Kamis, 11 Juni 2015

KADAR BAHARU TOL DIBINCANG 2015


Apakah relevannya kenaikan harga tol ketika rakyat ditimpa cukai GST, kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang semakin meningkat ini? Apakah yang difikirkan Menteri-menteri di dalam Malaysia berkenaan dengan kenaikan harga tol ini nanti mampu membebankan rakyat terutama disekitar bandaraya Kuala Lumpur?

Perkara ini harus dilihat dengan sangat serius, YB yang dipilih rakyat harus membantah sekeras-kerasnya kerana ianya membebankan rakyat. Dimanakah slogan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENDAPATAN DIUTAMAKAN yang dilaungkan oleh kerajaan sebelum ini? Namun demikian, admin pasti kenaikan ini ada sebabnya. Samada untuk melangsaikan hutang negara dan kerugian yang ditanggung kerajaan ketika ini atau sebaliknya. Kerajaan sekarang harus memandang serius, akibat ketidakberkesanan pemerintahan yang menyebabkan negara hilang berbilion ringgit akan menyebabkan rakyat menanggung semuanya. Ianya harus cepat diselesaikan.

Sumber: Berita Harian

Tidak ada komentar:

Posting Komentar