuk menyertai rundingan dan menikmati kelebihan sebagai anggota awal," katanya.
KENAPA KERETA PROTON MURAH DI LUAR NEGARA?
SEBELUM ini, sudah banyak kali kita mendengar dakwaan harga jualan bagi beberapa model kereta keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) di luar negara dikatakan lebih rendah berbanding harga dalam negara.
Ramai penulis blog dan pengguna mendakwa kereta Proton di negara seperti Australia dan Arab Saudi dijual jauh lebih murah.
Pemeriksaan Sinar Harian menunjukkan, sebagai contoh, Proton Preve di Malaysia dijual pada harga bermula daripada RM58,921 bagi model 1.6 Executive Manual, tetapi di Australia, model sama dijual pada harga RM46,964 (atau 15,990 dolar Australia).
Namun, jika dilihat dalam laman sesawang Proton Australia, harga asal Proton Preve di Australia ditetapkan pada RM55,775 (18,990 dolar Australia) dan harga RM46,964 itu hanyalah promosi Proton di sana.
Tetapi ada pula yang mempersoalkan, jika Proton mampu memberikan harga promosi serendah itu di Australia, mengapa tidak Proton melakukan perkara sama di Malaysia yang merupakan negara pengeluar kenderaan tersebut?
Harga Proton murah kerana perlu bersaing
Bagi mendapatkan jawapan mengenai isu harga Proton yang dikatakan lebih murah di negara luar berbanding Malaysia, Sinar Harian menghubungi salah seorang pakar industri automotif untuk mendapatkan penjelasan dan pandangan beliau mengenai hal tersebut.
Menurutnya, bagi syarikat pengeluar kenderaan termasuk Proton, apa yang penting adalah keuntungan keseluruhan, di mana kereta dijual di dalam Malaysia mahupun dieksport ke luar negara mestilah secara keseluruhannya memberi keuntungan.
“Apa yang saya tahu daripada Proton, apabila kereta Proton memasuki pasaran Australia buat pertama kali, mereka perlu bersaing kerana pasaran automotif di sana lebih kompetitif berbanding pasaran Malaysia.
“Begitu juga dengan harga kereta Proton di sana, tidaklah murah sangat cuma sedikit murah daripada harga di Malaysia. Ini kerana kalau dijual mahal di Australia, Proton mungkin menanggung risiko kekurangan pembeli," katanya yang enggan dikenali.
Menurut beliau, pada peringkat permulaan, apa yang penting adalah Proton perlu menembusi pasaran automotif di Australia serta meningkatkan kesedaran pengguna terhadap jenama Proton di negara itu, menyebabkan syarikat itu perlu menawarkan promosi terbaik termasuk harga jualan yang dilihat lebih rendah berbanding di Malaysia sendiri.
Tidak tahu sama ada Proton rugi atau untung
Walaupun kereta Proton dijual dengan harga murah di luar negara, tidak boleh dipastikan sama ada pengeluar kenderaan nasional itu memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian.
"Kita tidak tahu mereka untung atau rugi kerana kita tidak tahu berapa kos pembuatan sebuah kereta. Kalau kosnya kurang daripada harga jualan (walaupun
murah), maknanya Proton boleh melihat model mana yang sesuai untuk memasuki pasaran yang telah disasarkan.
“Katakanlah penembusan pasaran kereta disasarkan sekitar RM40,000 di sesuatu negara, jadi Proton perlu tahu sama ada harga itu kompetitif atau tidak dan melihat kesedaran pengguna di negara tersebut mengenai jenamanya," katanya.
Menurut beliau, Proton sebelum ini diketahui mengeksport kereta keluarannya ke lebih 50 negara seluruh dunia tetapi di sesetengah negara itu, Proton cuma mampu menjual bilangan kereta yang sedikit.
"Jika hanya dapat jual sedikit kereta, macam mana hendak buat tawaran selepas jualan seperti perkhidmatan penyenggaraan? Ini juga tidak membantu dalam menjenamakan Proton di negara tersebut.
“Tetapi berbeza dengan pengurusan baru Proton, sekarang mereka hanya akan memasuki pasaran yang mereka rasa boleh menjual kenderaan dengan harga agak tinggi dan dengan harga tersebut, mereka juga dapat menyediakan perkhidmatan selepas jualan seperti servis kereta," katanya.
Selasa, 17 November 2015
TIPS PENTING KETIKA KERETA DI TENGGELAMI AIR BANJIR
Musim tengkujuh sedang melanda negara kita, sudah pasti kita risau jikalau kereta kesayangan kita dimasuki atau ditenggelami air sebab ianya akan melibatkan kos baiki yang tinggi. Disini admin nak berkongsi sedikit maklumat yang kami dapat dari fb Rahim Auto, ribuan ringgit dapat dijimatkan jika anda ikuti tips ini.
Pada pemilik kenderaan yang guna banyak elektronik, anda sangat digalakkan untuk membaca tips ini.
Macam mana nak tahu kereta kita ni elektronik atau tak? Agak-agak saya lah, kereta yang berusia dalam 10 tahun.
Proton Gen-2, Perodua Viva, Perodua Kelisa, Proton Saga BLM, Perodua Alza, Perodua Myvi. Ini adalah antara jenis kereta yang menggunakan injection atau elektronik dalam bahasa mudahnya.
Apa yang perlu dibuat bila terjadi perkara sebegini?
1. JANGAN BUKA PINTU KERETA ANDA - Pastikan anda jangan sesekali buka pintu kereta anda kerana dikhuatiri air akan masuk ke dalam dan akan membuatkan kusyen anda basah dan berbau busuk. Seeloknya biar banjir surut dan sebolehnya biar ianya kering dahulu.
2. JANGAN HIDUPKAN ENJIN KERETA ANDA - Hubungi tow-truck dan minta hantar kereta ke bengkel. Mekanik akan buka computer box dan bateri lepas tu akan tembak angin bagi kering.
Kalau pandai, bukak kepala bateri dulu. Kalau tak tahu, biar je.
Kalau anda hidupkan juga enjin kereta tu, habislah computer box tu short kalau ada air masuk.
Computer box ni macam otak kereta, sebab dia yang control semua.
3. MINTA MEKANIK CHECK MINYAK ENJIN - Kalau terperasan mekanik macam tak check minyak enjin tu, tanya dia dah buat ke belum. Takut-takut minyak tercampur air banjir.
Tips tambahan:
Minta mekanik check minyak gear box jugak.
Kalau kereta tersemput-semput tak mahu pergi atau jerking, itu tandanya petrol dan campur air. Mintak mekanik turun tangki, servis dan buang minyak petrol lama tu.
P/S Harap tips diatas membantu anda. :) Jom viralkan post ini.
Rabu, 04 November 2015
LALUAN JALAN TUN RAZAK AKAN BERUBAH MULAI 8 NOVEMBER 2015 - DBKL
Perubahan trafik dijangka akan berubah di beberapa laluan di Kuala Lumpur. Antara laluan yang terlibat adalah laluan Jalan Tun Razak dan ia akan dikuatkuasa pada 8 November ini. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung perubahan beberapa laluan trafik di Jalan Tun Razak mulai 8 November ini, laporan Bernama.
Ia bertujuan melaksanakan penyuraian trafik bagi mengurangkan kesesakan trafik di jalan itu.
Bagi kenderaan dari Jalan Pekeliling Lama hanya dibenarkan susur keluar ke Jalan Ipoh/Jalan Tun Razak manakala untuk ke Lebuhraya Sultan Iskandar, mereka perlu menggunakan persimpangan lampu isyarat di Jalan Ipoh/Jalan Tun Razak.
Kenderaan dari Jalan Tun Razak (dari Jalan Semarak/Jalan Ampang) pula dikehendaki melalui Bulatan Pahang jika ingin ke Jalan Ipoh.
Manakala kenderaan dari Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang) ke Jalan U-Thant dikehendaki memilih laluan di bawah jejambat persimpangan Jalan Semarak/ Jalan Tun Razak melalui persimpangan Jalan Ampang/Jalan Tun Razak.
Bagi kenderaan ke arah Cheras dan selatan masih boleh menggunakan laluan sedia ada tetapi tidak boleh membelok ke Jalan U-Thant.
Kenderaan dari arah Jalan Ampang (dari Jalan Jelatek) yang memasuki susur kiri ke Jalan Tun Razak (selatan) hanya akan dibenarkan memasuki Jalan U-Thant sahaja.
PERTANDINGAN REKA BENTUK PROTON 2015 DI UMUMKAN
Pertandingan reka bentuk yang dianjurkan oleh Proton akan diumumkan tidak lama lagi, harap bersabarlah ye. Bersiap sedia lah bagi mereka yang masuk pertandingan, mungkin anda salah seorang dari pemenang yang akan diumumkan oleh pihak Proton dalam Pertandingan Reka Bentuk Proton 2015 ini. Rezeki, siapa yang tahu betul tak? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu...
Untuk makluman anda, Proton Holdings Berhad telah pun menerima 427 penyertaan. Ia berlangsung selama 14 minggu iaitu dari 18 Jun hingga 17 September 2015.
Ia dibuka untuk dua kategori iaitu Kategori 1 yang terbuka untuk pelajar sekolah berusia antara 13 hingga 17 tahun (yang lahir pada tahun 1998 hingga 2002).
Manakala Kategori 2 pula terbuka kepada individu yang berusia 18 tahun dan ke atas (lahir pada/sebelum 1997) dan hanya merupakan penyertaan individu sahaja.
Pemenang bagi pertandingan ini bakal menerima wang tunai dengan jumlah yang lebih besar berbanding tahun lalu iaitu RM10,000, RM7,000 dan RM5,000 untuk tempat pertama, kedua dan ketiga bagi Kategori 1.
Manakala bagi Kategori 2 pula. wang tunai sebanyak RM15,000, RM10,000 dan RM7,000 bakal menanti pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga. Manakala hadiah saguhati di tempat ke-empat dan ke-10 bagi kedua-dua kategori bakal menerima wang tunai sebanyak RM1,000 berserta sijil penyertaan dan medal atau pun trofi.
Sangat menarik hadiah yang ditawarkan :) Jadi, good luck diucapkan kepada semua yang terlibat - ProtonClub
Senin, 02 November 2015
BANGLADESH ANGGAP MALAYSIA SEBAGAI IDOLA
Malaysia sering menjadi idola dan penanda aras kepada negara-negara sedang membangun dalam aspek sosial, politik dan ekonomi, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Parlimen, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Bangladesh Dr Dipu Moni.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata perkara itu dinyatakan dr Dipu semasa membuat kunjungan hormat terhadapnya di Bangunan Parlimen hari ini.
“Beliau (Dr Dipu) berkata tumpuan selalu diberikan kepada Malaysia oleh negara-negara yang sedang membangun seperti Bangladesh dan Afrika kerana Malaysia telah mencapai kejayaan dalam bidang sosial, politik dan ekonomi,” katanya kepada Bernama selepas kunjungan hormat itu.
Menurutnya Dr Dipu yang juga bekas menteri luar Bangladesh turut menyampaikan penghargaan kepada kerajaan Malaysia yang menerima kehadiran rakyat negaranya untuk bekerja di negara ini.
Pandikar Amin berkata Dr Dipu menganggap sifat keterbukaan Malaysia terhadap rakyat Bangladesh bukan sahaja membantu memacu ekonomi negara ini malah turut meningkatkan ekonomi Bangladesh.
GEORGE TOWN BANDAR KEEMPAT TERBAIK DUNIA 2016
Keputusan telah dikeluarkan! George Town berada di kedudukan keempat dalam 10 Bandar Terbaik Untuk Dikunjungi Pada 2016 dalam senarai Lonely Planet.
“George Town mungkin terkenal dengan jalan-jalan persekitarannya yang tersenarai dalam warisan dunia Unesco, tetapi akhir-akhir ini ia juga telah muncul sebagai tempat berciri seni, Malaysia moden,” menurut Lonely Planet di laman webnya.
“Hari ini, anda mungkin mahu mencari seni jalanan gaya ‘funky’ di tengah-tengah rumah kedai tradisional Cina, dan ruang pameran versetail yang mempamerkan avant garde seni, filem, muzik dan tarian yang muncul di sebelah kiri dan kanan. Menginaplah di beberapa di rumah tumpangan butik dan anda akan mendapat resipi salah sebuah daripada pelbagai komuniti paling berseni dan berdaya cipta di Asia.”
George Town berada di senarai keempat selepas Kotor (Montenegro), Quito (Ecuador) dan Dublin (Ireland).
Bandar-bandar ini mendahului tempat-tempat lain yang lebih dikenali dalam senarai itu seperti Rotterdam (Belanda), Mumbai, Fremantle (Australia), Manchester (United Kingdom), Nashville (Amerika Syarikat) dan Rom.
Sebagai sebuah bandar yang tersenarai dalam Warisan Dunia Unesco, Lonely Planet juga menyifatkan George Town sebagai ‘syurga bagi dunia seni yang berkembang dengan kemudahan penginapan gaya ‘hip”.
“Telusurilah jalan-jalan yang berliku dan lorong-lorong seni di bandar bersejarah George Town untuk menikmati galeri seni jalanan di bahagian luar yang menarik.
Penghargaan untuk Pulau Pinang datang dua tahun selepas Lonely Planet menamakan negari tersebut sebagai destinasi terbaik di dunia untuk makanan.
Sebelum ini, akhbar Britain, Guardian turut menamakan Pulau Pinang sebagai salah sebuah daripada 10 destinasi yang mesti dikunjungi pada 2014.
Admin pernah pergi ke Penang ni dua kali, memang makan kat sana sedap2... Hehehe.... Terbaik Penang!
Minggu, 01 November 2015
PRODUKSI PROTON SATRIA NEO DIHENTIKAN HUJUNG TAHUN 2015
Berita sedih bagi peminat kereta yang sinonim dengan motorspot iaitu Proton Satria NEO yang akan ditamatkan keluarannya pada penghujung tahun ini. Ia telah disahkan oleh pihak Proton Motorspot melalui laman facebooknya.
Satria Neo merupakan Satria generasi kedua yang dilancarkan pada tahun 2006. Sejak itu, model hatchback ini telah menerima banyak penambah baikan. Paling terkini ialah pada Januari tahun lalu iaitu Satria Neo Standard 4AT yang diberi penambah baikan berdasarkan versi Satria Neo Standard MT.
Ia dijanakan oleh enjin 1.6 Campro CPS yang mampu menghamburkan kuasa 125 hp pada 6,500rpm dan tork 150 Nm pada 4,500rpm. Manakala bagi transmisi, ia menggunakan kotak gear automatik dengan empat kelajuan.
Ramai juga yang tertanya-tanya, atas sebab apakah Proton mahu menghentikan pengeluaran Proton Satria NEO ini kerana ia adalah sebuah kereta yang diminati oleh anak muda dan ia juga adalah sebuah kereta yang mampu milik dan mempunyai ciri-ciri enjin yang berkuasa. Apapun kita tunggu sahajalah daripada pihak Proton. Mungkin ada kejutan kereta lain berkonsep compact dari Proton yang akan keluar pada tahun depan selain Proton Perdana 2016, siapa yang tahu... Betul tak? hehehe.... - ProtonClub.
5 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG PENJUAL KERETA
Kereta adalah satu keperluan pada masa sekarang. Namun memiliki sebuah kereta idaman bukanlah sesuatu yang mudah kerana kita perlukan komitmen yang sangat tinggi dimana setiap bulan kita perlu membayar pinjaman kereta kepada bank. Namun, perkara pertama yang kita perlu berdepan sebelum membeli kereta adalah berjumpa atau membuat temujanji dengan salesman kereta. Salesman kereta ni pula ada bermacam ragam. Berikut adalah 5 ragam penjual kereta yang perlu anda kenali/tahu.
1 - Fokus Kepada Bayaran Bulanan Sahaja
"Kalau nak kereta ni cuma perlu bayar RM850 sebulan". Itu ayat yang biasa yang akan keluar dari seorang dealer kereta bagi menampakkan kereta itu mampu dimiliki oleh pembeli. Tapi hakikatnya, banyak lagi benda yang perlu difikirkan contohnya penjimatan minyak, insuran, maintainance. Hakikatnya, bayaran bulanan terletak pada jumlah loan dan juga kadar bunga yang akan dikenakan oleh pihak bank.
Salah satu cara untuk mengatasi dealer ini adalah dengan tidak bercakap langsung tentang bayaran bulanan tapi fokuskan kepada berapa harga paling murah yang mampu diberikan oleh dealer itu untuk sesebuah kereta.
2 - Pilih mangsa
"Nak cari kereta sedan ke MPV ke SUV?". Soalan ini sebenarnya bertujuan untuk mengetahui adakah pembeli itu datang untuk membeli kereta yang dia mahu atau datang untuk mencari sebuah kereta yang mungkin dia inginkan. Sekiranya pembeli menjawab "Tak, saya datang untuk tengok-tengok dulu", ini boleh mendatangkan bahaya kerana dealer itu sudah pun dapat memancing si pembeli untuk mendengar cadangan-cadangan darinya yang kebanyakannya indah-indah belaka.
Cara untuk mengatasi teknik adalah dengan membuat research terlebih dahulu kereta apa yang anda inginkan dan sentiasa membawa telefon supaya anda dapat membuat research sendiri dari mendengar cadangan manis dari dealer.
3 - Beli sekarang, kalau tak...
"Promo ni bulan ni je ade. Bulan depan dah tak ada dah". Ini merupakan ayat bagi membuatkan si pembeli merasa rugi sekiranya dia tidak melakukan proses pembelian sekarang. Mungkin dari hanya untuk "test drive" sahaja, pembeli akan membuat mengikat dirinya selama bertahun-tahun hanya untuk sebuah kereta. Hakikatnya, promosi sentiasa ada. Lebih-lebih lagi jika kereta itu sudah lama dikilangkan.
Jika niat anda bukan untuk membeli, pastikan anda kekal kepada niat itu. Jangan sesekali terpengaruh dengan janji manis dari dealer kereta tentang promosi dan sebagainya.
4 - Penggunaan 'Statistik'
"Kereta ni yang paling laku sekarang". Seorang dealer tahu, pembeli mahukan yang terbaik dari apa yang dibayarnya. Jadi antara ayat yang akan keluar dari mereka adalah ayat ini. Mungkin benar, mungkin tidak, kereta yang bakal dibeli adalah kereta yang paling laku tapi ayat itu sebenarnya akan membuatkan pembeli berfikir "orang lain banyak beli, kereta ni pasti OK". Tapi betul ke kereta tu OK atau ianya laku disebabkan oleh "marketing" semata-mata?
Sekali lagi, buat research terlebih dahulu sebelum pergi berurusan dengan dealer kereta.
5 - Dua Muka
"Ni saya dah tanya bos, siap potong part saya lagi untuk awak". Teknik ini bertujuan untuk membuat anda rasa seolah-olah dealer tu 'rakan' yang mengambil berat tentang anda. Siapa lagi yang kita nak percaya selain dari rakan kita? Teknik ini sebenarnya sudah lama tapi masih lagi efektif diguna pakai sehingga ke hari ini. Pada hakikatnya, trik ini digunakan untuk membuatkan si pembeli merasa lebih yakin untuk membeli kereta dengan dealer itu.
Jangan terpedaya. Selagi boleh minta kurang, teruskan sampai anda capai target anda.
Bonus Tip : Sekiranya dealer ada menawarkan option untuk promosi; sebagai contoh pilih antara rebat atau diskaun bodykit atau free goodies atau +2 years warranty, pastikan anda sentiasa memilih rebat. Ini kerana rebat akan diguna pakai sebagai downpayment manakala benda-benda lain boleh dibeli lain kali. Tapi bayaran muka hanya boleh dibuat pada awal pembelian sahaja.
Sekiranya anda tertanya-tanya masa yang paling baik untuk membeli kereta, ianya pada bulan Oktober/ November kerana waktu itu rebat akan banyak diberikan kerana sudah hampir penghujung tahun.
Kamis, 29 Oktober 2015
LANDWIND X7 - KLON RANGE ROVER BUATAN CHINA
Berita baik dan panas bagi penggemar kereta berjenama Range Rover! Tahukah anda, hanya dengan RM80,000 anda sudah boleh miliki sebuah kereta seakan Range Rover tapi ianya adalah buatan China. Ya, negara China kini telah mengeluarkan sebuah kereta bernama LandWind X7 dengan harga sekitar RM80,000 sahaja!
Bernadikan enjin keluaran Mitsubishi, pasti ianya sudah cukup bertenaga untuk beraksi di atas jalanraya. Namun admin kira, ianya bukanlah tandingan Range Rover yang lebih kualiti dari segi aspek materialnya. Tapi jika anda sekadar ingin bergaya, miliki kereta besar seperti itu sudah memadai.
P/S Jom buat loan, kita beli sebijik dan buat koleksi :P~
Rabu, 28 Oktober 2015
BERUANG LIAR DI TANGKAP DI KAJANG
Seekor beruang liar yang berkeliaran di Sungai Kantan, Kajang semalam telah berjaya ditangkap.
Rupanya masih ada lagi binatang liar yang hidup di hutan yang berdekatan bandar ni. Harap pihak Jabatan Hidupan Liar berilah perlindungan kepada spesis ini seperti mengalihkan mereka ke hutan yang lebih selamat serta jauh dari penempatan manusia seperti yang dibuat oleh team Nat Geo Wild di luar negara.
Senin, 26 Oktober 2015
TOYOTA AVANZA KEJAR LAMPU MERAH LANGGAR BMW M4
Sebuah kereta Toyota Avanza yang cuba mengejar lampu hijau yang sudah merah akhirnya merempuh sebuah kereta mewah BMW M4 yang kita tahu spesisnya amatlah rare dan jarang sekali kita lihat di jalan raya.
Melalui rakaman yang dibuat melalui kereta BMW M4 tersebut, jelas kelihatan lampu isyaratnya telah hijau dan ini bermakna lampu isyarat pada laluan Toyota Avanza tersebut telahpun bertukar merah. Kejadian berlaku di Melaka.
Masak juga nak bayar kos repair BMW M4 tersebut. Melalui carian dari Mudah dot my, harga model BMW M4 F82, 3.0 Coupe (A) tahun 2014 dijual pada harga RM568,000-RM615,000. Kalau claim insuran pun boleh kurus dompet jawabnya.... Next time kalau lampu isyarat tu dah berkelip jangan dikejar lagi. Kalau di Melaka tak silap admin, lampu isyaratnya bila nak tukar dari hijau ke merah, yang hijau akan berkelip dahulu dalam beberapa kali dan barulah bertukar merah.
Bila dah langgar, bukan diri je susah, orang lain pun susah.... Sekian, pesanan ringkas berhati-hati ketika memandu.
Label:
accident,
BMW,
Cars,
Isu Semasa,
Kemalangan,
Toyota
Kamis, 22 Oktober 2015
PDRM GANTI KERETA PERONDA DENGAN PROTON SUPRIMA S DAN IRIZ
Berkuatkuasa pada bulan November 2015, semua kereta peronda PDRM jenis Perodua Kancil akan digantikan dengan jenama Proton.
Menurut sumber, bagi kereta peronda Perodua Kancil yang digunakan oleh Ketua Balai Polis akan digantikan dengan model Iriz.
Manakala bagi balai besar pula, akan digantikan dengan model Suprima S.
“Majlis perasmian dan penyerahan kunci dijangka akan dilaksanakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada awal November ini,” kata sumber itu.
Penggantian kereta peronda polis ini dilihat sebagai usaha PDRM meningkatkan imej dan integriti pasukan keselamatan.
Terbaru, lebih 1,200 buah kereta peronda model Inspira telah diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menggantikan 100 buah kereta peronda polis model Waja yang juga telah tamat tempoh pajakannya.
Bayangkan kalau yang kejar korang tu Proton Suprima S dengan kuasa turbo, jawabnya berhenti tepi dulu lah tak payah nak berangan nak cuba lari. Hehehehe....
P/S: Kereta Proton ni enjin dia kalau dah masuk turbo, lain sikit cara perginya terutama sekali Proton Exora Bold.
Selasa, 20 Oktober 2015
KAMERA AES MUNGKIN DIHAPUSKAN - KERAJAAN MALAYSIA
Kerajaan mungkin akan menghapuskan semua kamera perangkap had laju (AES) di negara ini dan menarik balik hampir 1.6 juta saman trafik bernilai hampir setengah billion oleh kamera AES ini.
Satu berita yang agak menarik namun apakah relevannya setelah wang sebanyak RM500 juta dibelanjakan untuk membangunkan kamera AES ini, kini ianya hendak dihapuskan pula.
Memetik sumber, laporan itu berkata caj dikenakan terhadap pesalah trafik AES, yang dikuatkuasakan pada September, 2012, kemungkinan besar akan digugurkan.
Sumber laporan itu dipetik sebagai berkata, kerajaan sedang bersedia untuk menghapuskan saman kesalahan yang dikeluarkan ketika peringkat pilot penguatkuasaan itu dan akan terus bergerak ke fasa kedua.
“Tindakan di bawah peringkat pilot terikat dengan masalah teknikal yang berbangkit daripada proses pengumpulan bukti yang tidak dijalankan pegawai penguat kuasa,” kata sumber berkenaan.
“Pihak pertama di pusat kawalan AES yang mengumpul gambar beresolusi tinggi berkaitan dakwaan kesalahan trafik, adalah kakitangan syarikat swasta.
“Peranan pihak pertama ialah mengumpul bukti yang sepatutnya dilaksanakan anggota polis atau penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bukan kakitangan syarikat swasta. Ini menyebabkan undang-undang terhalang,” katanya.
Terdapat 10 kamera AES tetap dan 4 kamera bergerak beroperasi di 14 lokasi terdedah kemalangan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak. Di bawah operasi AES, imej gambar dan video kenderaan yang melanggar undang-undang trafik akan dirakamkan, sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah.
JPJ sebelum ini berjanji untuk memperbaiki semua 831 kamera untuk menangkap pemandu yang laju dan mencegah lebih banyak kemalangan maut sebagai sebahagian daripada fasa pilot projek AES yang dilaksanakan pada September 2012.
Bagaimanapun, 3 bulan kemudian, Pejabat Peguam Negara mengarahkan pemberhentian bagi semua prosiding mahkamah berkaitan dengan saman dikeluarkan di bawah AES untuk mengkaji isu perundangan berbangkit susulan rungutan orang ramai.
Masalah timbul apabila polis terus dengan penguatkuasaan mereka terhadap pemandu laju, serentak dengan penswastaan AES, menyebabkan pengguna jalan raya mengadu mereka dikenakan saman 2 kali.
Sejumlah besar tuntutan mencabar saman AES diterima mahkamah menyebabkan perintah peguam negara membekukan arahan senarai hitam pesalah.
Ini dikenal pasti sebagai halangan terbesar bagi melaksanakan fasa kedua AES, lapor The Sun.
“Jumlah besar kes tertunggak di mahkamah berkaitan fasa pertama AES mengganggu kerajaan. Kita perlu membatalkannya untuk mengelak AES jadi kapal karam,” kata seorang pegawai kanan kerajaan dipetik sebagai berkata.
“Operasi AES fasa kedua meliputi 350 lokasi menjelang suku pertama 2016 akan membuka lembaran baru. Kali ini kerajaan akan melakukannya dengan betul,” katanya.
Pegawai itu juga menyatakan kerajaan boleh mengembalikan semula saman yang sudah dibayar untuk menunjukkan AES bukan perkara main-main, tetapi dilaksanakan untuk menyelamatkan nyawa.– 20 Oktober, 2015.
Sumber ini dipetik dari laman TheMalaysianInsider.
Senin, 19 Oktober 2015
GAMBAR SEMBELIH KUCING BUKAN BERLAKU DI MALAYSIA
Anda semua diluar sana terutama kaki facebook tegar, tahukah anda sekarang ini sedang kecoh gambar dua orang remaja sedang memotong dan melapah seekor kucing? Dan dengan pantasnya kaki viral ni tanpa usul periksa terus menuduh ianya gambar pemuda dari Malaysia padahal jika anda tengok gambar tu dengan teliti, anda akan nampak terang dan jelas.
Dimana perkara ini berlaku, kalau lihat gambar yang admin bulatkan tu binaan rumahnya pun sudah buat kita sangsi bahawa ianya bukan rumah buatan Malaysia. Mungkin ianya dinegara jiran kita. Jadi janganlah sebab nak cepat post kita dapat banyak share dan popular, kita berkongsi benda yang tak betul, benda yang menfitnah negara dan bangsa kita sendiri.
Be profesional, siasat dahulu sebelum ambil tindakan. Sekian
Sabtu, 17 Oktober 2015
PERODUA VIVA TERLIBAT KEMALANGAN HANCUR
Tahukah anda kereta apa yang renyuk teruk terselit diantara bas kilang dan kereta volkswagen tersebut? Dapatkah anda bayangkan bagaimana keadaan pemandu didalamnya? Kejadian berlaku di plaza tol di ibu kota.
Kereta yang remuk teruk itu adalah kereta Perodua Viva. Anda boleh tak bayangkan bagaimana sistem keselamatan yang didirikan pada kereta Perodua Viva ini.
Bukan admin nak kondem tapi anda yang memandu kereta Perodua Viva lepas ni berhati-hatilah. Bahkan semua jenis kereta pun, kalau kita tak berwaspada, maut pasti menanti.
Label:
Cars,
Isu Semasa,
Kemalangan,
Kereta,
Perodua,
Viva
Jumat, 16 Oktober 2015
NISSAN NOTE BERHARGA RM59,400 LEBIH BERGAYA
Inilah dia rupabentuk kereta Nissan Note yang berharga serendah RM59,400. Wow! Terkejut bukan? Kalau dilihat dari aspek rekaannya memang sangat menepati ciri-ciri kereta idaman anak muda masa kini. Rekaan luarannya penuh elegance dan dinamik selain ia nampak lebih sport.
Jika ianya dibawa ke pasaran Malaysia, apakah nasib kereta tempatan seperti Perodua Myvi dan Proton Iriz. Admin rasa memang jualan kereta tempatan akan merosot teruk. Silap haribulan, kita boleh tengok banyak kereta ni di used car nanti sebab ramai nak trade in ambil Nissan Note ni.
Jom kita layan gambar kereta Nissan Note yang berharga pada RM59,400 ini. Gambar tak banyak tapi bolehlah untuk membuatkan kita terliur termasuk admin sendiri. Mana taknya, enjin keluaran Nissan ini sudah terbukti ketahanannya dan lasak. Tengok sahajalah Nissan Vannette dulu, 10 tahun ayah admin pakai, enjin tak meragam langsung! Memang superb!
Kamis, 15 Oktober 2015
KERETA BUATAN MALAYSIA LANGGAR AKTA KESELAMATAN - ASEAN NCAP
Berita panas! Pengeluar kereta buatan Malaysia kini dalam siasatan oleh pihak ASEAN NCAP kerana didakwa kereta model yang tidak disebutkan itu telah membuka alat keselamatan untuk kerusi kanak-kanak. Menurut pihaknya, kereta yang dihantar untuk ujian pihak ASEAN NCAP mematuhi piawaian tersebut namun kereta yang dipasarkan kepada pengguna tidak dilengkapi alat keselamatan berkenaan.
Pengeluar di Malaysia ada dua sahaja, Proton dan Perodua. Agak-agaknya siapa yang terlibat? Isu ini pasti akan mendatangkan kemarahan pengguna kerana bukan sahaja kita ditipu malah isu keselamatan yang melibatkan nyawa anak-anak juga menjadi taruhan! Sungguh tidak bertanggungjawab! Sewaktu beli, bukan main lagi dipromosikan kereta ini mencapai standard piawaian ASEAN NCAP tapi malangnya apabila dijual kepada pengguna, kereta mereka tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan ini.
Pihak ASEAN NCAP juga akan menghantar surat tunjuk sebab kepada pengeluar kenderaan tersebut dan mempertimbangkan samada untuk menggantung penarafan tersebut. Mereka juga akan membuat pendedahan kepada umum apabila kes ini telah disiasat dan menurutnya pihak ASEAN NCAP lagi, semua model dari pengeluar ini akan disiasat juga kerana khuatir perkara yang sama turut dilakukan kepada lain-lain model.
Kamis, 08 Oktober 2015
JPJ TERIMA MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telahpun menerima sebuah motosikal dari jenama Kawasaki 250 cc dan ini akan memudahkan penguatkuasa JPJ dalam menjalankan tugas terutama dikawasan yang sesak dan sempit. Motosikal yang dilengkapi alatan termasuk box pada kiri dan kanan ini adalah dari keluaran terbaru.
Mungkin selepas ini mat rempit yang cuba lari dari sekatan akan mudah dikejar dan ditangkap dan mana2 kenderaan yang cuba lari juga mudah ditahan sebab pergerakan dengan motosikal lebih mudah daripada kereta.
Namun setakat ini, admin rasa motosikal Kawasaki 250cc ini akan diberi kepada skuad Peronda JPJ dan rondaan juga akan lebih kerap dilakukan. Jadi hati2 lah kepada pengguna jalanraya diluarsana.
Senin, 05 Oktober 2015
POLIS MALAYSIA GUNA KAMERA BOLEH SEMAK NO PLAT ADA SAMAN
Polis Malaysia (PDRM) akan menggunakan sistem kamera pengesan nombor plat automatik (ANPR) dalam tempoh dua bulan akan datang. Hanya dengan merakam gambar pada no plat kenderaan terbabit, segala saman tertunggak akan dapat diketahui dan ini memudahkan tugas Polis untuk menahan pemilik kenderaan tersebut.
Dimaklumkan bahawa lebih 20 kamera yang menggunakan sistem ini akan digunapakai oleh Polis Malaysia. Kamera itu akan diletakkan di sembilan kawasan strategik termasuk di beberapa pintu keluar dan masuk negara.
Jadi selepas ini, mungkin kadar saman yang tertunggak di seluruh negara yang berjumla lebih 1.06 juta itu dapat dikurangkan. Mereka yang ingkar membayar saman juga akan dapat dijejaki. Selepas ini, mungkin para pengguna jalanraya akan lebih mematuhi arahan ketika dijalanraya dan tidak melakukan kesalahan sewenang-wenangnya.
Tahniah PDRM Malaysia!
Label:
Isu Semasa,
Kamera,
polis,
saman,
Speed trap
JEREBU: RAKYAT INDONESIA MINTA BANTUAN PERUBATAN
Mesej yang disebarkan dari laman Facebook dari Riau, Indonesia. Kanak-kanak ini memohon bantuan kewangan untuk mereka ke klinik. Hampa sungguh dengan kerajaan Indon ni, nampak sangat kelemahan dan banyak sangat korupsi berlaku di sana. Sehingga kini, tiada tindakan langsung dari pihak kerajaan Pak Jokowi terhadap mereka yang menjadi dalang kebakaran disana.
Siasatan dilakukan Polis Indonesia pun tak nampak, walaupun dalam Facebook Pak Jokowi ada turun padang namun itu hanyalah syarat sebagai wakil rakyat yang mereka ini datang melawat dan bergambar. Apa yang kau buat ni Indon woiii.... Tiap-tiap tahun jerebu kau tahu tak? Kali ni jerebu paling lama sekali dan berpanjangan, tambah pula fenomena kemarau akan datang hingga bulan 1 tahun depan.
Indonesia harus bertanggungjawab! Kerana lambat ambil tindakan, rakyat Indonesia serta rakyat di negara jiran yang terpaksa menanggung derita!
Langganan:
Postingan (Atom)