ENJIN yang baik tidak memberi sebarang makna jika penjagaan tayar diabaikan pemiliknya dan kerosakan kom ponen terbabit turut menyebabkan perjalanan terbantut.
Ramai yang tidak mengetahui tayar adalah sebahagian daripada sistem keselamatan kenderaan.
Tayar adalah satu komponen yang menghubungkan ken deraan dengan permukaan jalan dan setiap pergerakan atau kemalangan sentiasa dikaitkan dengan kegagalan fungsi tayar.
“read more” Ini kerana, tayar yang haus bunganya akan menghasilkan cengkaman lemah di jalan raya dan akhirnya daya membrek kurang berkesan sehingga mengundang kemalangan.
Oleh itu, jika kenderaan dilengkapi dengan empat brek cakera sekalipun, ia tidak akan memberi sebarang makna sekiranya tayar yang digunakan tidak diambil perhatian.
Perlu diingatkan, pemasangan sistem brek yang canggih pada sesebuah kereta perlu seiring dengan penggunaan tayar sesuai dengannya.
Ada dua jenis tayar iaitu tayar asli yang digunakan ken deraan penumpang manakala tayar celup pula lazimnya dikhaskan kepada lori atau kenderaan komersial.
Namun, penjagaan kedua-dua jenis tayar itu sama termasuk beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.
Perkara paling utama adalah memastikan kandungan angin tayar mencukupi dengan menggunakan alat pengukur angin yang boleh didapati di kedai aksesori.
Tayar kurang angin menyebabkan penggunaan petrol tinggi kerana enjin kereta terpaksa bekerja lebih keras kerana berat kenderaan bertambah.
Seeloknya, paras angin tayar diperiksa pada waktu pagi iaitu sebelum memulakan perjalanan kerana udara dalam tayar masih sejuk dan paras anginnya minimum.
Paras angin tayar juga berbeza dari segi saiz dan berat bagi sesetengah kereta buatan Jepun dan Eropah.
Kereta buatan Jepun lebih ringan dan memerlukan paras angin tayar yang rendah berbanding kereta buatan Eropah.
Bagi kenderaan mewah, biasanya pengeluar akan me nawarkan tayar jenis lembut tetapi harganya sangat mahal, setanding kualitinya.
Ini menjadikan kebanyakan pengguna memilih tayar buatan tempatan yang lebih murah dengan kualiti yang boleh dianggap sederhana.
Selain itu, pemasangan rim tidak mengikut saiz yang dicadangkan oleh kilang pengeluar kereta juga memberi kesan sampingan pada kenderaan dan tayar.
Antaranya, masalah bunga tayar kereta hanya digunakan sebelah atau stereng tidak seimbang apabila memandu pada kelajuan sekata.
Masalah bunga tayar makan sebelah berpunca daripada kedudukan penjajaran tidak seimbang, sekali gus menye babkan stereng seakan berat sebelah.
Ia boleh membahayakan keselamatan pemandu kerana penjajaran tidak betul menyebabkan kesukaran mengawal stereng terutama ketika dipandu laju.
Pengimbangan tayar pula perlu dilakukan setiap kali me nukar tayar baru atau apabila terasa gegaran pada stereng apabila memecut pada kelajuan tertentu.
Pemilik perlu pastikan ketulan timah pengimbang pada rim roda tidak tercabut sehingga boleh menyebabkan stereng bergegar.
Untuk penjagaan keempat-empat tayar dengan baik, buat pertukaran secara silang setiap 20,000 kilometer bagi me mastikan kehausan bunga tayar berlaku secara sekata.