Selasa, 24 November 2009

Turbo Charger Automotive

Pengecas turbo merupakan alat pemampat gas digunakan bagi tujuan pernafasan paksaan dalam sesebuah enjin pembakaran dalam sama ada Petrol ataupun Diesel. Selain itu juga, pengecas turbo bertujuan untuk meningkatkan ketumpatan udara yang masuk ke dalam enjin untuk menghasilkan lebih kuasa.

Pengecas turbo terdiri daripada pemampat yang digerakkan oleh turbin, yang digerakkan oleh gas ekzos enjin itu sendiri yang keluar melalui manifold exhaust. Sebuah pengecas turbo terdiri daripada satu turbin dan satu pemampat yang disambungkan dengan satu aci yang sama. Turbin menukarkan gas ekzos kepada daya putaran yang seterusnya menggerakkan pemampat bagi menarik masuk udara dan mengepamnya ke intake manifold pada tekanan yang lebih tinggi bagi menghasilkan lebih banyak jisim udara yang memasuki ruang silinder semasa operasi enjin bagi setiap lejang pengambilan.

Aliran udara yang tinggi ini membolehkan enjin untuk mengekalkan tekanan kebuk pembakaran dengan beban udara / bahan api walaupun pada kelajuan enjin yang tinggi, meningkatkan keluaran kuasa kuda dan kilasan enjin.

Sementara itu untuk mengelakkan tekanan udara naik terlalu tinggi dan ketukan enjin serta kerosakan fizikal yang lain, tekanan udara masuk mestilah dikawal dengan mengawal kelajuan putaran pengecas turbo. Fungsi tersebut dilakukan oleh wastegate, yang mengalirkan sebahagian gas ekzos memintasi turbin ekzos. Ia mengawal kelajuan aci dan mengawal tekanan udara pada rongga masukan.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar