Kamis, 25 Februari 2016

PROTON PERDANA BAHARU 2016 DIJUAL PADA HARGA RM100K - RM150K


Tahukah anda Proton Perdana 2016 yang terbaru dan bakal dilancarkan oleh Proton tidak lama lagi akan dijual pada harga sekitar RM100,000 hingga RM150,000. Mungkin harganya agak tinggi, namun demikian admin rasa ada benda baru yang akan dipertontonkan pada kita semua untuk rekaan model Perdana kali ini. Apakah pembaharuan yang dibuat oleh Proton sehingga harganya boleh mencecah sebegitu tinggi? Itulah yang bermain-main difikiran kita sekarang betul kan.


Untuk makluman anda semua, model Perdana kali ini didatangkan dengan enjin berkapasiti 2.0L dan 2.4L yang sudah semestinya setanding dengan model Toyota Camry dan Honda Accord. Antara ciri-ciri yang diterapkan pada model Perdana kali ini ialah:

Performan:

- Enjin 2354cc, 139kW, 222Nm

Safety:

- Paddle Shifter, Cruise Control
- ABS with EBD
- Airbags
- Anti Trap Power Window (Front)

Dan banyak lagi yang admin tak dapat nak karang, nanti korang tengoklah broucher yang akan Proton edarkan nanti. Cuma satu je nak tanya, korang rasa harga yang Proton tawarkan tu berbaloi tak? Jawab ikhlas k.

Senin, 22 Februari 2016

TUN M KESAL LANCAR PREVE


Penjualan Preve merupakan satu kesilapan, begitulah luah Tun M ketika ditanya mengenai Proton Preve. Mengapa dan apakah yang membuatkan Tun M selaku pengerusi Proton berkata demikian? Pasti pemilik Proton Preve tidak sabar untuk mengetahuinya betul tak? Dalam hati mesti ada rasa tak sedap, kereta dah beli, hutang dah ikat 9 tahun tapi pengerusi sendiri cakap Proton Preve merupakan satu kesilapannya.

Menurut Tun, ketika beliau ingin Preve dilancarkan pihak Proton ada mencadangkan agar ia ditangguhkan kerana mungkin terdapat lagi beberapa masalah yang masih dalam peringkat ujian. Namun Tun tetap ingin Proton melancarkan Preve kerana beliau takut pelanggan akan hilang minat dengan kereta tersebut.

Namun apa berlaku selepas Proton Preve dilancarkan, terdapat banyak masalah melibatkan model itu antaranya ada pelanggan mengadu butang push button tercabut ketika mahu menghidupkan enjin, kereta berhenti sendiri ketika sedang bergerak dan pelbagai lagi masalah yang membuatkan pelanggan tidak berpuas hati dengan Proton Preve sehinggalah model Preve yang terkini dilihat lebih ampuh dan lebih mantap kerana Proton telah buat beberapa pembaikan.

Antara model yang telah dibaikpulih hasil daripada masalah pada Proton Preve adalah Proton Suprima. Ia adalah model yang terbaik namun harganya agak keras berbanding Preve.

Minggu, 21 Februari 2016

GAMBAR SEBENAR PROTON PERDANA 2016



Belum lagi Proton umumkan secara rasmi gambar sebenar Proton Perdana 2016 model terbaru yang akan menggantikan Proton Perdana lama, namun gambarnya sudah pun diperolehi di dalam laman internet. Beginilah asam garam dunia teknologi bila semua perkara dihujung jari sahaja. Ada bagusnya juga betul tak.

Jom kita tengok gambar Proton Perdana 2016 yang dikatakan rekaannya bukan diambil dari kereta lain seperti yang kita tahu sebelum ini Proton Perdana hanya rebage dari Honda Accord sahaja dan ianya kurang mendapat sambutan dari pelanggan mungkin kerana harganya yang agak tinggi.


Bagaimana pula dengan Proton Perdana 2016 ini? Adakah harganya murah berbanding yang sedia ada sekarang? Dengan enjin 2000cc admin rasa harganya mungkin mencecah RM100 ribu ke atas bagi yang premium. Sama juga dengan model Perdana yang lama, harganya juga agak tinggi terutama versi V6. Bagi keluaran terbaru ini, ianya masih lagi menggunakan enjin Campro dan bukannya enjin baru kerana ianya sedang dalam kajian oleh pihak Proton dan dijangka digunakan pada model keluaran kereta pada 2017 nanti.

Ok ini sahajalah coretan admin kali ini, kalau ada lagi gambar2 lain nanti admin kongsi lagi k.

Sabtu, 06 Februari 2016

APAKAH PERBEZAAN GEAR AUTO, AUTO CVT DAN AUTO DSG

Kalau orang biasa nak beli kereta atau tengok kereta, dia akan tanya "auto ke manual?". Soalan tu 20 tahun lepas boleh la tanye, soalan sekarang ni kene tanye transmisi apa yang digunakan!
Manual seperti yang kita tahu, ada tombol gear, ade clutch. kene tekan clutch dan masuk ke gear 1 dan balance clutch dan pedal minyak dan jalan... sistem susunan H juga biasanya pada kenderaan manual. 'Tolak ke kiri dan keatas, ke kiri dan kebawah, keatas, kebawah, kekanan atas dan kekanan bawah" itulah susuan H manual. Gear manual kini biasanya datang dengan 6 kelajuan atau 7 kelajuan berbanding waktu ia dicipta, 4 kelajuan dan tahun 90an 5 kelajuan.


Dan auto pulak? masuk P, R, N, D, 2, L atau ade butang kecik dengan O/D bermaksud overdrive. Auto zaman dahulu kala ade 3 gear je. Gearbox auto adalah sejenis gearbox yang dahulunya dikawal oleh tekanan cecair gearbox tu untuk menukar gear. Gear auto 4 gear lebih pandai sikit kerana mempunyai TCU atau Transmission Control Unit yang bertindak sebagai otak gearbox untuk menukar gear. Dan kini gearbox 5 gear dan 6, 7 dan 8 kelajuan pun telah wujud dan ia mempunyai memori! Bagaimana ia berlaku? Adakah jurutera telah menyumbatkan otak manusia ke dalam gearbox?
Memanglah tidak! Gearbox automatik kini lebih bijak dari anda sendiri kerana ia mampu menukar gear sebelum anda mampu menjahanamkan gearbox atau enjin kereta anda sendiri, dan mampu menghafal gaya pemanduan anda, dan jika ia mampu bercakap, mungkin ia akan mengkritik pemanduan anda.
Gear automatik pula terbahagi kepada dua, iaitu Gear manual diautokan atau gear auto dimanualkan! Pelik kan? Terima kasihlah kepada Mercedes dan Ferrari kerana merumitkan keadaan! Kerana Ferrari telah mengambil kotak gearbox manual dan dilekatkan dengan otak elektronik yang lebih pintar untuk menukarkan gear lebih lancar dari anda dan ia tidak akan menukar gear jika belum sampai masanya dan Mercedes berjaya meletakkan clutch pada gearbox autonya supaya ia mempunyai respon seperti memandu kereta manual!!
Gear auto dengan 6 kelajuan keatas baik untuk mereka yang kasar dan kadangkala mahukan keselesaan, ia boleh menjadi kedua-duanya tetapi bukanlah yang cemerlang untuk kedua-dua perkara.




CVT atau Continously Variable Transmission pula tidak tergolong dalam kategori auto atau manual. Ia berdiri sendiri disebabkan sistemnya yang aneh atau boleh dikatakan unik. CVT dipacu oleh tali sawat atau belting dan mengecas pacuan roda anda. Jika kenderaan auto dipacu oleh tekanan bendalir, CVT dipacu oleh belting dan gearbox jenis ini tidak sama sekali menukar gear seperti auto dan manual.
Penyelenggaraan CVT lebih tinggi kerana ia perlu menukar belting CVT dan minyak CVT. Manakala gear auto hanye perlu menukar Minyak gear sahaja dan untuk gear auto 6 kelajuan keatas, tiada penyelenggaraan diperlukan. Minyak tidak perlu ditukar sepanjang hayat.
CVT sangat selesa untuk mereka yang hanya memandu dari rumah ke tempat kerja, atau ke pasar atau bersantai sahaja dan tidak boleh dipandu kasar, jika anda pemandu yang kasar dan suka berseronok di atas jalan raya sehingga meraung tayar anda di selekoh, CVT bukanlah untuk anda. Jika anda seorang yang memandu cermat, CVT boleh menjadi kereta yang jimat untuk anda.
DSG atau Dual Sequential Gearbox atau Dual Clutch gearbox adalah sistem seakan² gearbox manual di autokan. Ia mempunyai rupa seperti gearbox manual cuma setiap gear diberikan satu clutch sendiri.
DSG ini pun tidak memerlukan penyelenggaraan. Tapi ada yang mengatakan gearnya agak kasar, tetapi DSG zaman kini lebih lembut dan selesa berbanding dahulu. DSG telah pun wujud pada tahun 1970an digunakan oleh Audi Quattro dalam perlumbaan rally dan cuma dikomersialkan pada tahun 2000 keatas sahaja. Kenderaan seperti Ford Focus, Ford Fiesta, Ford Mondeo dan kesemua Volkwagen menggunakan DSG ini dan kebanyakannya mempunya 6 hingga 7 kelajuan.




Gear jenis ini tahan lasar dan sering digunakan untuk tujuan perlumbaan kerana responnya yang sangat baik berbanding gear auto. Jika anda suka berseronok di atas jalanraya, DSG adalah untuk anda.



Dipetik dan disunting dari http://konmeiinstitution.blogspot.com dan FB: Ai Yee