Minggu, 27 September 2015
JEREBU TERKINI - GUNUNG LOKON TERBAKAR, MALAYSIA DAN SINGAPURA TERIMA KESANNYA
Jerebu yang melanda negara buat kali kedua baru-baru ini rupanya bukan sebab pembakaran terbuka seperti yang berlaku sebelum ini. Kalau anda buka website Jabatan Alam Sekitar, anda boleh lihat sendiri keadaan IPU Terkini yang berada diparas tidak sihat.
Kalau korang perasan, jerebu kali ini lebih kuat bau asapnya berbanding sebelum ini. Puncanya disebabkan letusan Gunung Lokon di Indonesia yang menyebabkan kebakaran yang besar. Efeknya, negara Singapura dan juga Malaysia telah menerima jerebu yang teruk. Beberapa sekolah di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Selangor akan ditutup pada 28 September 2015.
Jadi pada anda yang bercuti diluar, kurangkan aktiviti luar sebab jerebu kali ini agak berbahaya untuk kesihatan kita.
Sabtu, 26 September 2015
11 BUAH MODEL FERRARI KE MALAYSIA ALAMI MASALAH BEG UDARA
FERRARI baru-baru ini telah membuat kenyataan bahawa terdapat lebih 2,600 buah kereta Ferrari yang terdiri dari model 458 Italia, 458 Spider, 458 Speciale / Speciale A, California T, FF, F12 Berlinetta dan juga LaFerrari, yang dibuat pada 19 Disember 2014 hingga 29 April 2015. Rentetan daripada itu, sebanyak 11 buah model Ferrari yang akan dihantar ke Malaysia juga mengalami masalah pemasangan beg udara yang salah dibahagian pemandu. Fuh, bukan calang-calang kereta ni malah harga bukan murah ni bang... Sportcar atau Supercar ni memang mahal giler harganya tapi masih boleh berlaku kesilapan sewaktu pemasangan dibuat. Inilah yang dikatakan 'human error' yang memang kita tidak boleh elakkan.
Bercakap mengenainya lagi, pengeluar kereta terkemuka dunia itu berkata antara sebab ianya berlaku datang daripada sebuah Syarikat yang di sub kan untuk memasang part berkenaan iaitu Takata Corp.
P/S Siapa agaknya pemilik 11 buah model Ferrari yang akan dihantar ke Malaysia tu nanti ye :)
Jumat, 25 September 2015
SKANDAL VOLKSWAGEN 11 JUTA KERETA
Bila cerita pasal skandal kereta ni automatik mindset kita akan cakap, "Wow! Ini pasti pasal Proton ni..." Walhal sebenarnya diluar sana banyak syarikat pengeluar kereta gergasi yang kita sanjung selama ini, yang kita idamkan selama ini rupanya banyak juga skandal mengenai penglibatan mereka. Begitu juga masalah kerosakan pada enjin, sebelum ni kita dengar berita mengenai Honda Malaysia Panggil Semula City 2014 dan Jazz 2015.
Berikut adalah sedikit petikan yang diambil dari laman sesawang Astro Awani berkenaan skandal terbaru melibatkan kumpulan Volkswagen.
DAKWAAN penipuan ujian pelepasan toksik kereta keluaran kumpulan Volkswagen AG melibatkan sekitar 11 juta unit yang menggunakan enjin jenis EA 189.
Dalam satu kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Volkswagen, syarikat Jerman itu turut menegaskan model baharu yang menggunakan enijn diesel EU6 yang kini berada di pasaran mematuhi peraturan standard alam sekitar Eropah.
Berikut pengumuman terbaharu itu, saham Volkswagen menjunam lebih 20% lagi pada Selasa.
Syarikat pembuat kereta Jerman itu turut mengumumkan simpanan dana sekitar AS$7.3 bilion untuk melindunginya akibat kejatuhan berikutan skandal yang menjejaskan reputasi Volkswagen.
Skandal penipuan Volkswagen terhadap ujian pelepasan toksik yang dijalankan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) didedahkan Jumaat lalu.
EPA mendakwa Volkswagen menggunakan sebuah perisian kereta diesel yang memperdaya pengawal selia pengukur pelepasan toksik.
Namun Volkswagen menegaskan perisian yang dibina pada kereta diesel itu tidak memberi kesan kepada kawalan, penggunaan minyak dan juga pengeluaran asap.
Pihak berkuasa Amerika juga mengarahkan Volkswagen memanggil semula hampir setengah juta kereta yang terlibat.
482,000 model kereta yang terlibat termasuk Volkswagen Golf (2009-2015), Beetle, Jetta and Beetle, Volkswagen Passat (2014-2015) and Audi A3 (2009-2015).
Volkswagen AG memiliki beberapa jenama kenderaan ternama di dunia termasuk Audi, Seat, Skoda, Bentley, Bugatti, Porsche dan Lamborghini.
Kamis, 24 September 2015
KARNIVAL ALAMI PROTON DI PROTON COE - 3 & 4 OKT 2015
Jom kita meriahkan Karnival 'open day' Proton di Karnival ALAMI PROTON bertempat di PROTON Centre of Excellence di Shah Alam pada 3 dan 4 Oktober 2015, 10 pagi hingga 7.00 malam.
Pelbagai aktiviti menarik dijanjikan dan pastinya ia sangat meriah. Terdapat juga pameran model-model Proton termasuk dari R3 dan Lotus. Jadi anda semua, jangan lepaskan peluang ini :)
Kot sesiapa yang ada persoalan mengenai kereta juga boleh datang kerana ramai tenaga pakar yang akan berada disana nanti. Jadi siapa tak datang memang rugi sangat2 lah :P
SERAMAI 717 JEMAAH HAJI TERKORBAN PADA TAHUN 2015
Berita sedih yang kita dengar selepas dari tragedi runtuhan kren di tanah suci Makkah. Berlaku lagi tragedi yang sungguh menyayat hati apabila para jemaah yang bersesak-sesak merempuh sesama sendiri ketika melontar jamrah dilakukan. Dikhabarkan sebanyak 717 orang jemaah telah terkorban (Ya Allah, kau terimalah haji mereka dan kau ampunkanlah mereka serta tempatkan lah mereka dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah).
Difahamkan, TIADA JEMAAH DARI MALAYSIA terlibat.
Setakat ini korban tragedi direkodkan adalah:
Tahun 1990 - 1426 orang
Tahun 1994 - 270 orang
Tahun 1998 - 180 orang
Tahun 2004 - 244 orang
Tahun 2006 - 364 orang
Tahun 2015 - 717 orang
Al-Fatihah buat mereka semua...
HONDA MALAYSIA PANGGIL SEMULA CITY 2014 DAN JAZZ 2015
Honda Malaysia telah mengumumkan penarikan balik sebanyak 12.232 unit Honda City tahun 2014 dan 97 unit Honda Jazz tahun 2015 kerana masalah perisian kawalan tekanan hidraulik yang tidak betul yang menjejaskan fungsi CVT itu sendiri.
Syarikat itu berkata bahawa terdapat satu keadaan di mana satu anjakan yang cepat ketika pedal minyak ditekan pada kelajuan tinggi, tekanan hidraulik yang tinggi akan menyebabkan kenderaan ini mengalami kehilangan kuasa ketika kita memandu.
Langkah ini bertujuan untuk membetulkan modul kawalan enjin (PCM) dalam kereta yang terjejas apabila perisian CVT dikemaskini. Ianya mengandungi perisian pengurangan tekanan. Sehingga hari ini, tiada sebarang kemalangan atau kecederaan yang berkaitan dengan isu ini yang dilaporkan di Malaysia.
Honda Malaysia berkata ia mengambil langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan pelanggan dan pihaknya kesal atas kesulitan yang dialami. Pelanggan akan dimaklumkan melalui surat yang di hantar dan ia termasuk butiran mengenai maklumat produk. Pelanggan yang menerima surat itu dinasihatkan supaya menghantar kenderaan mereka kepada Wakil Sah Honda yang terdekat untuk ujian pemeriksaan kenderaan. Segala caj atau bayaran akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.
Rabu, 23 September 2015
BAJET 2016 - HENTIKAN JUALAN MOTOSIKAL 300CC 90CC ATASI GEJALA REMPIT
Satu kenyataan yang dipetik dari blog NajibRazak dot com dimana salah seorang melontarkan cadangan agar jualan motosikal dibawah 300cc dihentikan untuk mengurangkan gejala rempit di negara ini. Persoalannya....
Adakah itu dilihat relevan?
Adakah semua rakyat dinegara ini menggunakan motosikal untuk buat rempit sahaja?
Adakah pengguna motosikal berkuasa besar tidak merempit?
Terkesankah jika cadangan ini dilaksanakan, ia akan menyusahkan rakyat berpendapatan rendah?
Itu adalah sedikit sebanyak persoalan yang akan dilontarkan jika cadangan tidak masuk akal ini dilaksanakan. Dan admin pun tak tahu malah tak kenal pun siapa pelontar cadangan ni, mungkin dia seorang yang banyak duit dan tak perlu fikir soal nak beli motor sebab dah biasa naik kereta ke sana sini agaknya. Walau apa cara pun, admin tetap tidak bersetuju kerana gejala rempit ini berlaku bukan sebab motosikal tetapi individu itu sendiri serta pengaruh rakan.
Kalau anda ada sebarang cadangan atau komen boleh lah kongsi dengan admin dibawah ni, kita sama-sama berikan pendapat. Mungkin anda ada banyak perosalan atau cadangan yang nak dikongsi bersama. Sebelum tu jom kita layan video kat bawah ni, Adios :)
Langganan:
Postingan (Atom)










