Senin, 29 September 2014


Semalam tengok suratkhabar Berita Harian, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dah keluarkan statement untuk pengguna cermin gelap. Jadi gambar di atas ni merupakan panduan cermin gelap yang diluluskan oleh pihak JPJ untuk orang awam ikuti.

Cermin hadapan - 70%
Cermin sisi pemandu - 50%
Cermin sisi penumpang belakang - 30%
Cermin belakang - 30%

Apa pendapat anda mengenai panduan terbaru ini? Adakah ianya mengambil kira ciri-ciri keselamatan yang sebelum ini pernah diluahkan oleh para pengguna?

*Berkuatkuasa pada 1 November 2014, mana-mana kenderaan yang tidak mematuhi peraturan tersebut akan dikenakan kompaun sebanyak RM300 atau sehingga RM1000 jika dibawa hingga ke mahkamah.

PROTON IRIZ ACTIVE LEBIH 'SPORTY'


Proton Holdings memperkenalkan prototaip model kereta kompak “crossover” Proton Iriz Active, empat hari selepas pelancaran model Proton Iriz.

Ia adalah model “compact crossover” yang dilengkapi teknologi canggih dimana rekabentuk luaran dan dalaman dikemaskini daripada model Proton Iriz sedia ada.

Reka bentuk luarannya menampilkan beberapa kelainan seperti roof rail, selain kemasan lampu siang dan indikasi isyarat mengunakan teknologi nexlide.

Sementara reka bentuk dalamannya pula dilengkapi skrin sesentuh luas untuk mengawal semua fungsi dalaman kenderaan, seperti pendingin hawa dan sistem infotainment.

Ia juga datang bersama dengan skrin digital yang memaparkan meter digital dimana pemandu boleh mengubahsuai kedudukan penunjuk di kokpit kaca mengikut citarasa.



Pengenalan model prototaip ini disaksikan Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam pada Ahad.

Dr Mahathir jelas berpuas hati dengan prototaip terbaru ini yang membuktikan kemampuan Proton untuk menyaingi teknologi pembuat automotif antarabangsa.

“Saya amat gembira kerana ini adalah zaman elektronik,” ujar mantan perdana menteri itu yang menyifatkan teknologi ini seperti di dalam kokpit pesawat.

“Kokpit kaca adalah lebih canggih kerana kita boleh mengubah, apa sahaja yang anda mahu lihat berdasarkan kemahuan kita,” jelas Dr. Mahathir.

Bagaimanapun tarikh pelancaran dan harga jualan model ini belum dimaklumkan.

Proton Iriz dijangka sedia untuk dieksport dalam tempoh enam bulan lagi.

Begitupun, Dr Mahathir menjelaskan, model kompak itu hanya akan dieskport setelah ia memenuhi spesifikasi di pasaran eskportnya.

Pada sama sama, Proton bercadang mengeluarkan model pengganti untuk beberapa model terdahulu seperti model Proton Saga.

Begitupun, Dr Mahathir mendedahkan perkara itu hanya akan diputuskan berdasarkan sambutan pasaran terhadap model Proton Iriz.

Minggu, 28 September 2014

PROTON IRIZ 2014 - APA KELEBIHANNYA?


PROTON IRIZ merupakan kereta kompak kedua selepas Proton Savvy. Apa yang hebatnya PROTON IRIZ ini adalah ianya mempunyai ciri keselamatan yang tinggi selain daripada teknologi canggih yang ada pada kereta import luar negara juga diterapkan dalam kereta ini. Dengan harga yang lebih berbaloi dan murah akan tetapi anda akan dapat kereta yang setanding dengan kereta import.


Dari segi keluasan, dari pandangan luar admin tengok lebih kurang macam PERODUA MYVI cuma rekabentuk PROTON IRIZ lebih sporty dan moden. Selain itu, kerusi belakang juga boleh diturunkan menjadikan bonet belakang lebih besar. Jika ia diturunkan, bonet belakang ini lebih besar daripada kereta sedan yang ada. Jadi anda tiada masalah untuk mengangkat barang yang banyak.

Proton Iriz dilengkapi dua varian enjin yang dibangunkan sendiri oleh Proton, bersesaran 1.3 liter dan 1.6 liter. Enjin yang menggunakan teknologi VVT itu dipadankan transmisi manual lima kelajuan & automatik CVT. Enjin empat silinder bagi unit 1.3 liter menghasilkan kuasa 94hp @ 5,500rpm dengan tork maksimum 120Nm @ 4,000rpm, manakala enjin 1.6 liter menghasilkan kuasa setinggi 105hp @ 5,750rpm dengan tork maksimum 150Nm @ 3,750rpm.


Selain itu, apa yang unik mengenai PROTON IRIZ adalah pada baterinya. Ianya dikatakan mampu untuk cas sendiri apabila sudah dalam keadaan lemah.

Dengan model basic sahaja anda sudah dapat sebuah PROTON IRIZ yang dilengkapi dengan sistem aircond yang lebih besar dan sejuk, radio, rim alloy, door controller serta tempat letak air.








Apa yang best, ciri keselamatan pada PROTON IRIZ ini diiktiraf oleh ASIAN NCAP Safety. Maknanya, para jurutera PROTON betul-betul menerapkan ciri keselamatan yang tinggi untuk pengguna dan ianya ditunjukkan dalam model terbaru mereka PROTON IRIZ. Jadi, apa tunggu lagi jom booking sekarang... Kalau lambat nanti takut kena tunggu lama pula... He He He... Bagi admin, PROTON IRIZ ni adalah sebuah kereta yang tip-top dan puashati. Almaklumlah nak pakai import car tak mampu lagi.... Ok semua, nanti kalau ada update terbaru admin akan post. Maaf sebab dah lama blog ni sepi sebelum ini.