Tampilkan postingan dengan label Proton Iriz. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Proton Iriz. Tampilkan semua postingan

Selasa, 29 September 2015

PROTON IRIZ MODIFIED STANCE HELLAFLUSH 2015


Admin jumpa gambar Proton Iriz Modified ni dalam Google Search Engine tadi. Masa tu tengah cari-cari gambar terbaru Proton Iriz Modified ni, sebab makin berkenan pula tengok rekaan dia yang tampak lebih moden. Rasanya rupa bentuk Proton Iriz ni juga lebih moden berbanding Perodua Myvi Baharu tu kan.


Untuk pengetahuan korang, gambar di atas adalah gambar Proton Iriz Modified yang telah diubahsuai chamber tayar depan dan belakang. Orang panggil benda ni Hellaflush, ada yang panggil Stance dan Fitment serta macam-macam lagi lah. So berapa thumbs up korang nak bagi untuk gambar ni? Ayuh, komen dibawah dan share :)

Selasa, 07 Juli 2015

PROTON IRIZ R3 RACING


Pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah Proton Iriz nak keluarkan model R3? Berita yang ditunggu itu telahpun tiba. PROTON IRIZ R3 dalam pembikinan, tak sabar nak tengok bagaimanakah rupa kereta ini apabila siap nanti. Ciri2 motorspot akan diterapkan dan menurut sumber daripada FB Page Tengku Djan, ianya mungkin akan digunakan didalam perlumbaan Malaysian Championship Series (MCS). Sama2 kita nantikan hasilnya. Stay tune with ProtonClub blog ;)

Senin, 08 Juni 2015

PROTON IRIZ 1.6 CVT TOP SPEED



Jom tengok berapakah keupayaan enjin Proton Iriz 1.6 CVT ini memecut. Anda yang pernah test drive atau memilik Proton Iriz dialu-alukan memberi komen mengenai enjin kereta ini.

Senin, 29 September 2014

PROTON IRIZ ACTIVE LEBIH 'SPORTY'


Proton Holdings memperkenalkan prototaip model kereta kompak “crossover” Proton Iriz Active, empat hari selepas pelancaran model Proton Iriz.

Ia adalah model “compact crossover” yang dilengkapi teknologi canggih dimana rekabentuk luaran dan dalaman dikemaskini daripada model Proton Iriz sedia ada.

Reka bentuk luarannya menampilkan beberapa kelainan seperti roof rail, selain kemasan lampu siang dan indikasi isyarat mengunakan teknologi nexlide.

Sementara reka bentuk dalamannya pula dilengkapi skrin sesentuh luas untuk mengawal semua fungsi dalaman kenderaan, seperti pendingin hawa dan sistem infotainment.

Ia juga datang bersama dengan skrin digital yang memaparkan meter digital dimana pemandu boleh mengubahsuai kedudukan penunjuk di kokpit kaca mengikut citarasa.



Pengenalan model prototaip ini disaksikan Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam pada Ahad.

Dr Mahathir jelas berpuas hati dengan prototaip terbaru ini yang membuktikan kemampuan Proton untuk menyaingi teknologi pembuat automotif antarabangsa.

“Saya amat gembira kerana ini adalah zaman elektronik,” ujar mantan perdana menteri itu yang menyifatkan teknologi ini seperti di dalam kokpit pesawat.

“Kokpit kaca adalah lebih canggih kerana kita boleh mengubah, apa sahaja yang anda mahu lihat berdasarkan kemahuan kita,” jelas Dr. Mahathir.

Bagaimanapun tarikh pelancaran dan harga jualan model ini belum dimaklumkan.

Proton Iriz dijangka sedia untuk dieksport dalam tempoh enam bulan lagi.

Begitupun, Dr Mahathir menjelaskan, model kompak itu hanya akan dieskport setelah ia memenuhi spesifikasi di pasaran eskportnya.

Pada sama sama, Proton bercadang mengeluarkan model pengganti untuk beberapa model terdahulu seperti model Proton Saga.

Begitupun, Dr Mahathir mendedahkan perkara itu hanya akan diputuskan berdasarkan sambutan pasaran terhadap model Proton Iriz.

Minggu, 28 September 2014

PROTON IRIZ 2014 - APA KELEBIHANNYA?


PROTON IRIZ merupakan kereta kompak kedua selepas Proton Savvy. Apa yang hebatnya PROTON IRIZ ini adalah ianya mempunyai ciri keselamatan yang tinggi selain daripada teknologi canggih yang ada pada kereta import luar negara juga diterapkan dalam kereta ini. Dengan harga yang lebih berbaloi dan murah akan tetapi anda akan dapat kereta yang setanding dengan kereta import.


Dari segi keluasan, dari pandangan luar admin tengok lebih kurang macam PERODUA MYVI cuma rekabentuk PROTON IRIZ lebih sporty dan moden. Selain itu, kerusi belakang juga boleh diturunkan menjadikan bonet belakang lebih besar. Jika ia diturunkan, bonet belakang ini lebih besar daripada kereta sedan yang ada. Jadi anda tiada masalah untuk mengangkat barang yang banyak.

Proton Iriz dilengkapi dua varian enjin yang dibangunkan sendiri oleh Proton, bersesaran 1.3 liter dan 1.6 liter. Enjin yang menggunakan teknologi VVT itu dipadankan transmisi manual lima kelajuan & automatik CVT. Enjin empat silinder bagi unit 1.3 liter menghasilkan kuasa 94hp @ 5,500rpm dengan tork maksimum 120Nm @ 4,000rpm, manakala enjin 1.6 liter menghasilkan kuasa setinggi 105hp @ 5,750rpm dengan tork maksimum 150Nm @ 3,750rpm.


Selain itu, apa yang unik mengenai PROTON IRIZ adalah pada baterinya. Ianya dikatakan mampu untuk cas sendiri apabila sudah dalam keadaan lemah.

Dengan model basic sahaja anda sudah dapat sebuah PROTON IRIZ yang dilengkapi dengan sistem aircond yang lebih besar dan sejuk, radio, rim alloy, door controller serta tempat letak air.








Apa yang best, ciri keselamatan pada PROTON IRIZ ini diiktiraf oleh ASIAN NCAP Safety. Maknanya, para jurutera PROTON betul-betul menerapkan ciri keselamatan yang tinggi untuk pengguna dan ianya ditunjukkan dalam model terbaru mereka PROTON IRIZ. Jadi, apa tunggu lagi jom booking sekarang... Kalau lambat nanti takut kena tunggu lama pula... He He He... Bagi admin, PROTON IRIZ ni adalah sebuah kereta yang tip-top dan puashati. Almaklumlah nak pakai import car tak mampu lagi.... Ok semua, nanti kalau ada update terbaru admin akan post. Maaf sebab dah lama blog ni sepi sebelum ini.