Tiga (3) tugas utama sistem penyejuk bolehlah diterangkan seperti berikut :-
(a) Mengalirkan haba yang berlebihan atau tidak diperlukan
- Suhu pada dinding silinder mestilah tidak melebihi dari 210 C atau 250 C. Suhu yang melebihi dari takat ini akan menyebabkan minyak pelincir hilang kelikatannya atau terbakar. Ini mengakibatkan kerosakan seperti omboh terlekat pada dinding selinder , selinder terguris, alas kepala selinder hangus,injap bengkok dan lain-lain lagi.
(b) Mengawal suhu enjin pada takat yang paling cekap pada semua keadaan kendalian.
Ini membolehkan enjin mencapai kecekapan didalam hal-hal seperti :-
- Renggangan yang betul diantara bahagian-bahagian yang memerlukan kelegaan
- Meninggikan pelowapan bahanapi
- Minyak pelincir sentiasa berada pada takat kelikatan yang sesuai
(c) Memanaskan enjin dari mula ia dihidupkan sehingga ke suhu kendalian pada jangka masa yang singkat. Ini dapat dilakukan dengan menghalang sistem penyejuk dari berfungsi semasa enjin sejuk dan membenarkannya berfungsi semula apabila enjin mencapai suhu kendalian . Bagi tujuan ini termostat digunakan.

Sistem Penyejuk Cecair
Sebuah pam air digunakan untuk mengalirkan air melalui selubung air( yang mengelilingi ruang pembakaran ,selinder,dudukan injap dan pandu injap) dan radiator. Apabila air melalui selubung air dan radiator,ia akan menyerap sebahagian dari haba.kemudian air ini disejukkan oleh kipas dan juga tiupan angin semasa kenderaan bergerak.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar