Admin nak kongsi sedikit info yang sangat2 berguna untuk para pengguna kenderaan Manual Transmission Gearbox. Disini ada beberapa tips yang boleh anda praktikkan, boleh juga dikongsikan bersama rakan2 anda juga.
Sedikit info dan tips utk dikongsi bersama.
Gambar keadaan clutch average pada mileage 210,000KM 5 tahun. Permukaan clutch dah x rata (uneven surface), kurang grip, vibration, karat (corrosion) kesan harung air banjir. Bergantung pada cara pemanduan.
Sedikit tips pemanduan MT utk minimunkan wear and tear clutch plate :
1. Elakkan letak kaki pada pedal klac semasa memandu, gunakan foot rest yg direka engineer kereta sebaiknya.
2. Jangan gunakan gear + clutching utk menahan kereta dari bergerak kebelakang semasa di traffic light/mendaki bukit/jln jem dan sbgnya. Gunakan e-brake/handbrake.
3. Tukar gear dgn clutching yang lembut, bukan sentap sampai bergegar dashboard mcm nk gugur.
4. Elakkan harung banjir sehingga mencecah gearbox, clutch akan basah dan lg cepat rosak. Sekiranya terpaksa harung banjir, gunakan gear 1 dan full release clutch. Jangan half-clutching dan rev up.
Akhir kata, selamat memandu dan ingatlah orang tersayang. Bagaimana cara kita ingat orang tersayang? Bukan dengan cara memandu laju sebab nak cepat sampai untuk tengok orang tersayang tapi pandulah dengan cermat agar pemanduan kita selamat dan kita pun sampai dengan selamat untuk bertemu yang tersayang ;)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar