Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd,
Proton akan menjalankan program 'PROTON We-Care Prihatin Banjir' ke seluruh
negara bagi membantu mangsa banjir.
Ketua Pegawai Operasi (Komersial) Proton, Hisham Othman berkata program
bermula hari ini itu, akan berterusan sehingga 15 Feb depan.
Beliau berkata program berkenaan menawarkan khidmat pemeriksaan percuma,
penilaian kerosakan kepada pemilik kereta Proton dan diskaun 20 peratus ke atas
jumlah invois pembelian alat ganti tulen Proton.
"Pemilik kereta Proton perlu mengemukakan laporan polis terhadap kenderaan
yang terlibat sebelum diperiksa.
"Kami memahami betapa sukarnya mereka yang terjejas dalam kawasan berisiko
banjir. Bagi kebanyakan keluarga, ia mungkin sesuatu yang sangat membebankan,"
menurutnya dalam kenyataan di sini.
Katanya, pelanggan juga disaran berkunjung ke pusat servis proton untuk
mendapat nasihat mengenai panduan menguruskan kereta yang terjejas akibat
banjir.
Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Proton We-Care selama 24 jam di
1800-888-398 untuk mendapatkan bantuan.
Selasa, 10 Desember 2013
PENGUATKUASA JPJ SAMAN LORI BANTUAN BANJIR
BANJIR, musim yang agak memeritkan bagi mereka yang terpaksa menghadapi situasi bencana alam ini. Namun kita sebahagian dari manusia yang terpaksa menghadapinya. Pun begitu, masih ada lagi perkara yang kurang menyenangkan. Terbaca di internet mengenai saman yang dikeluarkan oleh penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap lori yang membawa muatan barang-barang bantuan banjir.
Berikut saya kongsikan dengan pembaca semua,
Berikut saya kongsikan dengan pembaca semua,
Mana perginya peri kemanusiaan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam membantu mangsa banjir di Kuantan? Saya sifatkan mereka sebagai tidak berhati perut dan kejam.”
Itu kata penyelaras bantuan tersebut, Nordiana Abdul Rahman yang kesal apabila lori muatan barangan mangsa banjir ditahan selepas tol Gombak dan dikenakan saman atas alasan membawa lebih muatan.
Jelas Nordiana, sepatutnya penguat kuasa JPJ yang menahan lori tersebut lebih berhati perut kerana barangan yang dihantar adalah untuk membantu mangsa banjir, bukan untuk dijual di pasar lambak.
“Kalau lebih muatan dan tidak benarkan lori meneruskan perjalanan, apalah salahnya benarkan kami keluarkan barang tersebut sehingga cukup muatan yang dibenarkan?
“Ini tidak, JPJ terus denda pemandu sebanyak RM150 manakala syarikat lori yang membawa barangan tersebut disaman RM450 tanpa ada tolak ansur sedikit pun,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.
Lebih teruk, Nordiana memberitahu, penguat kuasa JPJ itu yang agak sombong dan kasar turut menggertak pemandu lori untuk membawa lori tersebut ke stesen penimbang yang bakal dikenakan hukuman lebih berat.
“Saya memang tak faham wujudnya anggota kerajaan yang tidak bertimbang rasa dalam membantu mangsa banjir. Kami pun bukannya boleh sampai ke Kuantan kerana laluan di tutup.
“Demi mangsa banjir, kami bayar denda tersebut dan saman syarikat akan diputuskan di mahkamah nanti seperti yang tercatat pada surat saman yang dikeluarkan,” ujarnya.
Menurut Nordiana, barangan tersebut dikumpul bersama sanak saudara dan sahabat handainya memang khusus untukmangsa banjir. Antara barang yang dikumpul untuk dihantar ke pusat banjir adalah pakaian, selimut dan makanan seperti beras, gula, susu, tepung dan sebagainya.
“Kami berusaha mengumpul barangan ini selama lima hari kerana kasihankan mangsa banjir tetapi apabila bertemu JPJ di tengah jalan, sudahlah tiada perasaan kasihan malah kami pula disaman dan didenda.
“Saya tahu apa tanggungjawab penguat kuasa JPJ cuma kesal kerana tidak ada pertimbangan langsung dalam membantu mangsa banjir yang amat memerlukan barangan tersebut,” katanya
Label:
Banjir,
JPJ,
Kuantan,
Malaysian News,
Pahang
Senin, 09 Desember 2013
KENAIKAN KADAR BARU TOL TAHUN 2014
Baru-baru ni admin ada terdengar desas-desus mengenai kenaikan harga tol yang akan dinaikkan menjelang tahun baru 2014 nanti. Apakah sebab ianya dinaikkan pun admin tak tahu pula namun ia sudah pasti akan membebankan pengguna jalanraya terutama sekali yang tinggal dibandar.
Dibawah ini ada admin pamerkan harga tol baru yang bakal dinaikkan untuk rujukan anda.
#LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 to RM2.00
#LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 TO RM2.00
#LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 TO RM2.10
#LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 TO RM2.50
#LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 TO RM1.30
#LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 TO RM3.50
#LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RMRM1.90 TO RM2.30
#LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 TO RM2.50
PANTAI RM1.50 TO RM2.50
DAMASARA RM1.00 TO RM1.50
KIARA RM2.00 TO RM3.00
#LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM TO 16.46c/KM
K
#LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 TO RM1.90
#LEBUHRAYA SMART RM2.00 TO RM3.00
Walau apa pun, ianya pasti tidak akan menyenangkan banyak pihak terutama sekali mereka yang terpaksa membelanjakan wang gaji mereka setiap hari untuk melalui jalan-jalan yang bertol. SEKIAN ~
Dibawah ini ada admin pamerkan harga tol baru yang bakal dinaikkan untuk rujukan anda.
#LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 to RM2.00
#LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 TO RM2.00
#LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 TO RM2.10
#LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 TO RM2.50
#LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 TO RM1.30
#LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 TO RM3.50
#LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RMRM1.90 TO RM2.30
#LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 TO RM2.50
PANTAI RM1.50 TO RM2.50
DAMASARA RM1.00 TO RM1.50
KIARA RM2.00 TO RM3.00
#LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM TO 16.46c/KM
K
#LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 TO RM1.90
#LEBUHRAYA SMART RM2.00 TO RM3.00
Walau apa pun, ianya pasti tidak akan menyenangkan banyak pihak terutama sekali mereka yang terpaksa membelanjakan wang gaji mereka setiap hari untuk melalui jalan-jalan yang bertol. SEKIAN ~
Selasa, 03 Desember 2013
SPYSHOT PROTON PERDANA BARU 2014
Sudah lama rasanya ProtonCLUB tidak update berita terbaru mengenai dunia permotoran buatan tempatan. Sempat admin selak Google untuk lihat mana tau kalau-kalau ada berita mengenai Proton Perdana yang masih belum mendapat pengganti lagi. Dan hasilnya, terjumpa beberapa keping gambar 'spyshot' kereta pengganti kepada Proton Perdana.
Sekian, untuk tatapan anda semua.
Sumber: Paultan dot org
Sekian, untuk tatapan anda semua.
Sumber: Paultan dot org
Jumat, 27 September 2013
PETROL RON95 NAIK LAGI 15 SEN ?
Ura-ura kenaikan harga minyak sebanyak RM0.15sen kerap dinyatakan dalam internet lebih-lebih lagi di laman sosial Facebook. Namun sehingga sekarang belum ada pengumuman mengenai kenaikan ini walaupun didada akhbar telah ada beberapa berita mengenai kenaikan ini. Sama-sama kita nantikan adakah ianya akan menjadi realiti atau sekadar 'dot...dot....dot....'
Selasa, 27 Agustus 2013
FAHAMI BACAAN KOD PADA TAYAR KERETA
APABILA cengkaman tayar kenderaan mula berkurangan atau botak, itu menandakan sudah tiba masanya pemilik menukarnya dengan yang baru. Bagaimanapun, sebelum menukar yang baru ada beberapa faktor yang perlu diberikan perhatian pemilik supaya tayar baru dibeli bersesuaian dengan kenderaan dan bukan sudah luput tarikh atau lama disimpan penjual. Sebagai pemilik kenderaan dan pengguna anda perlu mengetahui beberapa kod penting terdapat pada bahagian sisi tayar sebagai rujukan. Ia untuk memastikan anda membeli tayar berkualiti dan tahan lama. Setiap tayar mempunyai maklumat terperinci berhubung jenis, saiz, keupayaan, minggu dan tahun keluarannya. Sesiapa saja boleh memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang sesuai dan selamat bagi kenderaan masing-masing. Cara paling mudah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit. Ikuti makna nombor penting bagi sesebuah tayar: - Untuk mengetahui usianya sila periksa bahagian tepi tayar yang terdapat kod nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 2206 bermaksud tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 22 pada 2006. Kebanyakan pengeluar mengesyorkan jangka hayatnya ialah selama lima tahun dan jika lebih bermakna sudah luput tarikh dan dinasihatkan tidak gunakan pada kenderaan. - Pengguna juga perlu memahami nombor berikut yang terdapat di bahagian sisi tayar contohnya - 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. Biasanya, jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 ialah nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding lebarnya. Maksudnya ketinggian tayar adalah 70 peratus kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 ke bawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin terjejas sedikit. Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan ke semua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar diameter lebih besar anda perlu menukar rim kepada diameter yang sama. Nombor 82 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksimum berlambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "Indeks Keupayaan Mengangkut Berat Tayar" yang ditetapkan di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg. Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg) Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan "H" dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad. - S - 180 km/j - T - 190 km/j - U - 200 km/j - H - 210 km/j - V - 240 km/j - Z - melebihi had laju 240 km/j - W - 270 km/j - Y - 300 km/j Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 ksj, huruf ZR akan digunakan.
Sabtu, 17 Agustus 2013
KERETA BARU PROTON..
Gambar, harga dan spesifikasi Proton Suprima S - Syarikat automotif negara, Proton Sdn Bhd telah melancarkan kereta keluaran terbaru mereka iaitu Proton Suprima S pada 17 Ogos 2013 dan disempurnakan oleh penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur. Menurut Tun Dr Mahathir, pelancaran kereta berkualiti ini akan dapat mengikis persepsi negatif orang ramai terhadap keupayaan syarikat automotif tempatan iaitu Proton untuk menghasilkan kereta bermutu tinggi yang setanding dengan kualiti kereta buatan luar negara. Proton Suprima S yang dikeluarkan dalam kategori Executive dan Premium mempunyai lima variasi warna utama iaitu Atlantic Blue, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Tranquilty Black. Proton Suprima S katgeori Executive dijual pada harga antara RM76,338 - RM76,688, manakala kategori Premium pula dijual pada harga RM79,638 - RM79,988. Berhubung spesifikasi Proton Suprima S, ianya dihasilkan dengan Engine Campro 1,600cc dan diperbaiki dengan penambahan elemen turbo. Untuk spesifikasi lanjut, korang boleh baca jadual di bawah. Di bawah ini pula ialah beberapa keping gambar menarik Proton Suprima S ketika pelancaran oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada pagi Sabtu, 17 Ogos 2013. Memang cukup menarik rekabentuk luaran dan dalaman keluaran terbaru proton ini. Admin macam teringin nak beli pula. Kredit to :http://ipanas.blogspot.com/2013/08/gambar-harga-dan-spesifikasi-proton.html
Langganan:
Postingan (Atom)











.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)