Selasa, 24 November 2009

Turbo Charger Automotive

Pengecas turbo merupakan alat pemampat gas digunakan bagi tujuan pernafasan paksaan dalam sesebuah enjin pembakaran dalam sama ada Petrol ataupun Diesel. Selain itu juga, pengecas turbo bertujuan untuk meningkatkan ketumpatan udara yang masuk ke dalam enjin untuk menghasilkan lebih kuasa.

Pengecas turbo terdiri daripada pemampat yang digerakkan oleh turbin, yang digerakkan oleh gas ekzos enjin itu sendiri yang keluar melalui manifold exhaust. Sebuah pengecas turbo terdiri daripada satu turbin dan satu pemampat yang disambungkan dengan satu aci yang sama. Turbin menukarkan gas ekzos kepada daya putaran yang seterusnya menggerakkan pemampat bagi menarik masuk udara dan mengepamnya ke intake manifold pada tekanan yang lebih tinggi bagi menghasilkan lebih banyak jisim udara yang memasuki ruang silinder semasa operasi enjin bagi setiap lejang pengambilan.

Aliran udara yang tinggi ini membolehkan enjin untuk mengekalkan tekanan kebuk pembakaran dengan beban udara / bahan api walaupun pada kelajuan enjin yang tinggi, meningkatkan keluaran kuasa kuda dan kilasan enjin.

Sementara itu untuk mengelakkan tekanan udara naik terlalu tinggi dan ketukan enjin serta kerosakan fizikal yang lain, tekanan udara masuk mestilah dikawal dengan mengawal kelajuan putaran pengecas turbo. Fungsi tersebut dilakukan oleh wastegate, yang mengalirkan sebahagian gas ekzos memintasi turbin ekzos. Ia mengawal kelajuan aci dan mengawal tekanan udara pada rongga masukan.


Sistem Pelinciran Kenderaan

Teori mengenai geseran

Geseran ialah rintangan terhadap gerakan yang ditemui apabila satu benda mengelansar diatas permukaan benda yang satu lagi. Haus ialah istilah yang digunakan bagi kekurangan atau kerosakan yang berlaku pada permuklaan benda akibat gelansar.

Sifat-sifat yang perlu ada pada minyak pelincir diantaranya ialah :-

1. Mempunyai kelikatan yang tinggi.
2. Mempunyai aliran yang mudah/rendah.
3. tahan dengan tekanan.
4. Mempunyai sifat sebagai pembersih.
5. Sesuai dengan suhu yang panas dansejuk.
6. Tidak mudah menjadi wap.
7. Menghalang kuat.




Kelikatan minyak pelincir

Kelikatan merupakan satu ciri yang penting bagi minyak pelincir. Kelikatan adalah dikaitkan sebagai kepekatan atau kecairan minyak pelincir. Dengan lain perkataan, kelikatan ialah kecenderungan atau keupayaan minyak pelincir melawan pengaliran. Kelikatan dibahagikan kepada dua bahagian :-

a) Badan (body)
b) Kebendaliran (Fluidity)

a) Badan

Ianya menjalankan tugas menghalang selaput minyak (oil film) daripada ditelusi semasa beban berat dihasilkan. Hasilnya, bila kuasa terjadi, maka beban menjadi tinggi dengan segera. Badan minyak menahan beban daripada menceraikan selaput minyak antara bearing dan crankpin. Ianya menjadi ‘kusyen’ serta menyerap hentakan itu. Ia juga menolong menjadi adang yang baik antara piston ring dan cylinder wall serta menetapkan selaput minyak berada antara permukaan bearing yang berbeban.

b) Kebendaliran

Kebendaliran ialah keupayaan minyak pelincir mengalir dan merebak pada sesuatu permukaan bearing. Kelikatan dipengaruhi oleh suhu. Apabila suhu bertambah, kelikatan akan bertambah iaitu kebendaliran bertambah dan badan berkurangan.
Nombor S.A.E dan kadar pengaliran.

SAE ialah singkatan dari “ The Society of Automotif Engineers”. Kelikatan minyak pelincir diukur dengan menggunakan ‘Saybolt Universal Viscometer’. Semasa ujian dijalankan, faktor suhu diambil kira kerana factor ini mempengaruhi kelikatan. SAE mengkadarkan kelikatan minyak dengan dua cara yang berbeza iaitu kegunaan dimusim sejuk (winter w) dan panas. Minyak yang digredkan untuk ‘winter’ iaitu S.A.E 5W, 10W, 20W dan musim panas S.A.E 30, 40, 50. Bagi setengah minyak digredkan untuk dua musim seperti S.A.E 20W/50. Nombor S.A.E menunjukkan kelikatan minyak pelincir, semakin besar nombor S.A.E, semakin tinggilah kelikatan minyak pelincir.

Minggu, 22 November 2009

KK TIMES SQUARE (15 NOVEMBER 2009)




Tengok-tengok je.....

Program SLDN Automotif Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu

Bahagian Teknologi Automotif ILP Kota Kinabalu telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa Bengkel seperti AR Auto Service Centre, Sugge Wang Auto Service dan Man & Ken Auto Garage dalam program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) untuk tahap 1, 2 dan 3.

Pelajar-pelajar didedahkan teori Automotif di Institut serta diberikan tugasan dan penilaian teori. Manakala pelajar akan didedahkan amali Automotif sebenar di bengkel-bengkel dan pelajar akan lebih merasai alam pekerjaan sebenar sebagai seorang mekanik Automotif. Melalui program ini juga pelajar lebih cepat meningkatkan tahap kemahiran dan kompeten serta trampil dalam melaksanakan kerja-kerja amali.





ENJIN DIESEL

Pengenalan Diesel

Enjin Diesel telah dicipta pada tahun 1890 oleh Doktor Rudolf Diesel dengan menghasilkan teori “terma motor ekonomikal” iaitu melalui mampatan silinder yang tinggi. Prinsip enjin Diesel iaitu ketika lejang pengambilan (Induction Stroke), Cuma udara sahaja disedut masuk ke dalam silinder. Kemudian udara dimampatkan dan menjadi panas. Bahan api disuntik ke dalam udara mampat tadi kemudian tercucuh dan terbakar di dalam ruang pembakaran. Kebanyakan enjin Diesel mengunakan kitaran empat lejang (Four Stroke Cycle) sementara kitaran dua lejang (Two Stroke Cycle) telah kurang digunakan pada hari ini.






Prinsip Enjin Diesel

Kitaran Empat Lejang (Four Stroke Cycle):-

i – Lejang Pengambilan (Induction Stroke)
Bermula piston di TDC, Piston ditarik ke bawah oleh rod penghubung melalui aci engkol. Apabila piston bergerak ke bawah injap pengambilan terbuka dan udara disedut masuk melalui injap pengambilan.






ii – Lejang Mampatan (Compression Stroke)
Piston bergerak dari BDC ke atas menyebabkan udara dimampatkan dan suhu mencapai 750ÂșC. Ketika ini kedua-dua injap tertutup rapat. Apabila piston hampir TDC, pemancit mula menyuntik bahan api ke dalam udara panas termampat menyebabkan berlaku pembakaran.








iii – Lejang Kuasa (Power Stroke)
Bahan api yang disuntik ke dalam udara panas menyebabkan udara termampat tinggi dan bercampur lalu terbakar dengan panas pada ruang pembakaran. Pembakaran udara dan bahan api menghasilkan tenaga haba bahan api yang menyebabkan tekanan haba bahan api, menyebabkan tekanan haba memuncak dalam ruang pembakaran. Tekanan tinggi ini telah menolak piston untuk bergerak dari TDC ke BDC.






iv – Lejang Ekzos (Exhaust Stroke)
Piston bergerak dari BDC Ke TDC oleh tindakan salingan, pada masa yang sama injap ekzos telah terbuka. Ini membolehkan piston menolak gas sisa pembakaran keluar melalui injap ekzos. Selepas gas ditolak keluar, injap ekzos kembali tertutup dan apabila piston hampir TDC injap pengambilan mula terbuka. Kemudian kitaran enjin berulang dengan memulakan lejang pengambilan.


Nota : TDC – Top Dead Center / TTA – Takat Terakhir Atas
BDC – Bottom Dead Center / TTB – Takat Terakhir Bawah

KERETA BERTUKAR JADI BOT LAJU

Ditulis oleh Admin
Khamis, 08 Oktober 2009 12:02


LOS ANGELES - Sebuah firma di California, Amerika Syarikat (AS) menghasilkan kereta yang boleh menjadi bot paling laju, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta bot itu dikenali sebagai Python dan dikeluarkan oleh firma WaterCar. Ia mempunyai lima tempat duduk itu dan mampu dipandu pada kelajuan 161 kilometer sejam (km/j) di darat dan 97km/j jika di atas air.



Penciptanya, Dave March berkata, kereta itu 48km/j lebih laju berbanding saingan terdekat, Gibbs Aquada. "Kereta bot sebelum ini tidak laju di atas air. Misi saya untuk menyaksikan kereta yang berprestasi tinggi yang turut merupakan bot laju," katanya. Berat Pyton ialah 1,723 kilogram dan menggunakan enjin V8 kereta sport Chevrolet Corvette keluaran firma automobil terkenal AS, General Motors.



Kereta itu dijual pada harga AS$198,600 (RM678,900) dan pemandunya akan menekan butang supaya keempat-empat tayarnya condong bagi membolehkan ia bergerak di atas air.
Semasa berada di atas air, kereta itu menggunakan enjin Dominator 500 kuasa kuda.


- Agensi