Rabu, 01 Oktober 2014

BAGAIMANA KABURKAN KEDIAMAN RUMAH ANDA DARI GOOGLE STREETVIEW

Sekarang ni heboh isu pasal Google InstantStreetview dimana kediaman anda akan masuk ke dalam laman web berkenaan dalam bentuk gambar. Gambar tersebut telah dirakam menggunakan kenderaan rasmi Google seperti yang di atas. Apa yang buruknya, anda tidak boleh memadam gambar kediaman anda akan tetapi anda boleh blurkan sahaja. Bagaimana caranya?

Cara untuk kaburkan kediaman/harta anda:

- Pergi ke Peta Google InstantStreetview dan taip alamat anda
- alihkan paparan sehingga nampak kediaman anda
- Lihat disebelah bawah kanan anda akan nampak Icon dilabel: "Report a problem"
- Klik pada icon "Report a problem"
- Anda akan dapat halaman yang dilabel "report inappropriate street view"
- Carilah perkataan "Privacy Concerns" dan klik pada pada perkataan tersebut
- Jika anda ingin rumah anda kabur, klik pada Kemudian pilih pilihan "My House"
- Kemudian pilih option "I have a picture of my house and would like it blurred"
- Laraskan imej dan Google dan kaburkan mana-mana bahagian yang ingin anda kaburkan
- Taip kod pengesahan di bawah halaman ke dalam kotak yang disediakan dan klik hantar.
- Periksa kembali dalam beberapa hari untuk melihat jika imej samada ianya telah dikaburkan atau belum

Perlu diingat bahawa ianya akan memakan sedikit masa kerana pihak Google akan meneliti terlebih dahulu.

SEKIAN ;)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar